Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Kembara Ilmu...part 3 (finale)

Author: Afiq Kamaruddin

Sambungan dari part 2...

Setelah mengucapkan salam kepada pak cik itu, aku terus menuju ke kawasan menunggu. Antara perkara yang aku puji terhadap pihak pengurusan KL Monorail adalah pengenalan sistem keluar masuk penumpang yang sangat sistematik dan mesra pengguna. Penumpamg yang ingin menaiki tren akan beratur melalui laluan masuk khas. Begitu juga bagi penumpang yang ingin keluar. Tidak seperti KTM dimana anda perlu bersesak-sesak dan bertolak-tolak untuk masuk. Kadang-kadang ada yang terjatuh .Sistem melancarkan pergerakan, begitulah pentingnya sistem dan undang-undang dalam kehidupan. Tanpanya, kita akan melakukan sesuatu secara sombereno dan tidak terurus. Akibatnya, kucar kacir jadinya sebab masing-masing mahu mengikut cara sendiri. Pihak KL Monorail kelihatan bersungguh-sungguh dalam menjamin kualiti perkhidmatan. Baguslah begitu. Bukankah hadith nabi pernah menyebut :

‘sesungguhnya allah suka kepada hambaNya yang melakukan perbuatan secara bersungguh-sungguh..’

Setibanya di KL sentral, aku terus menuju ke kaunter KTM untuk mendapatkan tiket. Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Seperti yang kuduga, orang mula memenuhi tempat menunggu tren ke Pelabuhan Klang. 10 minit kemudian tren pun tiba. Mahu tidak mahu, aku terpaksa berhimpit-himpit untuk masuk. Alhamdulillah, dapat juga masuk sungguhpun keadaan di dalam tren amat padat ibarat ikan sardin di dalam tin sardin. Penuh sesak, rimas, bising, dan berbau..aroma-aroma yang tidak diketahui asal usulnya bercampur aduk menghasilkan suasana yang mengkhayalkan..begitulah lumrah menaiki KTM dikala waktu-waktu puncak (peak Hour).

Didalam tren, aku ternampak seorang budak perempuan yang sangat comel. Berusia dalam lingkungan 5-6 tahun. Alhamdulillah, memakai tudung labuh yang meliputi bahagian2 yang disyariatkan untuk dilabuhkan ‘jilbab’ sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisaa’. Bukan setakat itu sahaja, pakaianya juga turut sopan dan bersesuaian dengan imej seorang muslim. Sejuk mata memandang..sudah pasti sejuk mata ibu dan ayah yang melahirkan dan membesarkan. Benarlah kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak umpama kain putih. Ibu Bapalah yang bertanggungjawab mencorakkanya. Samada dengan corak yahudi, majusi, nasrani, ataupun corak islam. Sebagai seorang anak, perlunya kita untuk mentaati dan menyayangi ibu dan ayah. Dalam surah luqman ayat 14, Allah berfirman :

"Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku tempat kembalimu."

Setibanya di stesen komuter Shah Alam, kedua ibu bapaku serta adik-adikku sudah tiba untuk menyambut kepulanganku. Alangkah indah dan bahagianya saat itu. Melihat keceriaan diwajah mereka melenyapkan segala penat lelahku. Sungguh aku tak akan mempersia-siakan cuti 3 minggu yang diberikan. Perjalananku masih jauh. Matlamatku masih belum dicapai. Kembara ilmu yang ku alami hari ini menyingkapkan hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian .Ku harap agar ditemui lagi pengajaran dan pembelajaran pada perjalanan kembaraku di masa akan datang. =)

 

0 Response to “Kembara Ilmu...part 3 (finale)”

Leave a Reply