Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Coretan sebuah perjalanan...

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim.

Pesta Buku Antarabangsa PWTC - itulah matlamat dan destinasiku semalam. Anas mengajakku sejak hari jumaat yang lalu. Dan sejak itu juga, niat murni itu tertanam. Niat apa? Niat untuk membeli bahan2 ilmiah bagi menambahkan ilmu semata2 ingin mencari keredhaan Allah.
Alhamdulillah, tepat pukul 1 tengah hari, Mr.Mahadzir sudah sedia menunggu kami di surau as-saad. Selain saya, turut hadir bersama ialah zaim,iqtidar, dan anas. Perasaanku teruja kerana memang saya ingin membeli beberapa naskah buku untuk dijadikan bahan bacaan peribadi. Menambah koleksi ilmu didalam diri.Menambah keyakinan pada keagungan ilahi.
Setibanya saya didalam perodua Myvi.Seuntai persoalan diajukan kepadaku oleh Mr.mahadzir.

"Afiq pandai main bowling tak? Kalau pandai boleh partner dengan saya nanti. Ada tournament kat Flamingo Ampang Bowl. Inter usrah JIM competition.."

Pernyataan yang membuatkan kami berempat yang berada didalam kereta terkedu. Iyalah, masakan tidak..ianya tiada dalam agenda perjalanan kami berempat. Plan asal kami cukup mudah, pergi ke book fair, jalan2, makan2,solat, dan kemudian ambil bas pulang ke tanjung malim pada waktu malam. Namun kami teringat kepada pesan rasulullah supaya sentiasa memuliakan perlawaan saudara kita. Melihat kepada kesanggupan Mr Mahadzir untuk menghantar kami ke KL,tidak wajar rasanya untuk kami menolak. Lagipun seronok juga bermain bowling. Selain dapat mengasah bakat, boleh juga berkenalan dengan ahli-ahli usrah Mr.mahadzir. Book Fair? Waktu lawatan sehingga pukul 10 malam. Sempat rasanya...tiada masalah masa. Maka kami menerima perlawaan tersebut dengan hati yang terbuka dan berdoa semoga ianya adalah pilihan yang terbaik buat kami. Pakatan telah disepakati, kereta perodua Myvi meluncur laju menuju ke destinasi yang dituju - Flamingo Hotel, Ampang Bowl.

Setibanya disana, kami disambut ceria oleh rakan2 Mr.Mahadzir. Setelah solat zohor, pertandingan pun dimulakan. Terdapat 11 pasukan yang bertanding. 6 kumpulan muslimin, 5 kumpulan muslimat. Saya dan iqtidar berada dalam satu kumpulan bersama-sama Mr.mahadzir dan Abang Yusof. Manakala Zaim dan Anas berada dalam kumpulan yang sama bersama dua lagi rakan Mr.Mahadzir.Kami bermain 3 frame. Prestasi pasukan kami? Alhamdulillah, boleh tahan juga. Purata jatuhan pin antara 350-450. Sungguh saya tidak sangka Iqtidar hebat juga bermain bowling. Beliau menjadi top scorer pasukan kami. Mr.Mahadzir dan Abang Yusof juga tidak kurang hebatnya. Teknik balingan spin yang kadang-kadang jadi,kadang-kadang tak menjadi. Suasana begitu riuh dan ceria.Gelak tawa dan kata-kata semangat menjadi penawar duka..Yang jauh menjadi dekat, yang rapat menjadi erat..begitu indahnya ukhwah fillah..

Pertandingan berakhir sekitar jam 5 petang.Alhamdulillah, Mr.Mahadzir gegas menghantar kami ke PWTC setelah solat asar. Sungguhpun dalam keadaan hujan lebat, kesungguhan dan keikhlasan Mr.Mahadzir jelas terpancar diwajahnya. Keputusan kami untuk menerima pelawaan Mr.Mahadzir berbayar dengan perasaan syukur, gembira dan puas. Perkenalan dengan Ustaz Fitri, abang Ibrahim, Wak Sahak, dan ramai lagi merupakan hadiah yang bermakna. Benarlah, setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Setiap kesulitan, pasti ada kesenangan..Kereta Myvi meluncur perlahan lantaran kesesakan lalu lintas, menuju ke destinasi asal kami - PWTC.

