Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...
Ada apa pada bahasa?
Author: Afiq Kamaruddin
Bismillahirrahmanirrahim
"Afiq, kenapa ayat kau skema sangat? Afiq, kenapa kau suka bermain-main bahasa? Afiq,kau dulu jurusan sastera ke? Afiq, kenapa itu kenapa ini..."
Pelbagai persoalan dilontarkan berkenaan penggunaan kosa kataku seharian. Ada yang membuat andaian yang saya dahulu pelajar jurusan sastera, sedangkan pada hakikatnya saya dari jurusan sains tulen. Sungguh lucu pula rasanya...baiklah, bagi menjelaskan kepada mereka yang bertanya, persoalan yang sering saya timbulkan kepada mereka yang bertanya, apa takrifan 'Skema' itu? Andai mengikut penggunaan bahasa yang betul, saya rasakan tiada masalah kerana bahasa menunjukkan bangsa..Sebenarnya bahawa penggunaan bahasa yang saya gunakan adalah bersesuaian dengan naluri dan jiwa saya. Penah juga saya menulis dalam bentuk 'santai' dengan menggunakan bahasa pasar. Tetapi tidak temui kepuasan didalamnya..seolah2 mesej tidak sampai..seolah2 ianya tak datang dari dalam diri saya..seolah2 saya berbohong pada diri sendiri...dan kepada para pembaca...pandai berbahasa? Saya rasa tidak kerana saya rasa masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Khususnya dalam menyampaikan mesej yang 'sweet and simple'.
Jiwa saya minat kepada bahasa-bahasa yang indah dan lembut. Tapi itu tidak bermakna saya meminati sastera. Minat sastera? Sewaktu sekolah dahulu, subjek sastera@komsas bukanlah menjadi subjek kegemaran saya. Kadang kala sukar untuk difahami...berbelit-belit maksudnya.Pernah juga tertidur sewaktu cikgu mengajar sastera...apabila ditanya, kelam kabut jadinya. Apa lagi, terpaksalah saya 'menggoreng' jawapan..kadang2 hangus juga..=)
Minat saya pada lagu-lagu berunsur tarbiyah serta kata-kata hikmah para hukama' amat mendalam. Kerana jiwa saya memang ke arah itu. Dengan berbahasa, hati yang keras bisa menjadi lembut..dengan berbahasa, mata yang kering menjadi basah dengan air mata keinsafan..dengan berbahasa, jiwa yang sunyi kembali menjadi ceria berteman..dengan berbahasa, nafsu yang bergelora mudah dipadamkan oleh tarbiyah hidayah daripada Allah. Bahasa Al-quran tersangatlah indah. Saidina Umar menjadi lembut hatinya setelah mendengar ayat-ayat indah daripada surah Taha yang dibacakan oleh adiknya, Fatimah. Seorang penyamun bertaubat setelah mendengar kata-kata berhikmah Syed Qadir Al-Jailani. Bicara jenaka Abu Nawas meruntun hati seorang raja yang zalim. Madah indah Rabia'tul Adawiyah menjadi sumber inspirasi pejuang agama Allah..serta banyak lagi contoh yang boleh diteladani. Semuanya kerana keindahan dan keperibadian dalam berbahasa. Jiwa manusia sukakan kebaikan, keindahan, dan kelembutan....
Namun, berbahaslah dengan berhikmah. Masalah yang timbul seandainya bahasa yang digunakan terlalu 'berbelit-belit' atau 'berbunga-bunga' sehingga menyukarkan pemahaman..paling teruk jika memesongkan pemahaman. Berbicaralah terus kepada isi atau mesej yang hendak disampaikan. Cuma kadang-kala kita perlu kreatif. Bergantung kepada situasi dan persekitaran..kadang-kala perlukan unsur humour,nada serius,nada sastera, dan sebagainya..berhikmahlah. Pokok pangkalnya, pastikan mesej itu sampai dengan jelas. Sekiranya tidak faham, bertanyalah. Andai ada masalah, tegurlah..mudah kan? tetapi kenapa kita rasa susah? Kerana kita tidak tahu dimana kesilapan...dan tidak tahu dimana hendak perbetulkan..tidak mahu mengalah pada ego yang sentiasa inginkan kemenangan..jangan 'syok sendiri', dikhuatiri kita lupa pada keagungan pencipta dan lupa pada kekhilafan diri. Besederhanalah...berhikmahlah...
Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga.. Yang cantik itu budi perkerti, yang indah itu budi bahasa...
“Dan siapakah yang lebih elok percakapannya dari mereka yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh serta berkata: Sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan yang berserah diri kepada Allah SWT” (Surah al-Fussilat: 33)
“Serulah ke jalan TuhanMu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau seru itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya TuhanMu Dialah jua yang lebih mengetahuikan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang medapat hidayah petunjuk”. (Surah al-Nahl:125)
Kata al-Jurjani: ”Setiap tutur kata yang menepati kebenaran adalah hikmah”. Dan berkata Ibn Zaid: “Semua perkataan yang memberi pengajaran atau menyeru kepada kemuliaan atau menegah kamu dari keburukan adalah hikmah”.
Sekadar coretan dimalam minggu...
Wallahua'lam.