Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Effisyenkah hariku???

Author: Afiq Kamaruddin

Sedar tak sedar, dah masuk hari keenam aku berada dirumah bersempena dengan cuti easter. Apabila dihitung, baki cuti yang tinggal hanyalah 18 hari sahaja. Bermakna aku telah menghabiskan satu per empat daripada cutiku setakat ini. Sungguh pantas masa berlalu. Tidak sedar rasanya. Mungkin kerana berlakunya 'event' yang terbesar dalam negara yang menyaksikan aku terlalu ghairah menghadapinya sehingga tidak sedar masa itu emas. Pernahkah kita terlintas, terdetik, mahupun terucap perkataan 'popular' ini :

" Tak cukup masa la, sebab tu tak dapat buat kerja tu.."
" Nampaknya masa mencemburui saya, maaflah ye..saya tak dapat nak teruskan dengan rancangan kita.."

Dan pelbagai lagi dialog2 yang hampir sama dengan situasi diatas..kasihan masa, dipersalahkan pula oleh manusia..=)

Cuba kita renung-renungkan. Manusia diberi masa 24 jam oleh Allah. Allah itu Maha mengetahui fitrah hamba2Nya kerana DIA yang menciptakan kita. Maka sudah tentu, masa 24 jam yang diberikan itu sudah cukup untuk kita. Tak lebih, dan tak kurang. 12 jam siang, 12 jam malam.Memetik kata2 Huzaifah a.k.a Jpah Syumul semasa tazkirah subuhnya :

"Manusia selalu mengatakan masa tidak cukup. Hatta jika manusia diberi masa 28 jam pun dalam sehari, mereka tetap akan mengatakan tidak cukup.."

Memang benar apa yang diperkatakan oleh Huzaifah itu. Aku mengaku, aku sendiri pun pernah berfikir masa itu tidak cukup.Hilang effisyen dalam kehidupan seharian. Jadi, apa yang perlu kita lakukan supaya kita lebih effisyen? Sudah tentu pengurusan masa yang baik dan sistematik. Imam Syafie misalnya membahagikan satu pertiga masanya untuk belajar, beribadah, dan beristirehat. Maknanya, 8 jam bagi setiap aktiviti. Adakah kita sebagai pelajar memperuntukkan 8 jam sehari untuk belajar? ataupun kurang daripada 8 jam? Seandainya dikolej, mungkin kita boleh buat kerana 'persekitaran belajar' mengawal kita. Tetapi sekiranya kita berada dirumah? Ditambah pula dengan 'tarikan2 keseronokan'..al-maklumlah, baru dapat lesen kereta, komputer canggih dengan kemudahan internet berkelajuan 100Mbps, konsol permainan yang baru dibeli kononnya menggunakan duit 'sendiri'(walhal duit scholar), sistem audio dan dvd berkualiti tinggi yang tiada tandingan, dilengkapi dengan filem2 menarik yang baru keluar dipawagam, keriangan kawan2 yang sering mengajak anda keluar bersiar2 (walaupun pergi ke tempat yang sama berkali2), kemudahan Astro yang mempunyai pelbagai siaran (walaupun tak semua channel ilmiah kita lihat), perasmian pusat-pusat membeli belah di kawasan sekitar anda yang pastinya menarik minat perngungjung setia untuk 'window shopping', serta macam2 lagi..bak kata iklan Astro, "macam-macam ada".Adakah mampu untuk kita 'retain' 8 jam sehari untuk belajar dengan kondisi begini? Wallahua'lam..fikir2kanlah ye. =)

Adakah kita mengharapkan pengurusan masa yang baik andai pukul 11 pagi baru nak tarik selimut? atau bersarapan pada saat orang lain sedang menikmati makan tengahari? atau bertangguh dalam melakukan kerja2 yang penting sedangkan pada masa itu kita mempunyai masa yang terluang. Bila tiba deadline 2 dia! Baru kelam kabut beserta kalut nak buat...tiba2 pula jadi 'rajin' tanpa dipaksa.Sampai terlupa nak makan,tidur,mandi dan sebagainya. Yang penting..kerja kena siap! Walaupun kualiti belum tentu mantap! Pernahkah kita dengar pepatah ini :

"Bertangguh itu pencuri masa"
"Masa itu ibarat pedang, sekiranya kamu tidak menggunakannya dengan baik ia akan memotongmu"

Ya, sudah tentu kita pernah dengar bukan? Namun setakat mana kefahaman kita dalam memahami pepatah tersebut. Adakah setakat mencurah air ke daun keladi? Atau benar2 kita memahami dan melaksanakannya dalam kehidupan seharian? Rakan2 sekalian, manusia itu tidak pernah sempurna sifatnya..itulah hikmah kejadian manusia, supaya kita dapat mempelajari sesuatu berdasarkan kesilapan yang lalu. Sebab itu pentingnya kita saling menasihati antara satu sama lain.

'Pengalaman lalu mengajar kita erti kehidupan. tetapi seandainya kita terjatuh ke dalam lubang yang sama buat kali kedua, itu tandanya kita tidak belajar daripada pengalaman..'

Uruskanlah masa dengan baik. Laksanankan yang mana prioriti terlebih dahulu. Jangan sesekali bertangguh dalam membuat pekerjaan yang menjadi keutamaan. Banyak-banyakkanlah beristirghfar dan mengingati Allah agar hati menjadi tenang dan tetap pendirian. Syaitan pasti akan menggoda kita supaya tidak menghargai masa dengan baik. Andai terdetik dihati untuk 'bertangguh', ambilah wudhuk, bacalah al-quran, berzikirlah semoga hati menjadi tenang. Bagi para pelajar, gunakanlah masa untuk belajar kerana itu matlamat kita yang jelas. Jangan sia-siakan harapan ibu bapa, harapan negara, dan harapan agama pada kita. Hargailah pengorbanan mereka yang sanggup berkorban membiayai kos pengajian kita. Kawal keinginan, kawal hati dan perasaan. Mudah-mudahan masa kita diberkati Allah.Ingatlah, biar bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Insyaallah, semoga kita termasuk dalam golongan yang berjaya dan tidak menyesal dihari kemudian.

"..Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia, nescaya kami akan mengerjakan kebaikan. Sungguh kami adalah orang2 yang yakin.." surah as-sajdah : 12

"..Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran.." surah al-asr :1-3

"Dan ingatkanlah kerana peringatan itu memberi manfa'at bagi orang mukmin".

Justeru, mari kita sama2 berkempen..say NO to Procastination! =)



" If I could stop time in my hand, but I don't have time.."

 

0 Response to “Effisyenkah hariku???”

Leave a Reply