Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Kembara Ilmu..part 1

Author: Afiq Kamaruddin

"..sebuah jurnal perjalanan pulangku sempena cuti easter.."

Lazimnya setiap kali cuti, ibuku akan menjemputku pulang dari kolej. Namun pada kali ini, aku terpaksa mencari jalan sendiri bagaimana untuk pulang ke rumah memandangkan ibu dan ayahku pergi ke sekolah adik perempuanku di Johor Bahru bagi menghadiri majlis kecemerlangan akademik STF. Sudah tentu banyak perkara yang diperkatakan oleh cikgunya nanti. Maklumlah,dah masuk tingkatan lima kena struggle sikit. Ianya bukan lagi ‘honeymoon year’. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan buat adik perempuanku kerana berjaya menjuarai pertandingan syarahan agama peringkat daerah..sesungguhnya bersyarah bukanlah suatu perkara yang mudah.Ianya memerlukan bakat dan usaha. Bukankah pepatah arab pernah mengatakan :

‘sesiapa yang berusaha pasti berjaya, sesiapa yang malas pasti akan rugi’..

Alhamdulillah, akhirnya kutemui penyelesaiannya. Terima kasih kepada sahabatku, Iwan Diamond dan ibunya kerana sudi menumpangkanku ke stesen LRT sentul. Muiz,Nizam serta Buzz turut sama menyertaiku. Semoga Allah memberikan kesejahteraan yang berpanjangan buat Iwan dan keluarga- Ameen. Kembaraku bermula setibanya aku di stesen Masjid Jamek. Setelah bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada Buzz dan Nizam di dalam tren, aku terus menuju ke kaunter bagi ‘merancang’ perjalanan. Jam menunjukkan pukul 4.00 petang. By hook or by crook, aku mesti mengambil KTM ke Shah Alam sebelum pukul 6.00 petang. Jika tak, alamatnya aku bakal terkandas di stesen KL sentral selama 2 jam!. Perutku berkeroncong kelaparan, Ya Allah, aku tak lunch lagi!. Entah kenapa hari ni aku tak berselera untuk makan tengah hari di kolej..seolah2 ada sesuatu pkara yang kufikirkan telah menghilangkan seleraku.. Kerana terlalu kelaparan, aku terus menuju ke satu-satunya ‘kedai makan’ yang terdekat – ‘Burger King’. Aku memesan satu set Whooper dan terus menuju ke sebuah meja yang agak terpencil. Alhamdulillah, aku menikmati makanan yang disediakan. Syukur rasanya. Suasana agak sejuk dan suram memandangkan hujan turun renyai-renyai. Sementara menunggu hujan berhenti, mataku terpaku pada poster-poster parti pilihan raya yang tergantung disepanjang jalan utama. Meriah rasanya. Umpama suasana ketika ‘Sukan Tahunan Sekolah’. Hijau,biru,merah,putih,kuning, dan macam2 lg.Parti-parti politik ini sudah tentunya mempunyai manifesto dan perjuangannya yang tersendiri dalam usaha pembangunan negara. Tiba-tiba, ku teringat isi kandungan Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Maliki tadi. Khutbah menyentuh soal kepimpinan dan tanggungjawab dalam memilih pemimpin yang adil. Seorang pemimpin bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Berdasarkan sepotong hadith :

‘Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpinkan..’

Seorang pemimpin umpama seorang pemegang amanah. Andai dia mengkhianati amanah yang diberikan, maka laknat Allah akan menimpa dirinya. Seorang pemimpin mesti berlaku adil dan menjadikan al-quran sebagai panduan hidup kerana pemimpin yang adil akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak..

Kembaraku diteruskan....


Saat hujan turun



Perang poster dihadapan Masjid Jamek



Set makanan 'tengah hari' yang dimakan pada pukul 4.30 petang ~ sangat lapar

 

0 Response to “Kembara Ilmu..part 1”

Leave a Reply