Cinta itu tidak bermusim...
Author: Afiq Kamaruddin
Bismillahirrahmnirrahim
Setelah selesai solat Isyak, safuan jr (bendahari Muscom 08/09) datang menghampiriku untuk bertanya tentang prosedur memanggil penceramah jemputan. Semasa hendak memalingkan badan, berlaku satu insiden yang tidak diduga. Tempurung lututku secara tidak semena-mena telah beralih arah (dislocate), susulan daripada ligamenku yang cedera satu ketika dahulu. Sakitnya Ya Allah, susah untuk diungkapkan dengan kata-kata. Setelah 5 minit merintih kesakitan, sambil cuba mengurut..Alhamdulillah, rasa sakit itu menyusut. Namun itu baru permulaan kepada episod yang lebih menakutkan...
Setibanya di bilik, ketika hendak mengambil buku rujukan, kakiku kebas secara tiba-tiba. Kali ini kesakitan yang dirasai berkali ganda sakitnya daripada yang awal. Ya, tempurung lututku sekali lagi telah beralih arah (dislocate), cuma kali ini lebih obvious dan jelas. Perbezaan ketara dapat dilihat..satu tinggi manakala satu rendah. Lebih menakutkan, saya tidak mampu untuk meluruskan atau membengkokkan kaki..semakin dicuba, semakin sakit..seolah2 hendak tercabut rasanya lutut..cant fully stretch & bend. Melihat keadaanku yang sangat kronik, teman serumahku, Muiz gegas memanggil Nizam a.k.a mazzein untuk cuba memulihkanku memandangkan Nizam pandai mengurut. Dengan kepakaran Nizam di atas izin Allah jua, setelah 1 jam menahan sakit dan pedih, akhirnya tempurung lututku berjaya dimasukkan kembali. Bunyi 'PRAPPP!' yang kuat menjadi indikator yang ianya sudah kembali ke tempat asal. Alhamdulillah, kakiku akhirnya dapat diluruskan kembali tetapi masih lemah dan tidak mampu untuk bengkok sepenuhnya.Sekurang-kurangnya, saya masih lagi dapat berjalan. Insyaallah ianya bakal mengambil masa beberapa minggu untuk sembuh (berdasarkan pengalaman)..Terima kasih Nizam, Muiz atas segala pertolongan..Terima Kasih kepadaMu Ya Allah, kerana masih memberikanku peluang untuk berjalan..
Jujurnya, saya hampir-hampir berputus asa ketika mana melihat kaki saya tidak mampu untuk diluruskan atau dibengkokkan. Seolah-olah tiada apa yang mampu dilakukan melainkan menjalani pembedahan. Disaat itu, saya hanya mampu brdoa dan berserah segalanya kepadaNya. Mungkin ini adalah keputusan yang terbaik. Alhamdulillah, Allah telah menggerakkan hati Muiz untuk menghubungi Nizam yang mana tidak terlintas langsung di hati saya ketika itu. Peristiwa yang berlaku merupakan satu pembelajaran bagi saya. Banyak pengajaran yang saya teladani. Benarlah firman Allah yang mafhumnya bermaksud, manusia akan mengingatiNya ketika mana mereka dalam kesusahan. Namun ketika dalam kesenangan, hanya sedikit sahaja yang mengingatiNya..setelah bermuhasabah, baru ku sedari kekhilafanku selama ini..baruku sedari bahawa diriku penuh dengan dosa dan maksiat. Seringkali berjanji kepadaNya, namun janji itu sering kumungkiri..diriku alpa dengan kesibukan dunia, sehingga terlupa kepada Al-Halim. Ya Allah, bagaimanakah keadaanku di sana nanti? Andai kelalaian fatamorgana dunia pun tidak mampu ku atasi..adakah cintaku padaMU bermusim? Adakah diriku umpama buah-buahan yang tumbuh ranum tatkala tiba musimnya sahaja dan menjadi busuk seandainya tidak dipetik atau dijaga rapi?
'Andaikan seribu seksaan, terus melambai-lambaikan derita yang mendalam..seujung rambutpun aku takkan bimbang..jalan ini yang ku tempuh..bilakah ajal kan menjelang,jemput rindu-rindu syahid yang penuh kenikmatan..cintaku hanya untukMU..tetapkanlah muslimku selalu..'
'Itu hakikat dan kepastian, hadirnya tidak pernah kita alukan..tua dan muda, miskin dan kaya..semua insan pasti melaluinya..sakit dirasa tidak terkata tika dipisahkan jiwa dari jasadnya..hanya amalan, bisa redakan bebanan derita di ambang kematian...'
"Dan apabila mereka digulung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Alah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya. Tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebahagian daripada mereka tetap menempuh jalan yang lurus. Adapun yang mengingkari ayat-ayat kami adalah PENGKHIANAT yang tidak berterima kasih.." Surah Luqman : 32
ku impikan syahid..layakkah diriku ini?
Sekadar coretan di pertenngahan malam..
Wallahua'lam