Blog afiq sudah berpindah?
Author: Afiq Kamaruddin
Bismillahirrahmanirrahim
Atas sebab2 yg tertentu, Mulai dari saat ini, blog ini tidak lagi aktif seperti dahulu kerana saya telah pun berpindah ke domain yang baru. Sila layari http://www.afiqkamaruddin.wordpress.com
Semoga blog yang baru ini dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung sekalia. wallahua'lam.
Tika itu...
Author: Afiq Kamaruddin
"Aku tau kau cuak kan pegang jawatan dlm muscom? Rileks la, ko tak pernah keseorangan dlm berjuang, perjuangan ko sentiasa berteman, ko bergerak dlm satu barisan, satu saff yang padu. Ko ada kawan2, ko ada ustaz n ustazah, ko ada kitorang (s.senior), dan yg paling penting, ko ada Allah..."
Mantan presiden muscom 06/07, abang Thaha Al-Leedesy pula pernah beseloroh kepadaku pada malam Annual Dinner, malam terakhir kami bersama sebelum cuti. Celoteh yang kurasakan mempunyai maksud yang amat mendalam :
"Lepas aku ltak jawatan muscom ari 2, baru ak sedar btapa manisnya ukhuwah kat sini..sampai kdang2 terbwak2 dlam mimpi..kalau boleh, ak nak aje kenangan manis tu berulang kembali. Tapi apakan daya, peluang hanya sekali...ingat, pegang muscom kuat2. Ikat ukhuwah seerat2nya..ukhuwah menghadirkan kemanisan dalam beribadah."
Mungkin apa yang dirasakan oleh Thaha itu, merupakan apa yang pernah, bahkan sedang saya alami sekarang. Perasaan sayang dan kasih kepada teman2 seperjuangan. Rakan2 yang sentiasa menghiburkan dan memberikan diri ini kekuatan. Namun bukanlah bersebab kepada muscom sahaja semata2, tetapi apa perasaan yang saya turut rasakan kepada semua rakan saya di KYUEM. Muscom hanyalah wasilah/wadah untuk saya mula merasai, dan mula menyedari kemanisan itu. Natijahnya tersebar keseluruhnya..
Apabila saya muhasabah kembali diri ini, banyak persahabatan yang saya jalinkan dengan rakan-rakan sewaktu sekolah dahulu bersebabkan sesuatu yang tidak kekal dan tidak pasti. Kerana dia pandai melawak, kerana dia pandai bermain bola, kerana dia pandai bercerita, kerana dia bijak, kerana dia famous, dan sebagainya. Apabila sifat2 itu telah tiada,atau lupus dari pandangan, maka hilanglah nikmat persahabatan itu tatkala berpisah..saya rasakan tidak lagi seintim dahulu. Mungkin kerana tiada modal untuk dibicarakan. Sehingga terlupa bahawa nikmat sebenar persahabatan itu hanyalah semata2 kerana Allah. Saling mengajak kepada kebaikan, dan mencegah kepada kemungkaran.Mungkin itulah sebabnya, ramai kenalan saya dahulu yang sudahpun lost contact. Yang masih berhubung sekarang hanya sikit sahaja. Ya Allah, semoga satu hari nanti kami dipertemukan kembali di bawah lembayung rahmatMu..dan semoga ukhuwah yang terjalin sesama rakan2 di KYUEM akan berkekalan. Ukhuwah fillah Abadan abada..
Perkenalan dengan saudara Adli, mantan presiden muscom 98/99 (first batch) serta saudara Hazman Hadi, mantan presiden muscom 04/05 menguatkan lagi semangat dan iltizam diri dalam perjuangan dakwah yang tiada berkesudahan.
Muscomers 05/06
Muscomers 06/07
Muscomers 07/08
"Tiada nikmat terbesar yang dimiliki oleh orang mukmin selain nikmat iman dan islam melainkan sahabatnya yang soleh. Apabila kamu merasai kewujudan kasih sayang yang ada padanya, maka genggamlah ia dengan sekuat-kuatnya " -Saidina Umar-
"Sesunggunya Allah mencintai orang-orang yang berjuang dijalan-Nya dalam satu barisan yang teratur. Mereka seakan-akan seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh".
As-Saff : 4
Doa untuk sahabat...
Author: Afiq Kamaruddin
Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan pancaran nur iman.
Tetapkanlah hatinya pada jalan maghfirahMu,
perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya daripada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat
Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati
izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada Mu
jika dia rindu,rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
jika dia menikmati cinta kekasihMu
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu
Ya Rabbul Izzati
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas
sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu
Ya Allah
kurniakanlah sahabatku kesenangan,
ketenangan,
kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat kelak..
matlamat...
Author: Afiq Kamaruddin
"Yea, sponsor aku dah naik elaun! Kayalah aku nanti...paling tinggi plak 2 antara smua " ujar si A bangga.
" Sponsor aku bagi kerja kat oversea, tak macam korang..kene kerja kat malaysia aje..ape kelas", kata si B sambil tersenyum simpul.
"Aku pergi oversea nanti nak kumpul duit, beli kereta, melancong kat Paris, bla..bla...bla..", betah si C sambil menekan-nekan kalkulator.
Belajar berorientasikan duit?
Tidak salah untuk bergembira atas berita baik yang diterima. Namun perlulah dijaga niat dan perilaku. Lebih-lebih lagi niat utama kita belajar. Antara sedar atau tidak, suasana 'ingin sentiasa senang' dan 'mudah' dek kerana terlalu dimanjakan pihak penaja dan selalu 'demand' seolah-olah telah menjadikan kita kurang menghargai ilmu. Matlamat kini lebih tertumpu kepada materialistik berbanding Rabbani. Lihatlah para ulama dahulu sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata kerana dahagakan ilmu. Mereka lebih biasa hidup dalam kemiskinan, penderitaan, dan kesulitan hidup yang menghimpit. Namun mereka melaluinya dengan penuh kesabaran. Dalam penderitaan yang menghimpit itulah mereka mengais ilmu dan hikmah. Dalam kesulitan hidup itulah mereka menulis karya-karya yang besar dan bemanfaat kepada sekalian alam.
Imam Bukhari misalnya, sehingga terpaksa menjual semua barang keperluannya semata-mata kerana ilmu. Sehingga pakaiannya pun terpaksa dijual. Mujurlah Imam Al-Asyqar tampil untuk membantu beliau dengan memberikan sumbangan beberapa dirham untuk membeli pakaian. Lalu Imam Bukhari meneruskan penulisan hadith beliau dan menjadi salah seorang perawi hadith yang tersohor.
