Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Siapa kata kecil itu lemah?

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim

Pagi tadi, paper math p3. Jika semalam, persediaan untuk menghadapi paper ini boleh dikatakan 50%, hari ini peratusan itu naik sedikit menjadi 80%. Alhamdulillah. Kenapa tidak 100%? Kerana saya masih merasakan yang saya masih lemah lagi dalam p3 dan perlukan latihan intensif yang berterusan.Soalan yang keluar, alhamdulillah ada setengah yang mudah dijawab, ada setengah yang agak sukar dijawab, dan ada juga setengah yang sangat sukar dijawab. Ragu-ragu dengan jawapan, ragu-ragu dengan jalan kerja,ragu-ragu dengan soalan. Keputusan? Saya redha dengan keputusan yang bakal saya dapat kerana saya sedar sejauh mana usaha yang telah saya lakukan. Usah dilenting atau kecewa dengan markah yang rendah andai usaha pun tidak setinggi impian yang diharapkan. Biarlah keputusan yang saya terima kali ini berkadaran dengan usaha yang saya lakukan. Agar saya tidak lalai dan leka pada masa hadapan.



Soalan vector? Alhamdulillah saya dapat menjawabnya dengan lancar. Malam semalam dah adakan kelas intensif vector dengan Hisyam ex-syucon muscom. Tidak dapat dinafikan Hisham memang mahir maths dan pandai mengajar. Dengan gayanya yang bersahaja, tenang, dan simple, mudah untuk saya memahami apa yang diajarkan. Terima kasih Hisyam! Semoga Allah memberkatimu. Kunjungan ke chalate 'keramat' p41 semalam bersama Muiz diserikan dengan kemeriahan 'tutees' Hisham dan Mu'adz. Seakan-akan seperti kelas tuisyen pula. Selain saya dan Muiz, ramai lagi kawan2 yang datang. Syauki,zaim,hazim,peng, malah muzzein!. Suasana di'kelas' p41 semalam sungguh ceria..senyum dan tawa menjadi penyeri duka. Kami makan dan minum. Coklat yang Mua'dz bagi sedap dan kami makan dengan lahap. Cuma air soya Hisham yang tak disentuh sesiapa kecuali Syauki..dahaga kot agaknya dia.. Tiada stress, tiada tekanan, sangat tenang, semoga setiap harapan menjadi kenyataan.
Alhamdulillah, terima kasih padaMu ya Allah kerana telah menggerakkan hatiku semalam. Seandainya tidak digerakkan hatiku yang keras ini untuk bertanya, seandai diriku masih berdegil dengan ego yang sedar dirinya tidak faham, tetapi masih 'bodoh sombong' untuk bertanya kepada mereka yang mengetahui, sudah tentu saya bakal mengalami kesulitan semasa menjawab p3 tadi. Sudah tentu ianya akan menjadi disaster. Sudah tentu saya akan bertambah keliru.



Perasaan sekarang? Alhamdulillah, lega dan berpuas hati. Saya sedar usaha perlu dilipatgandakan lagi.Saya tidak kisah dengan gred yang saya dapat nanti. Sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan kayu aras. Sekurang-kurangnya saya sudah berusaha untuk memahami sesuatu yang saya tidak faham. Apa yang saya dapat semalam sungguhpun sedikit memberi makna yang besar untuk saya pada hari ini. Terima kasih Hisham, Mu'adz, Muiz, Jpah, Firdaus kerana pertolongan kalian mengajarku yang lemah ini tentang tajuk vektor. Exam A-level tinggal sebulan sahaja lagi, selepas dari kejadian semalam, ku rasakan masih ada sinar harapan untuk diriku mencipta sejarah. Insyaallah...semoga kita dikurniakan kejayaan dalam harapan yang kita impikan..



“Jika kamu menolong (agama) Allah, maka Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu..” Muhammad, (47:7)

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya…” Al-Baqarah, (2:286)

Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. ash-Shura(: 42)

Wallahua'lam

 

0 Response to “Siapa kata kecil itu lemah?”

Leave a Reply