Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Anda minat nasyid tak??

Author: Afiq Kamaruddin

Pada mulanya aku mahu menghantarkan 'karyaku' ini kepada 'Yearbook Committee' untuk disiarkan memandangkan Department Bahasa Melayu yang diketuai oleh Amir Faiz a.k.a apen mengalamu ketandusan 'ilham' dan 'sumber'..namun aku telah menghantar karyaku yang lain kepada Yearbook Committee memandangkan aku berpendapat hanya segelintir sahaja yang dapat memahami mesej yang cuba aku sampaikan dalam karyaku ini..=)

Bermula kisah Kehidupan seorang Remaja dengan Satu Tekad yang membara dalam mengharungi Kembara Ilmu. Bicara Kata ayahanda sentiasa tersemat di dalam jiwa.’ Wahai anak kesayanganku, dalam setiap amal perbuatanmu, labuhkanlah Layar Keinsafan demi menghadapi Rahmat Ujian. Kelak kau akan menuju ke Destinasi Cinta yang sering diimpikan setiap insan. Azimat Ibunda menjadi perisai diri,Odei anak, Berjuang, dan Berkorbanlah demi CintaNya, jangan biarkan dirimu dicemari dengan Debu-Debu Dosa, kerna Nikmat Kehidupan ini hanyalah sekali, sentiasalah bernaung Dibawah Satu Cahaya yang benar, agak kelak kau tidak akan menyesal tatkala dirimu sedang Menanti di Barzakh.

Si anak Keliru dan hanya mampu terpinga-pinga sambil mindanya ligat mentafsirkan bait Kata-Kata yang diluahkan. Namun, benarlah kata pujangga..membuat pilihan adalah lumrah kehidupan Nur Insani.Pilihan antara kehidupan yang sementara mahupun Yang Abadi.. Di antara dua pilihan, terselit dua kasih yang didamba oleh pendambanya yang setia. Antara Dua Kasih yang mempunyai maqamnya yang berbeza, kedua-duanya mudah untuk dijumpa namun amat sukar untuk dipelihara. Kasihkan dunia yang fana, atau kasihkan dunia yang kekal selamanya? Si anak mula mengerti. Ketika diri dalam Dilema, mengadulah padaNya kerana yakinlah pada Takdir Penentu -InniAkhafullah….

Saat Nur Malam menjelma, berlakulah Sebuah Pertemuan demi Mencari Yang Maha Satu. Rintihan yang diselangi dengan rayuan Taubat seorang Hamba kedengaran sayup sepi bertemankan Bisikan Malam yang sunyi.

Dalam munajatnya, dia berkata : "Oh tuhan, sesungguhnya aku menDamba KasihMu agar dijauhkan dari Azab Ilahi. Terangilah hatiku dengan sinaran NurKasihMu, Selimutilah diriku dengan kelembutan hamparan rahmat Sutera KasihMu, Binakanlah untukku Mahligai KasihMu di taman-taman syurga dengan rahmat Mu, pertemukanlah untukku teman bidadari seindah Ainul Mardhiyah dengan kasih sayangMu. Sesungguhnya aku sentiasa mengimpikan Impian KasihMu.Di Hamparan ini ku meminta,moga taubatku diterima.. Tempatkanlah hambaMu bersama para Kasih KekasihMu dan tunjukkanlah kepadaku jalan untuk merasai makna sebenar Erti Syukur."

Wajah Suci itu dihiasi dengan Puji-pujian dan dibasahi dengan Airmata Keinsafan. Sungguh, apalah erti kehidupan andai peluang untuk Mengemis KasihNya dipersia-siakan begitu sahaja. Merasai nikmat berada di Taman-taman Idaman yang dihiasi dengan kesegaran Hembusan Kasturi adalah sebuah impian dan harapan bagi mereka yang mempunyai Mutiara Iman.

Si anak terus Berjalan, Melihat, dan Mentafsir setiap detik Waktu yang berlalu. Dia kini yakin dan Pasti bahawa Dunia ini Persinggahan untuk menuju ke matlamat Yang Abadi. Bekalan dicari agar tidak perlu bersusah hati tatkala tiba di destinasi. Sungguh Saat Kematian itu pasti menjelma. Alangkah pedihnya sakaratulmaut tatkala dipisahkan jiwa dari jasadnya.Dia kini yakin, hanya amalan sahaja yang bisa meredakan bebanan penderitaan diambang kematian..Iman Takwa dijadikan Mahar Cinta untuk dirinya 'Bersatu' dengan Pencipta segala cinta di akhirat kelak..si anak kini sudah meningkat dewasa dan matang, sesungguhnya – Segalanya Milik Mu.

Tribute to our national nasyid industry..(juga kepada para penggemar nasyid)

 

1 Response to “Anda minat nasyid tak??”

  1. Itminaan

    Creative writing, MasyaAllah well done!


Leave a Reply