Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

matlamat...

Author: Afiq Kamaruddin

[1.gif]

"Yea, sponsor aku dah naik elaun! Kayalah aku nanti...paling tinggi plak 2 antara smua " ujar si A bangga.

" Sponsor aku bagi kerja kat oversea, tak macam korang..kene kerja kat malaysia aje..ape kelas", kata si B sambil tersenyum simpul.

"Aku pergi oversea nanti nak kumpul duit, beli kereta, melancong kat Paris, bla..bla...bla..", betah si C sambil menekan-nekan kalkulator.

The image “http://tbn0.google.com/images?q=tbn:VLxF5ntvsJPbpM:http://1.bp.blogspot.com/_c2Qb3I6U_hY/RxtHv8BYnSI/AAAAAAAAASE/0HA4nsJq36w/s400/knowledge.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Serta bermacam2 lagi dialog yang sering timbul daripada mulut pelajar2 'tajaan' yang terlalu ghairah akibat daripada durian runtuh yang diberikan oleh pihak penaja kepada mereka. Bagi mereka yang mendengar dalam situasi yang berbeza, mungkin akan timbul perasaan cemburu atau iri hati, malah mungkin juga sdih dan marah..bagi mereka yang berkata sedemikian dalam nada sinis dan mengejek, mungkin akan timbul perasaan riak , ujub dan takbur. Ya, riak dan takbur atas nikmat kurniaan Allah.

Belajar berorientasikan duit?

Tidak salah untuk bergembira atas berita baik yang diterima. Namun perlulah dijaga niat dan perilaku. Lebih-lebih lagi niat utama kita belajar. Antara sedar atau tidak, suasana 'ingin sentiasa senang' dan 'mudah' dek kerana terlalu dimanjakan pihak penaja dan selalu 'demand' seolah-olah telah menjadikan kita kurang menghargai ilmu. Matlamat kini lebih tertumpu kepada materialistik berbanding Rabbani. Lihatlah para ulama dahulu sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata kerana dahagakan ilmu. Mereka lebih biasa hidup dalam kemiskinan, penderitaan, dan kesulitan hidup yang menghimpit. Namun mereka melaluinya dengan penuh kesabaran. Dalam penderitaan yang menghimpit itulah mereka mengais ilmu dan hikmah. Dalam kesulitan hidup itulah mereka menulis karya-karya yang besar dan bemanfaat kepada sekalian alam.
http://www.ccreservoirs.com/images/KS14591.jpg

Imam Malik, demi membiayai pengajiannya menuntut ilmu, beliau sanggup mencabut bumbung atap rumahnya lalu menjualnya. Beliau sanggup kesejukan, dan kepanasan semata-mata kerana dahagakan ilmu.

Imam Bukhari misalnya, sehingga terpaksa menjual semua barang keperluannya semata-mata kerana ilmu. Sehingga pakaiannya pun terpaksa dijual. Mujurlah Imam Al-Asyqar tampil untuk membantu beliau dengan memberikan sumbangan beberapa dirham untuk membeli pakaian. Lalu Imam Bukhari meneruskan penulisan hadith beliau dan menjadi salah seorang perawi hadith yang tersohor.

Imam Abu Hatim misalnya, dek kerana kemiskinan beliau tidak mampu untuk membeli sumbu pelita. Beliau sanggup belajar dengan bertemankan lampu-lampu jalan dimalam yang sejuk dan gelap. Imam Abu Hanifah setelah dibebaskan daripada penjara, menolak ganjaran 100 000 dirham yang diberikan khalifah sebaliknya menginfaqkan seluruhnya kepada golongan-golongan miskin. Bagi mereka, dalam menuntut ilmu, keredhaan Allah itu lebih berharga daripada seluruh isi dunia. Ilmu yang bermanfaat, bakal menjadi pelindung diri di alam barzakh.

Bukankah itu semua adalah sejarah yang benar2 nyata. Bukannya cerita fiksyen yang mengada-ngada. Lihatlah sejarah ulama-ulama besar yang lalu,jika hendak dibandingkan dengan dunia kita sekarang yang serba canggih dari segi kemudahan dan prasarana, kita sangat beruntung. Seharusnya nikmat keuntungan itu dijadikan pemangkin untuk kita lebih mencintai dan menghargai ilmu. Seandainya dengan nikmat biasiswa yang diberikan sekarang pun kita masih mengeluh, maka amat jauhlah perbezaan kita dalam menghargai ilmu jika hendak dibandingkan dengan para ulama terdahulu.

Semakin banyak nikmat yang kita terima, semakin banyak tanggungjawab yang kita galas, dan semakin banyak amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Kepada para pelajar yang menerima bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran samada diperingkat apa sekalipun, ingatlah bahawa kita sebenarnya memikul tanggungjawab yang sangat berat dan besar. Duit tajaan itu bukan milik kita sepenuhnya, tetapi milik rakyat yang turut mengharapkan sesuatu yang bermanfaat daripada kita. Syukurilah nikmat itu dengan sebaiknya. Belajar rajin-rajin,bersungguh2, dan jadilah insan yang berbaktui. Jangan bersikap takbur, bongkak, dan sombong atas nikmat pemberian tuhan. Seharusnya kita perlu lebih takut dan lebih dekat kepadaNya. Bukannya makin menjauhinya. Adakah cinta kita kepadaNya bermusim seperti buah yang menunggu musim untuk masak? Ketika musim susah, baru nak ingat Allah..ketika musim senang dan dikurniakan nikmat kemudahan, tak pernah ingat Allah..yang haram dikatakan halal, yang buruk dikatakan baik. Berlagak seolah-olah dunia ini dia yang punya.

Jangan terlalu bangga dengan apa yang kita miliki sehingga membawa kepada sifat ingin menunjuk-nunjuk dan menjatuhkan martabat orang lain.Harta kita semuanya pinjaman. Satu masa kan kembali juga. Apakah relevannya membanggakan diri dikhayalak ranai? Inginkan diri dipuja dan dipuji? Disanjung hingga melangit tinggi? Ikutlah resmi padi, makin tunduk makin berisi, makin rendah diri dan berbakti, peliharalah harga diri.

Ya, kita perlu takut dan harap. Takut seandainya kita menzalimi nikmat yang diberikan, takut seandainya Allah menarik kembali nikmat yang diberikan, takut sandainya kita gagal menjawab pertanyaan Allah di hari akhirat kelak. Harap agar Allah berikan panduan untuk kita gunakan nikmat itu sebaiknya. Harap agar kita jauh dari sifat riya'dan takabbur. Ingatlah, bukan apa yang kita rancang itu akan berjaya. Allah penentu segalanya. Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Sekiranya kita bersyukur, maka Allah akan melipat gandakan nikmat pemberianNya..tetapi seandainya kita kufur, maka sesungguhnya azab Allah itu amat pedih..Renung-renungkanlah...


"Dan apabila mereka digulung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Alah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya. Tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebahagian daripada mereka tetap menempuh jalan yang lurus. Adapun yang mengingkari ayat-ayat kami adalah PENGKHIANAT yang tidak berterima kasih.." Surah Luqman : 32

Wallahua'lam

 

0 Response to “matlamat...”

Leave a Reply