Imam Abu Hatim misalnya, dek kerana kemiskinan beliau tidak mampu untuk membeli sumbu pelita. Beliau sanggup belajar dengan bertemankan lampu-lampu jalan dimalam yang sejuk dan gelap. Imam Abu Hanifah setelah dibebaskan daripada penjara, menolak ganjaran 100 000 dirham yang diberikan khalifah sebaliknya menginfaqkan seluruhnya kepada golongan-golongan miskin. Bagi mereka, dalam menuntut ilmu, keredhaan Allah itu lebih berharga daripada seluruh isi dunia. Ilmu yang bermanfaat, bakal menjadi pelindung diri di alam barzakh.
Bukankah itu semua adalah sejarah yang benar2 nyata. Bukannya cerita fiksyen yang mengada-ngada. Lihatlah sejarah ulama-ulama besar yang lalu,jika hendak dibandingkan dengan dunia kita sekarang yang serba canggih dari segi kemudahan dan prasarana, kita sangat beruntung. Seharusnya nikmat keuntungan itu dijadikan pemangkin untuk kita lebih mencintai dan menghargai ilmu. Seandainya dengan nikmat biasiswa yang diberikan sekarang pun kita masih mengeluh, maka amat jauhlah perbezaan kita dalam menghargai ilmu jika hendak dibandingkan dengan para ulama terdahulu.
Semakin banyak nikmat yang kita terima, semakin banyak tanggungjawab yang kita galas, dan semakin banyak amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Kepada para pelajar yang menerima bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran samada diperingkat apa sekalipun, ingatlah bahawa kita sebenarnya memikul tanggungjawab yang sangat berat dan besar. Duit tajaan itu bukan milik kita sepenuhnya, tetapi milik rakyat yang turut mengharapkan sesuatu yang bermanfaat daripada kita. Syukurilah nikmat itu dengan sebaiknya. Belajar rajin-rajin,bersungguh2, dan jadilah insan yang berbaktui. Jangan bersikap takbur, bongkak, dan sombong atas nikmat pemberian tuhan. Seharusnya kita perlu lebih takut dan lebih dekat kepadaNya. Bukannya makin menjauhinya. Adakah cinta kita kepadaNya bermusim seperti buah yang menunggu musim untuk masak? Ketika musim susah, baru nak ingat Allah..ketika musim senang dan dikurniakan nikmat kemudahan, tak pernah ingat Allah..yang haram dikatakan halal, yang buruk dikatakan baik. Berlagak seolah-olah dunia ini dia yang punya.
Jangan terlalu bangga dengan apa yang kita miliki sehingga membawa kepada sifat ingin menunjuk-nunjuk dan menjatuhkan martabat orang lain.Harta kita semuanya pinjaman. Satu masa kan kembali juga. Apakah relevannya membanggakan diri dikhayalak ranai? Inginkan diri dipuja dan dipuji? Disanjung hingga melangit tinggi? Ikutlah resmi padi, makin tunduk makin berisi, makin rendah diri dan berbakti, peliharalah harga diri.
Ya, kita perlu takut dan harap. Takut seandainya kita menzalimi nikmat yang diberikan, takut seandainya Allah menarik kembali nikmat yang diberikan, takut sandainya kita gagal menjawab pertanyaan Allah di hari akhirat kelak. Harap agar Allah berikan panduan untuk kita gunakan nikmat itu sebaiknya. Harap agar kita jauh dari sifat riya'dan takabbur. Ingatlah, bukan apa yang kita rancang itu akan berjaya. Allah penentu segalanya. Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Sekiranya kita bersyukur, maka Allah akan melipat gandakan nikmat pemberianNya..tetapi seandainya kita kufur, maka sesungguhnya azab Allah itu amat pedih..Renung-renungkanlah...
"Dan apabila mereka digulung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Alah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya. Tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebahagian daripada mereka tetap menempuh jalan yang lurus. Adapun yang mengingkari ayat-ayat kami adalah PENGKHIANAT yang tidak berterima kasih.." Surah Luqman : 32
Wallahua'lam
Untitled
Author: Afiq KamaruddinUsrah oh usrah..
Author: Afiq Kamaruddin
Usrah pada hari ini bertajuk ''life as a Muslim student''. Kumpulan usrahku diketuai oleh 2 orang naqib junior : Aidid serta Izuan, manakala Ariff sc bertindak sebagai back up. Seperti biasa, sebelum masuk ke tajuk utama, kami bertadarrus al-quran. Surah pilihan pada kali ini adalah surah Al-buruj. Setelah selesai bertadarrus, kami mentadabbur sebahagian daripada ayat surah Al-Buruj. Vice presiden muscom, Aidid menjelaskan tentang kisah ashabul ukhdud yang tersirat dalam surah ini. Ashabul Ukhdud merupakan kisah dimana seorang budak a.k.a ghulam sanggup berkorban nyawa semata-mata ingin mempertahankan akidahnya. Kisah ini diceritakan dengan jelas dalam kitab Riyadus-Salihin (Taman Orang-Orang Soleh) karya Imam Nawawi.
Niat
Seterusnya, aidid mengutarakan persoalan kepada ahli usrah. Persoalan yang berbunyi :
Menuntut ilmu adalah difardhukan ke atas setiap muslimin. Ilmu itu cahaya. Tempat turun cahaya adalah hati. Seandainya hati gelap, maka sukar untuk cahaya menembusinya. Begitulah juga halnya dengan ilmu. Justeru, kita perlu sentiasa membersihkan hati (tazkiyatun Nafs) agar ilmu mudah menyerap masuk ke dalam hati. Seandainya kita mengalami kesukaran dalam mengingati, atau memahami sesuatu ilmu yang disampaikan, maka selidik kembali hati kita. Adakah bersih dengan cahaya keimanan? Atau terpalit dosa-dosa yang melalaikan.