Alhamdulillah, kami berjaya menjejakkan kami ke PWTC sekitar jam 5.30 petang. Sementara menunggu Zaim dan Anas solat asar, saya dan Iqtdar mengambil keputusan berjalan-jalan dahulu disekitar gerai berdekatan. Ramai sungguh pengunjung. Gerai pertama yang saya lawati ialah Gerai Galeri Ilmu. Penerbit buku Ustaz hasrizal yang terbaru berjudul 'Aku terima Nikahmu'. Buku yang menjadi perhatian ramai dikalangan muda-mudi khususnya para daie. Semasa saya mengunjungi gerai tersebut, ternampak kelibat Ustaz Hasrizal yang tidak jemu-jemu menandatangani buku dan melayan karenah peminat. Saifulislam.com? Itulah website Ustaz hasrizal yang menjadi wadah penyampain dakwah. Saya dan Iqtidar tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan ustaz Hasrizal. Alhamdulillah, sekeping gambar diambil untuk dijadikan kenangan. terima kasih mr.cameraman - Iqtidar.

Pameran buku diadakan pada tiga aras. Tingkat bawah dan atas. Bagi yang belum puas, ditambah lagi dengan pameran tambahan di sebuah bangunan yang berdekatan. Ratusan penerbit seantero dunia berkumpul dan mempersembahkan buku-buku terbitan mereka. Jutaan buku yang dijual dengan harga yang agak murah tapi tak terlalu murah berbanding harga pasaran. Seakan-akan gedung Ilmu, ramai cendekiawan, ahli akademik, dan tokoh-tokoh politik yang hadir. Mengimbau kembali bagaimana suasana di baghdad semasa era pemerintahan Abasiyah dahulu yang dikenali dengan jolokan gedung ilmu. Subhanallah, begitu hebatnya Islam dalam bidang Ilmu.

Allah sebaik-baik perancang. Dengan izin Allah, kami terserempak dengan ayah Iqtidar, Encik Hasanan di pesta buku. Setelah berkenalan dan beramah mesra dengan keluarga iqtidar, (especially adik Iqtidar, Im yang anas kata cute tu..), ayah Iq membawa kami makan malam di Chicken Hut. Kami makan dengan lahap dek kerana kelaparan yang amat, namun penuh kesopanan..bukankah Islam mengajar kita adab-adab ketika makan? maka amalkanlah ia walau dimana kita berada. Setelah habis makan malam yang ditanggung sepenuhnya oleh bapa Iqtidar, kami memohon izin untuk minta diri kerana hari sudah lewat malam. Sekali lagi atas nikmat Allah jua, Mr.Mahadzir sudi menumpangkan kami pulang ke kolej. Perasaan gembira dan syukur bercampur baur dalam diri kami. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya perasaan kami pada waktu itu. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di sebuah restoran melayu di Bukit Beruntung. Mr.Mahadzir membiayai supper kami sepenuhnya..kami berlima berbual-bual dengan ceria.Banyak sekali isu yang dikeluarkan dan dibincangkan..sungguhpun jam menunjukkan pukul 11.malam, riak ceria,puas,syukur,beruntung, dan gembira jelas terpampar di wajah masing-masing. Sekaligus mengetepikan perasaan letih yag hadir.

Perjalananku pada hari ini membawa pengajaran yang sangat berharga. Keputusan pilihan yang dibuat sebelum bermulanya perjalanan menentukan kesan yang bakal kami hadapi seterusnya. Maka dalam memilih, utamakanlah yang mana menjadi keutamaan. Sandarkanlah pada dalil dan wahyu Allah. Berusaha dan bertawakkal kepadaNya selalu. Hanya DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Terima kasih Mr.mahadzir, terima kasih sahabat-sahabat Mr.mahadzir, terima kasih Encik Hasanan sekeluarga, terima kasih iqtidar,anas, dan zaim, terima kasih yang tidak terhingga kepadaMU ya ALLAH..doa kesyukuran dan rintihan kami panjatkan dalam munajat isyak, setibanya kami di surau As-Saad pada jam 11.30 malam semalam....

Wallahua'lam

 

0 Response to “Coretan sebuah perjalanan...”

Leave a Reply