Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Kembara Ilmu..part 2

Author: Afiq Kamaruddin

Sambungan jurnal perjalanan pulangku dari part 1...

Setelah selesai makan, aku terus menuju ke stesen KL monorail bagi menaiki tren ke KL Sentral untuk membuat pertukaran (transit interchange) KTM menuju ke Shah Alam. Dalam perjalanan, kelihatan beberapa orang ‘penjaja jalanan tanpa lesen’ sedang kalut menmbungkus dan menyembunyikan barang jualan mereka. Rupa-rupanya pihak berkuasa datang membuat spot check. Tak dapat dinafikan suasana di sekitar masjid jamek ibarat berada di negeri ‘asing’ kerana ramai orang ‘asing’. Wallahua’lam samada mereka PATI atau tidak, tak dapat dipastikan. Seharusnya kita perlu mengehadkan jumlah pendatang asing ke negara kita agar kedaulatan dapat dipelihara. Setibanya di kaunter tiket, aku terserempak dengan seorang pak cik dalam lingkungan usia pertengahan sedang menjual kerepek. Kasihan pak cik itu. Kedua-dua belah kakinya kudung, pakaiannya lusuh, compang camping dan tak terurus. Songkoknya sudah kusam.Bergenang air mata dikelopak matanya. Serak basah suaranya melaungkan ‘kerepek…! kerepek…!’ menunjukkan dia telah keletihan akibat terlalu kerap menjerit. Namun dia tidak peduli pada keletihan,kesakitan,tohmahan, mahupun pandangan negatif masyarakat terhadap dirinya. Dia terus melaungkan kalimah rahsia tersebut demi mencari pendapatan yang HALAL. Aku berasa tersentuh dengan pengorbanan dan penderitaan yang dialami olehNya. Lantas aku menemuinya dan cuba untuk membantu meringankan penderitaannya. Setelah berurusan, dia mengucapkan terima kasih dan bertanyakan soalan yang menyentuh hatiku..

“anak, sekarang dah pukul berapa? Dah masuk waktu solat Asar ke belum?...”

Subhanallah,alangkah sucinya hati pak cik tersebut. Disebalik penderitaan dan kesusahan yang dialami dari segi kesihatan mahupun kewangan, syariat Allah tetap dijunjung! Cinta Allah tetap didamba! Hukum Allah tetap dipelihara! Beliau sangat menjaga waktu solat dan berjemaah.Tidak semena-mena air mataku menitis. Jika dibandingkan dengan realiti ummat masa kini termasuk diri aku sendiri, ada antara kita yang mana mendapat pendidikan tinggi, pergaulan hidup sangat bersosial, dimanjai dengan kemewahan, pancaindera lengkap dan sihat wala’fiat, duit bertimbun-timbun, namun masih sukar umtuk membezakan mana halal dan haram, masih sukar menjaga waktu solat..apalagi solat berjemaah...Oh pemuda-pemudi ‘harapan bangsa’..memang benarlah bait lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan UNIC :

‘Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia, cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya..Kemiskinan didunia tak beerti kau terhina, itu hanya dipandangan mata..Kemewahan tak bermakna hidupmu akan sentosa, kesempurnaan iman Tuhan menilainya..’

kembaraku diteruskan,mencari pengajaran kehidupan...

 

0 Response to “Kembara Ilmu..part 2”

Leave a Reply