Akal dan Nafsu
Izuan memulakan bicara dengan provokasi, mengapa ramai orang masih menghisap rokok sedangkan pada logik akalnya rokok itu haram? Jawapannya kerana mereka meletakkan nafsu melebihi akal. Sebab itu hilangnya pertimbangan. Begitu juga dengan isu buka aurat. Saya yakin, ramai di antara kita yang mendapat pangkat A dalam peperiksaan SPM bagi subjek Agama Islam. Kita tahu aurat itu haram dipertontonkan kepada mereka yang tidak berhak melihatnya, tetapi mengapa kita masih degil melakukannya? Jawapannya kerana kita menilai berdasarkan nafsu, bukannya akal. Nafsu suka kepada kemungkaran, sedangkan akal membolehkan kita membeza antara benar dan salah. Kemudiannya Pali Mahad mencelah dengan mengungkap sepotong peribahasa arab :
Sebagai seorang pelajar muslim, sudah tentu kita mempunyai kualiti yang lebih tinggi dan lebih baik daripada orang lain kerana kita adalah ummat terbaik. Rasulullah s.a.w merupakan contoh terbaik. baginda di utuskan untuk menyempurnakan akhlak. maka sewajarnya peribadi mulia baginda menjadi ikutan. Seandainya pelajar muslim sendiri yang lewat ke kelas, tidak hormat kepada guru, tidak beradab, membuka aurat tanpa segan silu, melakukan perkara maksiat tanpa mengira masa, kufur nikmat pemberian tuhan, maka di manakah identiti kita sebagai seorang pelajar muslim. Islam bukan hanya pada nama. Jangan jadikannya sebagai barang kosmetik, digunakan semata2 untuk mengaburi sesuatu yang comot. Masuklah ke dalam islam secara menyeluruh. Dan jangan campur adukkan kebenaran dan kebatilan.
Usrah akhirnya tetap berjalan dengan lancar sungguhpun nisbah senior yang datang lebih ramai daripada junior. Best juga tajuk usrah pada malam ini. Sedikit sebanyak memberikan suntikan inspirasi menjelang tibanya exam nanti. Berkat itu amat penting. Nasihat saya kepada diri sendiri dan rakan2, sentiasalah memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, guru-guru, serta rakan2. Mohon dihalalkan makan dan minum, serta apa2 sahaja yang diberikan. Seandainya ada berhutang, cepat-cepat kita lunaskan. Mohon agar mereka memberkati setiap ilmu dan pengorbanan yang telahpun dicurahkan kepada kita. Seorang mukmin yang sejati, sentiasa mendoakan kesejahteraan saudaranya yang lain. Mereka saling maaf memaafkan, dan saling kasih berkasihan. Kepada rakan2 yang disayangi, ampun dan maaf atas segala kekhilafan diri. Semoga sukses dalam exam final A-level nanti...hanya untaian doa sentiasa mengiringi perjuangan kita bersama..Insyaallah.
Khairul ilmi ma kaanatil khasyyah ma'ahu
Ilmu yang paling baik adalah ilmu yang disertai dengan rasa takut, dan kagum dengan keagungan Allah - Imam Ibnu athaillah
Al i''lmu fil qulub, laisa fil kutub
Ilmu itu letaknya dihati, bukannya di atas buku - pepatah arab
"Kamu(umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencageh kemungkaran. Kamu juga beriman kepada Allah. Seandainya Ahli Kitab beriman, itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan daripada mereka adalah golongan yang fasik" Al-Imran : 110
Wallahua'lam
Seindah saujana maya
Author: Afiq Kamaruddin
Aduhai Adaptor...
Author: Afiq Kamaruddin
Bismillahirrahmanirrahim
Hari Sabtu semalam, setibanya di kolej dari rumah tepat jam 1.00 petang, seperti biasa rutinku. mengemas bilik. Cadar dipasang, lantai disapu, almari dikemas. Semasa hendak menyambungkan komputer ribaku ke power supply, baruku sedar rupa2nya adaptor a.k.a external power supply tertinggal di rumah. Habislah, tidak dapat nak gunakan laptop untuk jangka masa yang lama. Komputer chalate? Asyik hang sahaja..signal pula fluctuate. Nampak gayanya selepas ini, mungkin saya bakal menghadapi kesukaran dalam mengupdate blog ini.
Hurm, susah juga ya hidup tanpa laptop sebab banyak file2 penting samada akademik, hiburan mendidik jiwa, serta lain2 tersimpan disitu. Pasti ada hikmah yang terselindung disebaliknya bukan. Ya, saya yakin, pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah mentakdirkan saya terlupa untuk membawanya agar saya lebih fokus pada exam akan datang. Kalau ada laptop, mungkin saya akan lalai...exam akan datang, 12 paper yang saya ambil termasuk resit. Jadi tak boleh pandang sambil lewa sahaja.
Maaf kepada pengunjung blog ini andai saya tidak dapat mengupdate seperti lazimnya. Insyaallah, semoga dikurniakan kemudahan satu hari nanti.
Wallahua'lam
Rumusan Tazkirah Mr.K
Author: Afiq Kamaruddin
Bismillahirrahmanirrahim.
Antara isi utama yang dibawa oleh Mr.K adalah tentang konsep zikir. Dengan erti kata lain, sentiasa mengingati Allah dan mensyukuri nikmat kurniaan Allah. Semua hidupan di muka bumi, haiwan, tumbuhan, lautan, gunung ganang serta pelbagai lagi sentiasa berzikir memuji kebesaranNya. Siulan burung yang indah, hamparan ombak memecah pantai, kelembutan bayu, pergerakan matahari, bumi dan bulan, semuanya mengikut aturan sunnatullah yang ditetapkan. Tidak pernah sekalipun mengingkari arahanNya. Itu bagi hidupan yang tidak dikurniakan akal, bagi kita yang dikurniakan akal, sudah tentulah rasa syukur itu perlu berlipat kali ganda, lebih2 lagi bagi mereka yang dikurniakan nikmat iman dan islam. Seandainya haiwan dan tumbuhan pun sentiasa mengingati Allah, apatah lagi bagi manusia yang beraqal? Bagaimana untuk menzahirkan rasa syukur itu? Dengan mengikuti segala perintahNya, dan tinggalkan segala larangannya dalam setiap amal perbuatanmu. Bukan sekadar berwirid, bertahmid atau bertasbih sahaja.
Kemudian, Mr.K meminta para jemaah muslimat untuk memberi perhatian kepada isu yang ingin disampaikan seterusnya. Kenapa? Kerana isu yang seterusnya adalah berkaitan dengan Akhlak. Menurut Mr.K, wanita dikurniakan kehormatan yang tinggi kerana naluri keibuan dan kewanitaan yang Allah turunkan pada mereka. Dari segi aurat, batas-batas pergaulan, perkara2 yang berkaitan dengan hukum fikah, munakahat, mua'mallat dan sebagainya. Wanitalah antara golongan yang mudah untuk masuk syurga. Wanita solehah adalah penghulu bidadari syurga. Ketika melahirkan anak, seorang ibu sebenarnya sedang mempertaruhkan nyawanya, samada untuk terus hidup, atau terkorban sebagai seorang syahidah. Seorang wanita solehah harus menjaga perhiasan peribadinya kerana wanita merupakan hiasan duniawi.
