Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Musolla Committee 07/08

Author: Afiq Kamaruddin

Ramai yang tertanya-tanya, kenapa aku tidak mengeluarkan posting berkenaan muscom memandangkan jentera kepimpinan muscom sekarang sudah beralih kepada saf kepimpinan yang baru dibawah kepimpinan Sayed. Maklumlah, sebagai mantan presiden, sudah tentu punyai banyak perkara yang ingin diluahkan dan dikongsi bersama. Lebih-lebih lagi berkenaan pengalaman pahit manis,suka duka,susah senang, serta pelbagai lagi verb yang sesuai digunakan bagi menggambarkan kemanisan dan kepahitan sesebuah perjuangan yang dialami semasa memegang jawatan dalam muscom (musolla committee). Untuk pengetahuan pembaca yang bukan dari KYUEM, muscom (Musolla Committee) merupakan sebuah kelab dakwah yang berdaftar di KYUEM yang menjaga kebajikan para pelajar muslim. Kelab ini juga berperanan dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti islami serta menjaga kemaslahatan ummah di kolej. Sebenarnya, masih terlalu awal rasanya untukku mengeluarkan post berkenaan muscom. Hal ini demikian kerana terlalu banyak perkara yang ingin kusampaikan sehingga tak tahu hendak bermula dari mana. 'Slowly but Surely' – proverb yang aku dapat daripada akhi Firdaus Shah. =) Yang penting, muscom bukan hanya sekadar sebuah kelab biasa bahkan lebih daripada itu.Insyaallah, usah khuatir sahabat-sahabat sekalian,tiba masanya nanti akan ku coretkan jua kenyataan ini dibawah posting- Luahan hati mantan presiden muscom 07/08.

“sebuah organisasi tanpa sokongan, umpama sepasukan tentera tanpa senjata. Kedua-duanya saling memerlukan demi sebuah kejayaan..”

sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti satu bangunan yang tersusun kukuh..”
As-saff : 4

Hal ini diperkukuhkan lagi dengan sepotong hadith sahih yang bermaksud :

“..mukmin terhadap mukmin yang lain ibarat batu bata binaan yang saling memperkukuh antara satu sama lain..”

Kenangan indah bersama rakan-rakan seperjuangan pasti tidak akan dapat kulupakan. Syukur padaNya atas nikmat sebuah pertemuan yang menjalinkan kemanisan persahabatan...






 

0 Response to “Musolla Committee 07/08”

Leave a Reply