Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Engineer...Tolong~

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim



Gaya Azri a.k.a future Orang Minyak...

Eksperimen caffeine extraction diteruskan lagi pada hari ini. Double period! Insyaallah, cukup kot masa yang diperlukan. Paling kurang pun sehingga ke prosedur dimana larutan lead ethanoate digunakan sebagai indicator. Apa yang uniknya kali ini? Oh, Ms.Shree ingin mengajar kami menggunakan Vacuum Filter. Atau dalam bahasa melayu, proses penurasan menggunakan persekitaran vacum. Bukan Vacuum Cleaner ye..jangan salah anggap pula.


Vacum Filter..nampak tak air mengalir dari pili ??

Kelebihannya? Mudah, cepat, dan agak bersih. Prinsip fizik yang digunakan? Pada hemat saya, alat itu menggunakan prinsip tekanan. Conical Flask disambungkan ke water tap menggunakan rubber tube. At the end of the connection, there is a lane which seperating the two gaps. The gaps between the rubber tube into the flask, and the gap that allows water to run through.

Menurut prinsip bernouli, kawasan yang mengandungi fluid berhalaju tinggi mempunyai tekanan udara yang rendah. Dalam konteks ini, water tap berada dalam keadaan tekanan udara yang rendah kerana pengaliran arus air yang deras. Kelalang kon pula berada dalam keadaan tekanan tinggi. Maka, udara akan dipam keluar daripada kelalang kon kerana perbezaan tekanan. Menjadikan persekitaran di dalamnya kedap udara. Ini membolehkan proses penurasan berlaku dengan pantas

Apa kelemahannya? Ya, sudah tentu PEMBAZIRAN...bagi Angkatan Wanita Sedar (A.W.A.S), atau Movement Against Pembaziran (M.A.P) KYUEM, sudah tentu perkara sedemikian amat mengecewakan. Aliran air yang berterusan perlu digunakan. Sedih dan terkilan juga melihat air mengalir ke dalam sinki begitu sahaja. Melihat duit melayang-layang ditelan arus..Secara tidak langsung menaikkan bil air kolej, secara tidak langsung menyebabkan pembaziran yang agak melampau. Adakah alasan 'tidak mengapa membazir, yang penting pelajaran..' itu relevan? Seharusnya dengan ilmu, kita mencipta sesuatu yang lebih bermanfaat. Mencipta seseuatu yang mampu mengelakkan pembaziran, optimum efficiency. Bukannya menambah pembaziran. Bukan sekadar manfaat kepada diri, tetapi juga kepada persekitaran.


Landscape water front..Lihatlah PEMBAZIRAn air..

So, kepada future engineer, fikirkan apakah jalan penyelesaian kepada masalah ini. Ini baru sebahagian. Masih ada berjuta-juta lagi masalah diluar sana.. Engineer bukan sekadar mencipta sesuatu produk untuk kepentingan pengguna sahaja, malah turut mengambil kira kos alam sekitar, power efficiency, alternative method, dan sebagainya..Marilah bersama kita mengelakkan pembaziran. Satu cabaran yang perlu kita tangani pada masa hadapan..Bukankah Islam menggalakkan kita berjimat cermat, dan melarang kita dari membazir..Berjimat Cermat Tanggungjawab Bersama..=)

Wallahua'lam

 

0 Response to “Engineer...Tolong~”

Leave a Reply