Wanita juga merupakan golongan yang mudah untuk masuk neraka. Semasa peristiwa israk mikraj, nabi pernah melihat golongan wanita yang diseksa kerana membuka auratnya, membuka aib saudaranya, mengumpat dan mencela. Fitnah terbesar dunia diakhir zaman nanti adalah wanita. Bukankah nabi pernah bersabda, syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Justeru, peliharalah kehormatanmu. Kerana imam ghazali pernah berkata, bahawa wanita itu dikurniakan 1 akal dan 9 emosi, manakala lelaki pula dikurniakan 9 akal dan 1 emosi. Justeru tindakan wanita lebih merujuk kepada emosi. Jangan letakkan emosi di depan akal dalam membuat keputusan, kelak apa yang dibuat terlalu mengikut perasaan ketika itu tanpa memikir mana baik dan buruk.
Kemudian, Mr.K menegur tentang sikap sesetengah jemaah khususnya jemaah di surau as-saad (muslimin dan muslimat) yang tidak tahu untuk menghormati rumah Allah. Antara sikap yang ditegur adalah berbuat bising dalam surau sehingga menganggu para jemaah yang sedang beribadah. Menurut Mr.K, di surau adalah tempat untuk mencari ketenangan. Seandainya kita membuat sesuatu yang menyebabkan ketenangan itu terganggu, maka seolah-olah kita telah menzalimi instiusi surau/masjid itu sendiri. Menzalimi tuan punya rumah, yakni Allah. Perlunya kita menjaga ketenangan dan kedamaian surau sehinggakan seandainya seorang yang membaca al-quran ketikamana seorang rakanya sedang solat, dia terpaksa memperlahankan bacaan Al-qurannya. Cuba lihat sendiri bagaimana suasana di surau As-Saad. Sedih rasanya kan bila muzakkir menyampaikan ilmu, ada sesetengah jemaah yang bising, membuat kedai kopi sendir, bergelak2 sakani. Beradablah..kita di rumah Allah, bukannya di rumah member. ikhfazillah ha yahfadzka, Jagalah Allah, Allah pasti akan menjagamu.
Wallahua'lam, sekadar itu sahaja dahulu rumusan yang dapat saya kongsikan bersama berdasarkan apa yang saya ingat. Sama-samalah kita teladani pengajarannya walaupun sedikit dan sebar-sebarkan kepada sahabat kita yang lain. Sungguhpun ada sesetengah isu yang mungkin kita sudah tahu, namun tidak salah untuk saya mengulang kembali kerana manusia itu pelupa sifatnya. Indahnya Islam kerana adanya konsep tegur menegur ke arah kebaikan. Kita mahukan syurga bukan? Jadi, berusahalah ke arahnya..ampun maaf atas sebarang kelemahan dan kekurangan.
"Seorang wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Abu Nuaim)
Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yg tak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka & dibuka 8 pintu syurga yg mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab."
Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.wa bersabda: "Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi 'alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin" maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepad Allah selama haidnya."
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :"Sebaik-baik wanita(isteri) adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu & menjaga pula kehormatan dirinya."
Wallahua'lam.
One...
Author: Afiq Kamaruddin
Bismillahirrahmanirrahim
Oh my love, here I come to you, crying for your forgiveness. No one in this world knows me better than you. My past was painted with thousands of betrayals. My lips were drought with your words.My heart was emptied with your guidance. Don't ever leave me again my love. Rejoice me with your gracious blessings. Meeting you when the day comes, shall prosper the happiness of mine to the eternity. Oh my love, my sadness prevails the happiness when someone leaves me behind. Once I fell in love with someone though it felt sweet, it made me smile with a broken heart. Please my love, don't crush my heart like the one I've had before. In you I find it never ends, your love is always there to mend.
My love, i need you to guide me, please protect me, please don't ever leave me again, strengthen my faith, purify my mind, lighten up my soul with the light of Iman. My heart will always be there for you. My love, thank you for saving me, thank you for giving me hope. There is no mountain too high when there is a will. There is no river too wide when I believe there is another way. I've come to realise, that you are my true saviour. A step I take towards you, thousands of steps you will see me through. This life isn't made for nothing. It's a way for me to find you, my true love.
I believe you will always there to guide me, and lead me to the fountain of happiness .With the ones you love, together in paradise. Please my love. Make me fall in love with someone who loves you the most, someone who believes in your promises whole heartedly, someone who always crying for you, someone who is craving to meet you, someone who always think about you, no matter day or night. I love you very much! Allah the Almighty...
p/s : Thanks brother khairul for your inspiration to bring me into this mood..
Wallahua'lam.
Kisah buah oren..
Author: Afiq Kamaruddin
Bismillahirrahmanirrahim.
Berita tentang biji benih itu mula tersebar secara meluas. Ramai orang datang menemui petani itu untuk meminta sedikit biji benih oren berkualiti tinggi. Petani itu memberi dengan rela hati. Mungkin kerana dia yakin pada prinsip erti hidup pada memberi. Petani itu terus memberi kepada mereka yang memerlukan. Suatu hari, si anak bertanya :
"Ayah, kenapa ayah sanggup bagi biji benih itu kepada orang2 kampung? Bukankah perniagaan kita akan terjejas seandainya ramai orang mempunyai buah oren berbaka baik.."
Jawab si ayah :
"Anakku, sekiranya semua buah di sekeliling kita rosak, ayah khuatir akan berlakunya pendebungaan dalaman (internal breeding) antara benih buah yang rosak dengan benih buah kita yang baik. Nanti hasil buah kita turut akan menjadi rosak. Tetapi sekiranya kacukan itu dengan buah berkualiti tinggi, maka hasilnya pun buah berkualiti tinggi juga..''
Si anak tersenyum dan berfikir sendirian. Benarlah, kebaikan itu milik kita bersama...
