Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Formula menuju bahagia...

Author: Afiq Kamaruddin

Menyedari hakikat keadaan yang kerap turun naik sejak kebelakangan ini,khususnya selepas tarikh 8 mac yang lalu, terdetik dihati untuk cuba me'neutral'kan kembali keadaan. Kejatuhan mendadak bursa saham nasional sejak hari isnin yang lalu kini bertambah baik. Kekalutan perlantikan MB dibeberapa buah negeri kini menemui penyelesaiannya. Sungguh, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Terdetik dihati ingin berkongsi formula. Namun formula yang ingin dikongsikan bersama ini bukanlah formula-formula 'kinematics' mahupun 'dynamics'.Ianya adalah Formula menuju bahagia.Menyebut soal Bahagia, sudah tentu kita inginkan kebahagiaan bukan? Perasaan gembira, tenang, redha, dan mensyukuri nikmat yang Allah berikan tanpa sebarang rasa gelisah mahupun sedih. Hakikat kebahagiaan itu bila kita susah kita tidak gelisah, bila kita miskin harta kita syukur pada Tuhan, bila kita sakit kita tidak rasa resah dan sentiasa redha pada ujianNya, mengharapkan balasan yang baik dari Nya. Formula ini diperolehi semasa sedang membaca sebuah buku karya Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni yang bertajuk "La Tahzan" - "Jangan Bersedih" - "Don't Be Sad". Buku motivasi yang menghuraikan persoalan dan kaedah mengatasi perasaan sedih, kecewa, marah, berduka, resah, gelisah, tidak keruan, tidak tentu arah, keliru, serta semua adjektif yang seangkatan dengannya. Ada 30 formula kesemuanya. Untuk entri ini, aku memilih 10 daripadanya terlebih dahulu dahulu:
  1. Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian, dan insafilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.
  2. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan difikirkan sehingga ia datang dengan sendirinya.
  3. Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah hidup yang baik dan bahagia.
  4. Jangan menunggu terima kasih daripada orang lain.
  5. Befikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.
  6. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati
  7. Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan.
  8. Jangan marah, jangan marah, jangan marah
  9. Pada orang-orang beriman yang ditimpa musibah itu ada teladan
  10. Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum, maka DIA akan memberi ujian kepada mereka.
Semoga formula-formula yang diberikan dapat memberi pengajaran kepada kita. Mungkin ada setengah formula yang kita sudahpun tahu hakikatnya. Persoalannya, adakah kita amalkan? Tidak salah rasanya untuk mengulangi apa yang kita tahu kerana dengan mengulangi, kita mudah mengingati dan memahami. Manusia itukan pelupa sifatnya. Kalau tak dapat amalkan semua pun, amalkanlah yang mana yang kita terdaya. Yang penting istiqamah. Insyaallah, seandainya kita istiqamah, Allah pasti akan membuka jalan dan memudahkan urusan kita dalam beramal. Semoga berbahagia hendaknya.

"..dan dilangit pula terdapat(sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan) dijanjikan kepada kamu.." Surah Az-Zariyat : 22


"..sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik.." Surah An-Nahl : 97


"..tidak ada kesusahan yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah ; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang berlaku dengan tenang dan sabar).." Surah At-Taghabun : 1

"Perbuatan yang baik itu bagai wangian yang bukan sahaja menggembirakan pemakainya, tetapi orang-orang yang berada disekelilingnya juga."




 

0 Response to “Formula menuju bahagia...”

Leave a Reply