Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Keliru...

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, hari ini berakhirlah penantian debaran fizik paper 5. Soalannya boleh tahan juga mencabarnya. Walau apapun, saya dah cuba lakukan yang terbaik yang mampu saya berikan hari ini. Sekarang hanya mampu bertawakal menunggu keputusannya sahaja. Esok ada exam lagi. Maths paper 3. Persediaan menjelang paper esok? Hurm, masih belum boleh dikatakan bersedia sepenuhnya lagi...kerana ada tajuk yang masih belum saya kuasai. Tajuk apa? Vector...ya vector. Sebentar tadi selepas solat asar disurau, berbincang sebentar dengan jepah dan firdaus tentang soalan vector. Sungguh ada situsai dimana saya tidak mampu memahami sepatah apa pun yang mereka bincangkan dengan terperinci...sungguh saya benar-benar keliru..sungguh saya benar-benar tak tahu...equation of plane? direction between line and plane? Ya Allah, otak saya cuba memahami setiap bait penjelasan yang diberikan. Seolah-olah saya berada di planet asing, seolah-olah saya dalam situasi baru belajar vector secara mendalam sedangkan peperiksaan hanyalah esok. Tidak dinafikan, syllabus vector masih belum habis lagi kelas kami pelajari. Namun ianya bukanlah alasan untuk saya katakan 'takpelah, tak belajar lagi, bolehlah tinggal soalan tu..' seperti mana yang sering saya dengar dikalangan pelajar termasuk diri saya sendiri..realiti hidup sebenar, ujian yang datang menduga tidak pernah memberi amaran terlebih dahulu..persiapan kena buat berterusan, bukan tunggu ujian..Apa yang perlu saya lakukan? Jawapannya mudah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Mudah untuk berbicara, namun agak sukar untuk melaksana. Ah, pedulikan apa orang kata! Saya nekad, hari ini juga saya mesti tingkatkan lagi kefahaman saya berhubung tajuk vector setelah terkesima semasa pertama kali membuat past paper tadi. Tiada lagi alasan, alasan 'belum belajar lagi', 'cikgu tak bagi buat past paper','masa untuk study tak cukup',alasan itu alasan ini..itu semuanya merupakan taktik untuk melarikan diri daripad tanggungjawab.

'Dah tahu cikgu belum ajar lagi, menuntutlah ilmu dengan kawan. Takkan nak tunggu cikgu aje..kalau macam tu,sampai bila kita perlu bergantung pada orang lain? Apalah kau nie Afiq, mudah sangat patah semangat..usaha kau kuat tak mencapai ke arah itu? Berusahalah kuat sikit..macam mana nak dapatkan keputusan yang baik kalau usaha pun ala kadar aje...ingatlah, setiap kesulitan pasti ada kesenangan...kuatkan semangat, lawan bisikan syaitan tu! Mana perginya pergantungan harap kau kepada Allah? Mana perginya ketabahan hati kau dalam menghadapi ujian Allah? Mana perginya kewarasan akal dan fikiran yang disandarkan pada keimanan kepada Allah' hati kecilku berbicara...diriku tersentak, kalah menang bukan alasannya...ikhtiar dan tawakal, itu penyelesaiannya

Masih ada waktu lagi untuk ku usahakan sesuatu. Dan malam ini akanku adakan kelas intensif dengan hisham bagi memantapkankan lagi ilmu vector. Biarkan mereka dengan tohmahan mereka yang tidak pernah cuba untuk menaikkan kembali semangat saudaranya sendiri,dah tak sempat la afiq,tak dapat faham semua dalam satu malam ke, tumpukan pada chapter yang lain ke...etc2.. yang penting saya lakukan sesuatu untuk memperbaiki kelemahan diri..rasanya itu lebih baik daripada berdiam diri dan menuding jari ke arah orang lain atas kegagalan diri tanpa melihat kembali sekuat mana usaha yang dilakukan. Biarlah apa yang saya dapat sikit, moga-moga perkara yang sedikit itulah yang memberi makna yang besar untuk saya kelak....


Wallahua'lam

 

0 Response to “Keliru...”

Leave a Reply