Moral daripada cerita ini ialah, kita jangan kedekut/lokek untuk membuat kebaikan atau menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Setiap apa yang kita sumbangkan, pasti ada ganjaran yang Allah berikan. Contohnya jika ada rakan bertanya tentang soalan pelajaran, maka raikan permintaannya. Dengan mengajar, kita memberi kebaikan. Dengan kebaikan, kita mendapat pahala. Seandainya pihak MUSCOM memohon bantuan untuk menganjurkan program Islamiah, jangan kedekut untuk menghulurkan. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
Moral yang kedua pula adalah, seandainya terdetik di hati kita untuk membuat kebaikan, jangan ditangguh-tangguh. Kerana kita tidak pasti bila nikmat untuk membuat kebaikan itu akan kembali lagi. Maut sentiasa menanti. Sebab itu kita kena sentiasa mempersiapkan diri.
Kemudian, Iqtidar menambah pula dengan konsep keyakinan terhadap ganjaran yang Allah berikan. Dia mengambil contoh kes kahwin. Perkahwinan melengkapkan agama. Dengan perkahwinan, pintu rezeki dan rahmat akan terbuka luas. Justeru, jangan disempitkan perkahwinan dengan pemikiran duniawi sahaja. Kita perlu yakin akan janji-janji Allah, kerana keyakinan yang kukuh meningkatkan keimanan. Begitu juga dengan ganjaran Allah. Tidak semestinya Allah akan membalas dalam bentuk wang. Mungkin Allah membalas dengan menghadirkan ketenangan dalam hidup, rajin belajar, lulus periksa dengan cemerlang, dapat isteri/suami mithali, dan sebagainya. Yang penting, rajin-rajinkan untuk membuat kebaikan dan Yakinlah! Ganjaran Allah pasti menanti.
Sekian sahaja dahulu rumusan daripada saya untuk kuliah subuh pagi tadi. Khusus untuk jemaah muslimat di tingkat atas yang tidak dapat dengar apa yang disampaikan muzakkir dengan jelas (minta maaf banyak2..), serta rakan2 yang tidak berkesempatan untuk menghadiri kuliah subuh pagi tadi.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. Al-Baqarah : 262
wallahua'lam.
Ups and downs
Author: Afiq Kamaruddin
Bismillahirrahmanirrahim
For the past two days, it was kind of so-so day for me. Why? simply because I experienced ups and downs of life. Life is sweet, but it has bitterness too. Don't curse it, in fact try to turn it sweet. Well, firstly I've got my physics trial result. Alhamdulillah, the results for each components are as follows :
Paper 1 : A
Paper 3 : A
Paper 4 : D
Paper 5 : A
Overall : A
To be frank, despite of feeling relatively relief and happy, I am not feeling satisfy. Why? because of my disastrous paper 4 of course. Well, indeed something need to be done fast before it's to late.
Need to brush up some rusted thoughts to get shine. After all, I thank Allah for giving me this result. Indeed, the big chunky letter 'D' is meant for a high 'Driving Force' towards glory. InsyaAllah..
A day after that, I went to the Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa. Purpose? Fulfilling the invitation from the new elected MUSCOM. They were organizing a so-called dinner to celebrate our retirement (the seniors of course) - that's what I heard from the Master of Ceremony. In a way, I do favour that the purpose was to tighten the bond between juniors and seniors. Well maybe some will say that it's kind of cliche, but ultimately its true. We were asked to wear Baju Batik. For me initially the idea was great, but the application was kind of bad. Why? because most of us were having difficulties while eating steamboat. Well, the steamboat itself is oily, and most of us just 'pinjam' the batik from our peeps. It will be just fine if we were allowed to wear casual smart. I am just expressing my opinion. Anyway the dinner was superb. Thanks guys! Especially Sayed for the inspiring souvenir..=)
During the dinner, once again I twisted my leg after performing Isyak prayer at the musolla provided. My knee cap dislocated. I couldn't strecth nor bend my leg. Only God knows how horrible was the pain. Thank God, Mua'dz was there to help. The future doctor managed to fit in my knee cap into its normal position. He finally turned off the tide for me..thanks bro!
Yesterday, before I went to the clinic to have a proper treatment concerning my knee cap, I had Chemistry class block 5. While we were running our experiment, Ms Shree suddenly gave us back our trial paper 4. Masya-Allah! I could not believe it! As if I am falling from the mount of Everest! (well, I might sound too exaggerate..sorry..hu2) . My results was terrible than the one I had before. Over 100 marks, I only manage to get 64%. I didn't want to bother about the grade. My target for this paper initially was 75% and above, and i have failed to do so. Although I felt sad and despair, I believe, there must be hikmah(s) that lies beneath it. It's easy to say, but kind of hard to swallow though. In the end we have to believe in fate. Sincerely, something must be done quick since exams are just around the corner.
Well, as life is like a roller coaster. Sometimes you'll be on the top, and sometimes you'll be at the bottom. It's the matter of seizing the opportunities as they come, and turn disadvantages into advantages. I found it difficult to retain the best possession that I've once achieved, however I do find it possible to achieve something that I want to achieve. As long as we have persistent Usaha and Tawakkal A'la Allah. Nothing is impossible except to certain extent. Believe me, no calamity strikes except by Allah's will. We are the director of our play, with the aid of divine revelations.
"Baginya manusia ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kamu sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki keburukan seuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka melainkan DIA.." (Ar-Ra'd : 11)
Wallahua'lam.
Ucapan Terakhir Presiden
Author: Afiq Kamaruddin
Setinggi kesyukuran saya panjatkan kepada ilahi kerana ditakdirkan untuk menjadi sebahagian daripada ahli mahjlis tertinggi Muscom. Kemahiran pengurusan teknikal dan pentadbiran adalah sebahagian daripada manfaat yang saya garap, namun nilai menghargai erti sebuah kehidupan itulah yang paling utama. Kita hidup dengan memberi sesuatu yang bermanfaat untuk membina sebuah kehidupan yang bahagia. Dengan erti kata lain, menghargai setiap masa dan peluang yang diberikan, menghargai kehadiran sahabat-sahabat yang tersayang di dalam diri, serta mensyukuri nikmat dan melunaskan tanggungjawab yang Allah berikan kepada khalifahNya di muka bumi. Peluang menjadi muscom hanya sekali sahaja, justeru peluang itu harus digunakan sebaik-baiknya untuk meningkatkan jati diri menjadi seorang mukmin yang sejati. Begitu juga halnya dalam kehidupan yang dikurniakan kepada kita hanya sekali seumur hidup. Perlu dimanfaatkan secara optimum.
