Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...
UCAS dalam kenangan.
Author: Afiq Kamaruddin
Bismillahirrahmanirrahim
Semasa sedang melayari internet, tiba-tiba ada mesej masuk daripada UCAS. Gembira, syukur, dan bertuah rasanya apabila menerima 'conditional offer' daripada University College London (UCL) bagi mengikuti program sarjana muda (MEng) dalam kursus 'Mechanical Engineering'. Mana tidaknya, UCL merupakan antara universiti pilihanku selain Imperial College(IC). Jika IC mahukan AAA, UCL hanya mahukan ABB.
A untuk Maths, B untuk Physics and Chemistry.
Memang sesuai untuk dijadikan 'insurance' choice.Namun perasaan gembira yang berbunga itu tidak lama, sekejap sahaja yang dapat saya rasakan...hanya beberapa saat sahaja setelah melihat conditional offer terpapar di skrin komputer..hakikatnya berbeza dari apa yang saya impikan. Saya perlu menerima kenyataan yang saya tidak berpeluang pergi ke UK atas kontrak yang telah dimetrai dengan pihak penaja satu ketika dahulu...UCAS hanya tinggal kenangan, UK hanya tinggal angan-angan...semua 'offer' dari UCAS yang telahpun saya dapat bakal menjadi kenangan indah yang tidak dapat saya lupakan. Menggapai kembali memori bersama saat-saat manis dengan kenalan sahabat di KYUEM...menanti saat kita dipisahkan oleh dua benua yang berbeza..dan Australia terus melambai-lambai, menanti kaki ini memijak di bumi bertuah itu. Saya yakin, itulah pilihan yang terbaik bagiku. Syukur Alhamdulillah kerana diberikan nikmat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi, jika hendak dibandingkan dengan mereka yang tidak diberikan peluang ini. Perjalanan saya masih jauh..tanggungjawab yang dipikul bertambah berat..masa semakin suntuk..takkanku persiakan peluang ini. Terima kasih sahabat2 di Kyuem sekalian atas nilai persahabatan yang tidak ternilai harganya...memori indah bersamamu tidak akan ku lupakan.