Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Jom berselawat..

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim

Antara salah satu ciri untuk mendapat kemanisan iman ialah dengan mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain. Cara mudah untuk menunjukkan kecintaan kita kepada rasulullah adalah dengan memperbanykakkan selawat. Namun, adakah cara yang mudah ini dipraktikkan dan diamalkan oleh kita? Atau sekadar melepaskan batuk ditangga dan memandang enteng terhadap amalan mulia ini. Ingatlah, di hari akhirat kelak, kita mengharapkan syafaat daripada rasulullah s.a.w untuk membantu kita menuju ke syurga. Adakah kita mengharapkan pertolongan daripada baginda di akhirat nanti andai semasa hidup didunia, kita tidak pernah terlintas untuk mengingati baginda? Menurut alim ulama, syafaat nabi di akhirat kelak ada 5 jenis :

  1. Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
  2. Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
  3. Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
  4. Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
  5. Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

Antara kelebihan berselawat kepada nabi ialah :

1. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w. (dengan izin Allah jua)

Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. "

2. Mendapat keampunan dosa dari Allah.

Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. "

Riwayat Ad-Dailami: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :"Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun. "

3. Diberi pahala dari Allah s.w.t.

Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :"Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya."

4. Mendapat rahmat dari Allah

Riwayat Muslim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali. "

5. Mendapat hajat dunia dan akhirat.

Riwayat Ibnu Majar dari Jarir r.a. ; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunianya. "

6. Digembirakan dengan syurga.

Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan mati sehingga dia digembirakan dengan syurga. "

7. Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti.

Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku"

Banyak sekali ganjaran yang telah dijanjikan hanya dengan berselawat ke atas nabi. Jadi, usah tunggu lagi..marilah kita basahi lidah ini dengan ucapan zikrullah dan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita termasuk ke dalam golongan yang mendapat syafaat daripada baginda di hari akhirat kelak. Jom berselawat...=)

Wallahua'lam

 

0 Response to “Jom berselawat..”

Leave a Reply