Cantik tak bunga ini?
Author: Afiq Kamaruddin
Bismlillahirrahmanirrahim
Suasana subuh yang sepi diselangi dengan rintik hujan menjadi 'perisai' bagi sesetengah golongan untuk bangun melunaskan amanah yang bakal dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Alhamdulillah, suasana subuh di Suras As-Saad pagi tadi masih seperti biasa. Jika hendak dibandingkan dengan suasana ketika zohor,asar, maghrib, lebih2 lagi Isyak!, suasana di surau cukup 'sunyi', tenang dan mendamaikan. Mungkin kerana kurangnya 'jemaah' yang menghangatkan suasana surau dengan celoteh-celoteh dan cerita2 mereka, atau mungkin juga kerana para jemaah begitu khusyuk dan tawadhuk beribadah. Tiada kelihatan kumpulan2 'pengunjung' tepi tangga sepertimana yang sering dilihat setiap malam. Khususnya sebelum solat Isyak. Begitulah senario yang berlaku di Surau As-Saad.Sudah menjadi kebiasaan, malah tidak salah sekiranya saya katakan sudah menjadi lumrah.
Tazkirah subuh pagi tadi disampaikan oleh 'most mysterious and eligible bachelor', Mua'dz. Tenang sungguh gayanya. Muzakkir memulakan tazkirah dengan mengajak jemaah untuk sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberikan. Kemudian, Mua'dz pun memulakan tazkirahnya dengan bercerita. Cerita ringkasnya begini :
Pada zaman dahulu, ada seorang wanita tua yang merasakan dirinya selalu ditimpa musibah. Apa yang dibuat semuanya tidak kena. Apa yang dihajatkan semuanya tidak dapat. Asyik gagal sahaja.Sering menyalahkan takdir. Sehingga menganggap dirinya seorang yang Total Failure. Semasa dia sedang berjalan-jalan di sebuah taman, seorang anak kecil yang comel molek datang menghampirinya membawa sekuntum bunga lalu berkata.
"Cantik kan bunga ini?"
Wanita itu seakan-akan acuh tidak acuh sahaja dengan kehadiran anak kecil itu. Maklumlah, siapa mahu melayan anak-anak kecil yang secara tiba-tiba datang menghampiri orang dewasa. Tidak setaraf kononnya! Tidak sama standard. Itulah mentaliti sesetengah orang zaman ini. Tidak pernah ingin menghormati atau menyayangi golongan kanak-kanak. Tetapi wanita itu tetap mempunyai sifat ingin menjawab. Mungkin kerana tidak ingin mengabaikan permintaan anak kecil itu. Lalu dia menjawab dengan slumber..
"A'ah, bunga itu cantik nak.."
Mendengar jawapan itu, si snak kecil itu tidak berlalu begitu sahaja. Dia terus membelek-belek bunga tersebut dengan penuh keasyikan. Apalagi, si wanita tua itu pasti berasa pelik, hairan, dan musykil. Kenapa ya....?
Kuasa Allah menentukan segalanya, apabila diamati betul2, rupa-rupanya si anak kecil itu BUTA matanya. Menyedari hakikat kejadian yang menimpa, wanita itu tersentak lalu bercucuran air matanya. Menginsafi kejadian yang berlaku dan mengaitkan dengan kisah kehidupannya. Kenapa?
Masakan si anak kecil itu tahu bunga itu cantik sedangkan dia tidak dapat melihat? Ini kerana dia sangat yakin dengan apa yang diyakininya, dia sentiasa berfikiran positif dalam hidupnya dan tidak pernah mengeluh. Sungguhpun pandangan matanya gelap, pandangan hatinya terang. Dia sangat gembira dan ceria. Malah bersyukur dengan apa yang dimiliki. Seandainya hendak dibandingkan dengan wanita tua itu, dia masih dikurniakan kehidupan, malah pancaindera yang lengkap untuk terus berusaha dan berusaha sehingga tiba masnya. Wanita itu berjuta-juta kali lebih beruntung daripada si anak kecil itu. Itu yang membuatkan wanita itu terharu dan tersedar dari lamunan hidupnya yang lalu.
Dalam setiap kegelapan yang dirasai, pasti ada sinar cahaya yang menanti. Carilah ia dengan pandangan hati yang tulus, hanya berserah diri kepada Ilahi. Di situ, kita akan menemui kebahagiaan dan ketenangan yang abadi. Sentiasa berfikiran positif dan khusnul Zan (bersangka baik) dengan setiap ujian yang Allah turunkan. Orang yang berjaya, adalah orang yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat pemberianNya tanpa keluh kesah dan berusaha untuk memperbaiki dirinya.
Tazkirah ringkas Mua'dz membuatkanku tersenyum sendirian. Benarlah, dengan bersabar, kita perlu redha, hanya dengan itu kita dapat memahami makna sebenar SYUKUR...
Coretan selepas menerima keputusan exam fizik..
Wallahua'lam