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat seksa daripada kejahatan yang diperbuatnya......." Al-Baqarah : 286
Muhammad Afiq bin Kamaruddin
Mantan Presiden MUSCOM 07/08
Wallahua'lam.
Bagilah balik tangan Wani...
Author: Afiq Kamaruddin
Bismillahirrahmanirrahim
Sebuah kisah yang dipetik daripada
http://www.inteam.com.my/viewtopic.php?topic=3788&forum=7
Terima kasih kepada bingkisaNurani atas kebenaran ukhti untuk berkongsi artikel ini. Sebuah artikel yang kurasakan cukup menyayat hati dan mempunyai banyak pengajaran yang boleh diteladani. Hayatilah bersama..
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, seorang perempuan yang sangat cantik, comel dan manja, berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas kelihatan.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan rumah, ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dan mesra dia berkata "Wani buatlah ayahhh.. cantik kan !"
Bait kata-kata lembutnya menerkam dan memeluk ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, Ya, mungkin dia bersetuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan keatas anak kandungnya sendiri.
Pembantu rumah melopong dan terkesima, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.Umpama seekor singa kelaparan yang lahap meratah mangsanya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar dan penuh luka. Darah mula mengalir setitik demi setitik lalu menjadi deras. Tangisan simpati si anak kecil tidak dipedulikan oleh insan yang melahirkannya. Aduh, kasihan...
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Sebagai tanda pengajaran konon-kononnya
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak mula bengkak. Pembantu rumah mengadu kepada ayahnya. "Sapukan sahaja minyak gamat tu sudahlah!" balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak mahu melayan langsung si anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Hakikatnya dendam kesumat masih lagi membara terhadap si anak yang masih belum mengerti apa-apa.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak mahu menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. Suatu hari, pembantu rumahnya berkata
"Wani demam... " jawap pembantunya ringkas.
"Bagi sahaja minum panadol tu," balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Wani dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Mungkin berasa cemburu, namun dendamnya sudah terbalas.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
"Petang nanti sahaja kita bawa ke klinik. Awal lagi sekarang ini. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu ringkas.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya supaya Wani dirujuk ke hospital pakar kerana keadaannya jauh lebih serius daripada yang dijangkakan.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak malang itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
Si bapa dan ibu tersentak dan tersedu, bagaikan terkena halilintar setelah mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah yang dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan deraian air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar sahaja dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis kesannya, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
"Abah.. Mama... Wani janji tak buat lagi. Wani tak mau ayah pukul. Wani tak mau jadi jahat. Wani sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa."Wani juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Wani. Buat apa abah ambil.. Wani janji tak buat lagi! Wani nak makan macam mana? Wani nak main macam mana? Wani nak peluk abah dengan mama macam mana? Wani janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu, bagaikan dihempas ke batu jantung si ayah mendengar kata-kata anaknya.Hanya tangisan penyesalan yang mampu dicurahkan..
Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya...
sama2 lah kita ambil pengajaran daripada kisah ini. Jangan letakkan emosi melebihi akal. kelak kita akan menyesal dengan tindakan yang dilakukan dengan tergesa-gesa. Dikala itu, penyelesalan sudah tidak berguna lagi. Berhati-hatilah..jangan mudah terpedaya dengan pujukan syaitan yang menyesatkan. Semoga kita tergolong dikalangan hambaNya yang saling mengasihi antara satu sama lain.
(Al-Kahfi : 28)
Wallahua'lam
Engineer...Tolong~
Author: Afiq KamaruddinKelebihannya? Mudah, cepat, dan agak bersih. Prinsip fizik yang digunakan? Pada hemat saya, alat itu menggunakan prinsip tekanan. Conical Flask disambungkan ke water tap menggunakan rubber tube. At the end of the connection, there is a lane which seperating the two gaps. The gaps between the rubber tube into the flask, and the gap that allows water to run through.
Menurut prinsip bernouli, kawasan yang mengandungi fluid berhalaju tinggi mempunyai tekanan udara yang rendah. Dalam konteks ini, water tap berada dalam keadaan tekanan udara yang rendah kerana pengaliran arus air yang deras. Kelalang kon pula berada dalam keadaan tekanan tinggi. Maka, udara akan dipam keluar daripada kelalang kon kerana perbezaan tekanan. Menjadikan persekitaran di dalamnya kedap udara. Ini membolehkan proses penurasan berlaku dengan pantas
So, kepada future engineer, fikirkan apakah jalan penyelesaian kepada masalah ini. Ini baru sebahagian. Masih ada berjuta-juta lagi masalah diluar sana.. Engineer bukan sekadar mencipta sesuatu produk untuk kepentingan pengguna sahaja, malah turut mengambil kira kos alam sekitar, power efficiency, alternative method, dan sebagainya..Marilah bersama kita mengelakkan pembaziran. Satu cabaran yang perlu kita tangani pada masa hadapan..Bukankah Islam menggalakkan kita berjimat cermat, dan melarang kita dari membazir..Berjimat Cermat Tanggungjawab Bersama..=)
Wallahua'lam
Hidup beracuankan eksperimen...
Author: Afiq Kamaruddin
Bismillahirrahmanirrahim
Okay guys, let see how's your coffee making style!
Begitulah kata2 perangsang Ms.Shree, guru kimiaku setibanya saya di kelas chem blok 5 tengah hari tadi. Kelas chem semalam terpaksa ditunda kerana Ms.Shree ada urusan di KL. Sudah lama beliau merancang untuk menjalankan eksperimen 'Caffeine Extraction' (Pengekstrakan Kafein). Alhamdulillah, dapat juga eksperimen itu dijalankan pada hari ini. Menurut Ms.Shree, eksperimen ini mengambil masa hampir seminggu! Bermaksud dalam minggu ini, pembelajaran secara formal akan digantikan dengan latihan amali. Menarik juga! Tapi yang kurang menariknya, syllabus untuk application belum habis lagi sedangkan kelas-kelas lain banyak yang dah habis..Tidak apalah, mungkin Ms.Shree ada perancangan lain untuk kami..Usaha lebih? Ya betul! kerja keras perlu dilakukan..tidak boleh mengharapkan cikgu semata-mata sahaja. Belajar berdikari! Maklumlah, di universiti nanti semuanya bergantung atas usaha dan kemahuan sendiri. Kalau asyik hendak 'disuap' sahaja, bila masanya untuk matang? Seperti yang selalu disebut oleh Ms.Shree : You are all Intelligent Responsible Young Adult..
Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan saya termasuk Tan Meng Yeow, Gideon Tan, Azri Rosli serta Farhana. Memandangkan masa pun suntuk, kami hanya sempat membuat dua proses yang pertama sahaja. Menjerang 200 sentimeter padu air di dalam 500 ml bikar, serta menghancurkan biji kopi menjadi hancur. Tidak sehingga menjadi serbuk. Kumpulan kami dikehendaki membuat penyiasatan terhadap kesan kafein yang diekstrak daripada campuran serbuk kopi dan biji kopi. Aroma kopi yang harum dan kuat menusuk deria bau kami. Suasana makmal tidak ubah seperti sebuah dapur..ala-ala Star Bucks gitu.. Lesung batu digunakan untuk menghancurkan kopi, penunu bunsen menggantikan 'stove', rod kaca menggantikan senduk, manakala spatula menggantikan sudu. Seronok pula rasanya. Sekurang-kurangnya kami terhibur. A'ah ye, belajar sambil berhibur..satu kaedah pembelajaran yang interaktif. Lucu juga setelah mendengar kata-kata azri :
'Aku nanti nak bukak restoran, gune barang-barang makmal aje jadi barang dapur...'
Tepat jam 1 petang, Ms.Shree membenarkan kami pulang. Insyaallah, eksperimen akan bersambung semula esok. Setakat ini, kami sudah menjerang air,memananskan kopi sehingga mendidih, serta menuras larutan pekat kopi mengunakan kertas turas beralaskan maflon. Hanya menanti hasil turasan esok sebelum melangkah ke proses seterusnya.
Apa yang saya belajar daripada eksperimen ini? Jawapannya mudah. Untuk mendapatkan keputusan eksperimen yang baik, kita perlu lakukan secara berperingkat-peringkat. Tidak boleh melulu atau ambil jalan mudah. Kalau tidak, kita tidak akan dapat keputusan yang berkualiti. Mungkin boleh, tetapi sangat sukar dan jarang terjadi. Begitu juga dalam kehidupan, untuk mencapai sesuatu,kita perlu berperingkat-peringkat. Step by step. Kena banyak bersabar. Tidak boleh terlalu tergesa-gesa da mengkhinzir buta. Bukankah nabi pernah berpesan, bahawa bergesa-gesa itu amalan syaitan? Fikir-fikirkanlah..bak kata Ustaz Hasrizal dalam bukunya, 'Aku Terima Nikahnya' :
'Lunaskan tanggungjawab yang jelas di depan mata dahulu, sebelum memikirkan perkara yang masih samar dan belum pasti.'
Sebagai pelajar, study comes first sebab itu matlamat yang jelas. Tanggungjawab dengan keluarga, penaja, negara, dan agama masih belum kita tertunai. Adakah kita sanggup menggadaikan tanggungjawab ini semata-mata kerana terlalu memikirkan sesuatu yang tidak pasti? Atau memikirkan perkara yang terlalu jauh untuk difikirkan pada saat ini. Tidak salah untu bersikap Optimist, but be Realistic..Soal lain, itu fikir kemudian. Priority utama, belajar dahulu. Dapatkan keputusan yang baik. First Class Honour misalnya. Ustaz saya sering berpesan, sebagai seorang pelajar, study itu no.1, tetapi berdakwah tidak pernah no.2
Wallahua'lam
Cantik tak bunga ini?
Author: Afiq Kamaruddin
Bismlillahirrahmanirrahim
Suasana subuh yang sepi diselangi dengan rintik hujan menjadi 'perisai' bagi sesetengah golongan untuk bangun melunaskan amanah yang bakal dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Alhamdulillah, suasana subuh di Suras As-Saad pagi tadi masih seperti biasa. Jika hendak dibandingkan dengan suasana ketika zohor,asar, maghrib, lebih2 lagi Isyak!, suasana di surau cukup 'sunyi', tenang dan mendamaikan. Mungkin kerana kurangnya 'jemaah' yang menghangatkan suasana surau dengan celoteh-celoteh dan cerita2 mereka, atau mungkin juga kerana para jemaah begitu khusyuk dan tawadhuk beribadah. Tiada kelihatan kumpulan2 'pengunjung' tepi tangga sepertimana yang sering dilihat setiap malam. Khususnya sebelum solat Isyak. Begitulah senario yang berlaku di Surau As-Saad.Sudah menjadi kebiasaan, malah tidak salah sekiranya saya katakan sudah menjadi lumrah.
Tazkirah subuh pagi tadi disampaikan oleh 'most mysterious and eligible bachelor', Mua'dz. Tenang sungguh gayanya. Muzakkir memulakan tazkirah dengan mengajak jemaah untuk sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberikan. Kemudian, Mua'dz pun memulakan tazkirahnya dengan bercerita. Cerita ringkasnya begini :
Pada zaman dahulu, ada seorang wanita tua yang merasakan dirinya selalu ditimpa musibah. Apa yang dibuat semuanya tidak kena. Apa yang dihajatkan semuanya tidak dapat. Asyik gagal sahaja.Sering menyalahkan takdir. Sehingga menganggap dirinya seorang yang Total Failure. Semasa dia sedang berjalan-jalan di sebuah taman, seorang anak kecil yang comel molek datang menghampirinya membawa sekuntum bunga lalu berkata.
"Cantik kan bunga ini?"
Wanita itu seakan-akan acuh tidak acuh sahaja dengan kehadiran anak kecil itu. Maklumlah, siapa mahu melayan anak-anak kecil yang secara tiba-tiba datang menghampiri orang dewasa. Tidak setaraf kononnya! Tidak sama standard. Itulah mentaliti sesetengah orang zaman ini. Tidak pernah ingin menghormati atau menyayangi golongan kanak-kanak. Tetapi wanita itu tetap mempunyai sifat ingin menjawab. Mungkin kerana tidak ingin mengabaikan permintaan anak kecil itu. Lalu dia menjawab dengan slumber..
"A'ah, bunga itu cantik nak.."
Mendengar jawapan itu, si snak kecil itu tidak berlalu begitu sahaja. Dia terus membelek-belek bunga tersebut dengan penuh keasyikan. Apalagi, si wanita tua itu pasti berasa pelik, hairan, dan musykil. Kenapa ya....?
Kuasa Allah menentukan segalanya, apabila diamati betul2, rupa-rupanya si anak kecil itu BUTA matanya. Menyedari hakikat kejadian yang menimpa, wanita itu tersentak lalu bercucuran air matanya. Menginsafi kejadian yang berlaku dan mengaitkan dengan kisah kehidupannya. Kenapa?
