Indahnya Ciptaan Allah..
Author: Afiq KamaruddinKelmarin aku dan sekeluarga pergi makan2 angin di Pelabuhan klang. Alhamdulillah, perjalanan dari rumahku hanya mengambil masa sekitar 45 minit sahaja. Kami makan malam disebuah restoran terapung. Penduduk Klang lebih mengenalinya dengan nama restoran Muara. Sempat juga aku mengambil gambar pemandangan2 indah suasana matahari terbenam di jeti yang berdekatan. Cuma yang sedihnya, ramai anak muda a.k.a couple2 yang berpeleseran di sepanjang pantai.Hampir semuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam..ya Allah, semoga cahaya hidayah dilimpahkan kepada seluruh penduduk Malaysia khususnya negeri selangor. Au mengharapkan agar kerajaan baru yang dibentuk dapat memberi sinar baru khususnya dalam pembentukan modal insan yang berkualiti. Cemerlang, Gemilang, Terbilang, dan tidak Temberang.. Kami solat maghrib berjemaah disurau yang berdekatan..Suasana yang tenang, damai, ditambah dengan kicauan burung camar pulang ke sarang menyerikan lagi suasana. Semuanya beredar mengikut sunnatullah yang ditetapkan.Subhanallah, alangkah indahnya ciptaan dan kebesaran Allah.
Sekitar pemandangan di Jeti Pelabuhan Klang pada waktu senja. Keindahan matahari terbenam dan gelagat penjaja jalanan begitu menarik minatku. Subhanallah!