Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Membazir amalan siapa?

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim

Jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Lapar pula rasanya setelah hampir sejam menelaah Fizik..berbekalkan rm10, saya berjalan menuju ke cafe yang tidak sampai suku marhalah jauhnya. Teh O limau panas dipesan serta sebungkus roti coklat dibeli. Sambil menunggu pesanan, berbual2 sebentar dengan kenalan..Po,syafiq,mas, dan khairul yang datang lebih awal daripadaku..

Selintas mata terpandang pada sekumpulan pelajar cerdik pandai KYUEM sedang berkumpul disebuah meja. Apa agaknya yang mereka sedang buat ye? Ooh, ingin mengadakan sambutan hari lahir rupanya..tetapi pelik juga, kenapa kek yang dibeli kecil saiznya? Mungkin berjimat kot..eh, ada lilin? Kenapa perlu lilin..tak takut terbakar ke? Budaya kita ada tiup-tiup lilin ke? Macam ritual pula..wallahua'lam. Tengah2 seronok menonton tv, kafe bergema dengan nyanyian 'Happy Birthday'..riuh rendah jadinya. Saya ingatkan ada majlis bacaan doa selamat atau apa2 yang se'angkatan' dengannya..rupa2nya lain pula jadinya. Kek yang diciptakan untuk dimakan menjadi 'bahan permainan' untuk ditonyoh ke muka 'mangsa'. Siapa lagi kalau bukan 'the birthday boy/girl'...kasihan dia. Suasana kafe dipenuhi gelak-tawa. Adegan kejar mengejar kek turut diadakan.. Tidak pasal2 habis baju kotor..kasihan pihak kafe, kotor lantai dek saki baki kek yang tinggal..yang lebih kasihan adalah kek itu sendiri. Dibazirkan begitu sahaja..kek yang seharusnya dimakan manusia menjadi bahan cucian lantai. Kek yang asalnya bersih menjadi kotor.. Makanan adalah nikmat Allah..perlu kita mensyukuri kurniaannya..bukannya membazir begitu sahaja. Bayangkan saudara mara kita di Palestin, di Gaza, di Iraq yang kelaparan..tidakkah pernah kita berasa kasihan? Tidakkah pernah kita rasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita jika hendak dibandingkan dengan saudara kita yang kesusahan? Manusia jenis apakah kita ini andai nikmat Allah dizalimi? Geram pula rasanya melihat senario yang berlaku. Apakah makhluk yang Allah ciptakan dengan 'akal' ini tergamak untuk melakukan perbuatan sedemikian rupa..tidakkah kita semua tahu bahawa membazir itu adalah amalan syaitan?

Islam itu indah. Islam membenarkan kita berhibur. Islam membenarkan kita mengadakan majlis keramaian. Namun perlulah bersesuaian pada tempatnya. Perlulah kena pada syariatnya.. Sambutan hari lahir, andai dilakukan atas dasar ingin mengenakan dan mendera orang, menganiayai orang, memalukan orang, menyusahkan orang ramai,menyusahkan persekitaran maka ianya sudah terpesong daripada landasan yang benar. Bagaimana sesuatu amalan itu menjadi ibadah andai pelaksanaannya tidak bertepatan dengan syaria'tullah...bukan menambah pahala, dikhuatiri menambah dosa pula..hurm, begitulah senario masyarakat. Itulah akibatnya andai nafsu menguasai akal..tahu nak seronok sahaja tanpa memikirkan kesan dan cara perlaksanaan yang betul. Macam budak2..tak tahu bila nak matang..Sekadar peringatan untuk rakan-rakan serta diri saya sendiri. Bukan ingin memburukkan mana-mana pihak. Cuma ingin menimbulkan persoalan dan mencetus keinginan..perlukah kita mengikut budaya yang menjatuhkan prinsip kita sebagai seorang muslim?

Benarlah sabda Rasul junjungan, diakhir zaman nanti, umat Islam akan mengikuti jejak langkah golongan2 yang sesat sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, kita akan mengikutinya...Nau'dzubillah, semoga kita dijauhkan dari sifat Al-Waham..(cintakan dunia, takutkan mati..)


"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya." (Surah al-Isra', ayat 27).


Sabda Rasulullah s.a.w :
"Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu mend
erhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekah) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegahkan ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-ngadakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta." (Riwayat al-Bukhari).



"...mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tidak (terlalu) berlebih-lebihan dan tidak (pula terlalu) bakhil (kedekut); dan adalah (perbelanjaan yang baik itu) di antara kedua-duanya (boros dan bakhil)." (Surah al-Furqan, ayat 67)

Sekadar rintihan hati dimalam hari..

Wallahua'lam.

 

0 Response to “Membazir amalan siapa?”

Leave a Reply