Masakan si anak kecil itu tahu bunga itu cantik sedangkan dia tidak dapat melihat? Ini kerana dia sangat yakin dengan apa yang diyakininya, dia sentiasa berfikiran positif dalam hidupnya dan tidak pernah mengeluh. Sungguhpun pandangan matanya gelap, pandangan hatinya terang. Dia sangat gembira dan ceria. Malah bersyukur dengan apa yang dimiliki. Seandainya hendak dibandingkan dengan wanita tua itu, dia masih dikurniakan kehidupan, malah pancaindera yang lengkap untuk terus berusaha dan berusaha sehingga tiba masnya. Wanita itu berjuta-juta kali lebih beruntung daripada si anak kecil itu. Itu yang membuatkan wanita itu terharu dan tersedar dari lamunan hidupnya yang lalu.
Dalam setiap kegelapan yang dirasai, pasti ada sinar cahaya yang menanti. Carilah ia dengan pandangan hati yang tulus, hanya berserah diri kepada Ilahi. Di situ, kita akan menemui kebahagiaan dan ketenangan yang abadi. Sentiasa berfikiran positif dan khusnul Zan (bersangka baik) dengan setiap ujian yang Allah turunkan. Orang yang berjaya, adalah orang yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat pemberianNya tanpa keluh kesah dan berusaha untuk memperbaiki dirinya.
Tazkirah ringkas Mua'dz membuatkanku tersenyum sendirian. Benarlah, dengan bersabar, kita perlu redha, hanya dengan itu kita dapat memahami makna sebenar SYUKUR...
Coretan selepas menerima keputusan exam fizik..
Wallahua'lam
Usah alpa harapannya
Author: Afiq Kamaruddin
Bismillahirrahmanirrahim
Saat saya menulis post ini, kedua ibu dan ayahku sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar adik di STAR Ipoh dan kemudian terus menghantar diriku kembali ke dunia yang 'merampas' sebahagian hidupku daripada mereka, KYUEM. Ayah sudah pastinya sangat letih memandangkan ayah baru sahaja tiba dari South Africa pagi tadi atas urusan kerja. Manakala ibu pula sejak kebelakangan ini kurang sihat. Mungkin kerana demam rindu ibu pada suaminya yang tercinta masih belum sembuh lagi. Mujurlah sewaktu pergi, saya menggantikan tugasan ayah untuk memandu. Alhamdulillah, dapat juga ayah tidur dan berehat di belakang. Maklumlah, sejak bertukar kerja, ayah kini kerap outstation ke luar negara. Thailand, Turkey, Oman, UK, Australia,Dubai, Italy, German, semua habis dijelajahnya. Semata-mata kerana ingin mencari sesuap rezeki bagi menyara kehidupan kami sekeluarga. Riak wajah kepenatan jelas terpancar di wajah ayah pagi tadi setibanya dari KLIA, dan ibu tidak pernah sekalipun mengeluh, malah sentiasa menyokong ayah. Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapaku, sebagaimana mereka mengasihaniku ketika kecil.
Diriku sering dilabelkan PBSM (Pelajar Balik Setiap Minggu) oleh rakan-rakan, konon-kononya digelar 'anak manja'. Jarak rumah yang agak dekat dari kolej menjadi kelebihan. Namun biarlah apa orang nak kata kerana lidah manusia lembut tidak bertulang. Itu hak mereka. Biarlah 'anak manja' ini pulang (walaupun tidaklah setiap minggu, bergantung kepada keadaan) untuk membantu dan menceriakan hati keluarganya di rumah. Jika dibandingkan dengan pengorbanan mereka, tidak terbalas jasanya. Jika dahulu, diriku jarang pulang ke rumah bertemu keluarga kerana bersekolah di Ipoh, Perak.Hanya pangilan telefon mejadi pengubat rindu. Benar, ianya mengajarku berdikari. Namun apalah ertinya berdikari andai pengorbanan ibu dan ayah tidakku hargai.Seandai kesihatan dan penat lelah mereka tidakku sedari. Semua adik beradikku kini berada di asrama, seorang di Perak manakala seorang lagi nun jauh di Johor. Yang tinggal di rumah hanya adik perempuanku yang masih kecil.Hati ibu dan ayah mana yang tidak sedih jika terpaksa berpisah dengan anak-anak mereka untuk jangka masa yang panjang, lebih-lebih lagi jika terpaksa dipisahkan oleh dua benua. Namun jelas di wajah mereka terpancar seribu harapan dan doa..mereka merelakan pemergian anak-anaknya berjuang menuntut keredhaan Allah, menyembunyikan kesedihan dibalik penderitaan yang ditanggung. Semata-mata kerana ingin melihat anak-anak mereka menjadi insan yang berjaya kelak. Kasih mereka tidak bersyarat. Sepenuh cinta dan kasih sayang dicurahkan tanpa sebarang syarat! Sungguh murni hati insan yang melahirkan dan membesarkan kita.
Lagu Kasih Tak Bersyarat nyanyian Ustaz Azahari Nowseeheart benar-benar meruntun jiwaku semasa mendengarnya pagi tadi. Selain melodinya yang indah, bait liriknya begitu berhikmah. Kisah penceritaan yang digunakan sangat merujuk kepada anak-anak yang terpaksa berjauhan daripada keluarga..benarlah, nilai kekeluargaan itu lebih berharga daripada harta benda, pangkat, darjat dan segala-galanya. Kebahagiaan sesebuah keluarga melahirkan rasa rindu dan syukur pada Allah. Keluarga yang bahagia merupakan wadah melahirkan peribadi mukmin sejati. Keluarga yang bahagia melahirkan insan soleh solehah. Keluarga yang bahagi menjadi perisai daripada hasutan nafsu duniawi. Tiada makna pada kekayaan harta yang dimiliki, andai diri miskin dengan kebahagiaan keluarga.
p/s : Kepada pelajar KYUEM yang berhajat mendapatkan lagu baru 'Kasih Tak bersyarat' nyanyian Ustaz Azahari Nowseeheart, serta 9 lagu baru yang lain. (antaranya 'Bidadari' - Munif Ahmad, 'Satu Bintang'- Hadad Alwi, Pelita Hidup 5 dll) boleh dapatkannya terus daripada saya atau agen2 yang terdekat.
Wallahua'lam.