Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Didiklah anak-anakmu di barat?

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim

kita hidup di dunia yang penuh dengan pemangsa...

Alhamdulillah, segala puji bagiNya kerana masih dikurniakan nikmat oleh Allah. Nikmat apa? Bermacam-macam nikmat,sehingga tidak terhitung banyaknya . Bagaimana rasanya kalau kita diberikan hadiah oleh seseorang yang sayang pada kita? Sudah tentu kita akan gembira kan? dan berterima kasih dengan si 'pemberi' hadiah lebih daripada hadiah itu sendiri. Menyedari hakikat ini, kita patut berterima kasih kepada Allah, dalam erti kata lain bersyukur dengan nikmat pemberian Allah. Bagaimana? Dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Mudah bukan? Ya..sungguh mudah untuk berbicara namun amat sukar untuk melaksana. Kenapa? Lihat sahaja senario semasa di negara kita. Lihat sahaja keadaan surau-surau dan masjid-masjid jutaan ringgit yang tersergam indah namun pengisiannya hambar lantaran kekurangan ahli jemaah yang hadir. Lihat sahaja fenomena masyarakat yang dahagakan hiburan sehingga membawa ke satu tahap yang melampau. Lihat sahaja kes2 jenayah, rasuah, pecah amanah, dan sebagainya. Jelas menunjukkan kita masih belum menzahirkan perasaan 'terima kasih' kita kepada Allah. Usah menuding jari menyalahkan orang lain atas kegagalan diri sedangkan usaha dan tawakal tidak setinggi harapan yang diimpi. Benarlah fimanNya :
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya" ( An-Najm : 39 )

Tajuk kuliah subuh pagi tadi amat menarik perhatianku. Muzakir Izwan memulakan bicara dengan memetik seuntai persoalan. Bagaimana untuk mendidik anak? Ya..bakal anak-anak kita nanti. Penyambung dakwah islamiah dimuka bumi..kemudian beliau memetik kata-kata daripada seorang tokoh ilmuan islam (saya tidak pasti samada antara Syeikh Muhammad Abduh atau Abdullah Yusuf Ali)

aku melihat islam pada negara barat, tetapi aku tidak dapat melihat islam pada muslim...

Kata-kata yang kurasakan mempunyai unsur pengajaran yang mendalam. Walaupun kedengaran 'sinis', tetapi itu realiti yang terjadi. Budaya akhlak islam diamalkan di kalangan komuniti bukan muslim, bukan di kalangan komuniti muslim. Contohnya masyarakat barat amat mementingkan soal masa. 'punctuality'. Lihat sahaja di kolej kita. Terutama bagi Foord's Family. Dr Foord dan Mrs Food amat-amat mementingkan ketepatan masa. Pernah seorang rakan sekelas saya bersama Mrs Foord datang lewat ke kelas. Lewatnya hanya 1 minit sahaja. Pada masyarakat kita, lewat 1 minit itu perkara kecil sahaja. Tiada masalah pun, tetapi tidak pada Mrs. Foord. Lihat sahaja bagaimana exam CIE A-Level dijalankan. Habis sahaja masa, that's it..put your pen down please!..sebagaimana yang dilaungkan oleh chief invigilator. Kalau tak, I'm sorry, you have been disqualified for disobeying the examination rules.Lewat ke kelas Dr Bano, kena berdiri di luar. Itu baru isu berkenaan masa, belum masuk isu-isu lain lagi.

Kita marah pada mereka yang menghina agama kita, namun adakah kita mempersembahkan kepada mereka kualiti-kualiti yang ada sebagai seorang muslim? Adakah islam itu hanya sekadar alat kosmetik semata-mata? Rasulullah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Sewajarnya akhlak rasulullah menjadi ikutan. Kenapa akhlak penting? Kerana akhlaklah kita akan dinilai oleh masyarakat. Akhlak islam itu al-quran dan al-quran itu kalam Allah. Islam mengajar kita menepati masa, menghormati guru, bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah, bertutur dengan perkataan yang sopan, serta banyak lagi. Persoalannya sejauh manakah kita mempraktikkannya?

Post ini bertujuan untuk menyedarkan kembali diri kita yang penuh khilaf terutamanya diri saya sendiri. Sebagai seorang muslim yang mukmin, kualiti itu seharusnya tertanam dalam diri kita kerana kalimah tauhid berada dalam diri kita. Tetapi hakikatnya terbalik pula jadinya. Kita pula yang terikut-ikut dengan akhlak barat, barat pula yang terikut-ikut dengan akhlak muslim. Sebab itu mudah kalau kita nak didik anak kita mengikut corak islam jika berada di Barat. Contoh yang muzakir gunakan tadi seandainya si anak bertanya si ayah, kenapa angelina jolie pakai baju tak cukup kain? Maka si ayah akan menjawab, oh..kerana dia bukan orang islam..orang islam tak boleh pakai macam tu..berdosa. Seandainya di Malaysia pula bagaimana? si anak bertanya si ayah, kenapa artis polan binti polan tu pakai baju tak cukup benang? Dia tak sejuk ke? Nah, bagaimana untuk si ayah menjawabnya? Saudara seislam sendiri pula itu. Benarlah maksud hadith nabi bahawa di akhir zaman nanti, umat islam akan mengikut jejak langkah orang-orang kafir sedikit demi sedikit hatta jika masuk ke dalam lubang biawak sekalipun,umat islam akan mengikutnya.Itulah fenomna yang sedang berlaku sekarang..sesungguhnya, kita berada di saat akhir zaman.

وَإِذَا مَسَّ الإِنسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَآئِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَّسَّهُ كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. ( Yunus : 12 )

Ayuh sahabatku! Mari kita suburkan diri dengan peribadi seorang mukmin yang sejadi. Akhlak rasulullah dijadikan ikutan. Akhlak buruk ditinggalkan. Bisikan syaitan dijauhkan.Semoga kita termasuk dikalangan hambaNya yang sedikit. Sedikit? Kenapa sedikit? Kenapa tidak banyak? Kerana hanya sedikit sahaja hambaNya yang bersyukur.....

"وقليل من عبادي الشكور"
"dan sedikit sekali dikalangan hamba-hambaKu yang bersyukur (berterima kasih kepadaKu)". (Saba : 13)

Wallahua'lam

 

0 Response to “Didiklah anak-anakmu di barat?”

Leave a Reply