Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Rumusan Tazkirah Mr.K

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim.

The image “http://www.pkpim.net/uploads/img43ae466caae6e.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Sempena meraikan permintaan 'mawar berduri' yang menginginkan saya membuat rumusan tazkirah, insyaallah kali ini saya ingin kongsikan tazkirah maghrib yang pernah disampaikan oleh Mr. K satu ketika dahulu di Surau As-Saad.

Antara isi utama yang dibawa oleh Mr.K adalah tentang konsep zikir. Dengan erti kata lain, sentiasa mengingati Allah dan mensyukuri nikmat kurniaan Allah. Semua hidupan di muka bumi, haiwan, tumbuhan, lautan, gunung ganang serta pelbagai lagi sentiasa berzikir memuji kebesaranNya. Siulan burung yang indah, hamparan ombak memecah pantai, kelembutan bayu, pergerakan matahari, bumi dan bulan, semuanya mengikut aturan sunnatullah yang ditetapkan. Tidak pernah sekalipun mengingkari arahanNya. Itu bagi hidupan yang tidak dikurniakan akal, bagi kita yang dikurniakan akal, sudah tentulah rasa syukur itu perlu berlipat kali ganda, lebih2 lagi bagi mereka yang dikurniakan nikmat iman dan islam. Seandainya haiwan dan tumbuhan pun sentiasa mengingati Allah, apatah lagi bagi manusia yang beraqal? Bagaimana untuk menzahirkan rasa syukur itu? Dengan mengikuti segala perintahNya, dan tinggalkan segala larangannya dalam setiap amal perbuatanmu. Bukan sekadar berwirid, bertahmid atau bertasbih sahaja.

Kemudian, Mr.K meminta para jemaah muslimat untuk memberi perhatian kepada isu yang ingin disampaikan seterusnya. Kenapa? Kerana isu yang seterusnya adalah berkaitan dengan Akhlak. Menurut Mr.K, wanita dikurniakan kehormatan yang tinggi kerana naluri keibuan dan kewanitaan yang Allah turunkan pada mereka. Dari segi aurat, batas-batas pergaulan, perkara2 yang berkaitan dengan hukum fikah, munakahat, mua'mallat dan sebagainya. Wanitalah antara golongan yang mudah untuk masuk syurga. Wanita solehah adalah penghulu bidadari syurga. Ketika melahirkan anak, seorang ibu sebenarnya sedang mempertaruhkan nyawanya, samada untuk terus hidup, atau terkorban sebagai seorang syahidah. Seorang wanita solehah harus menjaga perhiasan peribadinya kerana wanita merupakan hiasan duniawi.

Wanita juga merupakan golongan yang mudah untuk masuk neraka. Semasa peristiwa israk mikraj, nabi pernah melihat golongan wanita yang diseksa kerana membuka auratnya, membuka aib saudaranya, mengumpat dan mencela. Fitnah terbesar dunia diakhir zaman nanti adalah wanita. Bukankah nabi pernah bersabda, syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Justeru, peliharalah kehormatanmu. Kerana imam ghazali pernah berkata, bahawa wanita itu dikurniakan 1 akal dan 9 emosi, manakala lelaki pula dikurniakan 9 akal dan 1 emosi. Justeru tindakan wanita lebih merujuk kepada emosi. Jangan letakkan emosi di depan akal dalam membuat keputusan, kelak apa yang dibuat terlalu mengikut perasaan ketika itu tanpa memikir mana baik dan buruk.

Kemudian, Mr.K menegur tentang sikap sesetengah jemaah khususnya jemaah di surau as-saad (muslimin dan muslimat) yang tidak tahu untuk menghormati rumah Allah. Antara sikap yang ditegur adalah berbuat bising dalam surau sehingga menganggu para jemaah yang sedang beribadah. Menurut Mr.K, di surau adalah tempat untuk mencari ketenangan. Seandainya kita membuat sesuatu yang menyebabkan ketenangan itu terganggu, maka seolah-olah kita telah menzalimi instiusi surau/masjid itu sendiri. Menzalimi tuan punya rumah, yakni Allah. Perlunya kita menjaga ketenangan dan kedamaian surau sehinggakan seandainya seorang yang membaca al-quran ketikamana seorang rakanya sedang solat, dia terpaksa memperlahankan bacaan Al-qurannya. Cuba lihat sendiri bagaimana suasana di surau As-Saad. Sedih rasanya kan bila muzakkir menyampaikan ilmu, ada sesetengah jemaah yang bising, membuat kedai kopi sendir, bergelak2 sakani. Beradablah..kita di rumah Allah, bukannya di rumah member. ikhfazillah ha yahfadzka, Jagalah Allah, Allah pasti akan menjagamu.

Wallahua'lam, sekadar itu sahaja dahulu rumusan yang dapat saya kongsikan bersama berdasarkan apa yang saya ingat. Sama-samalah kita teladani pengajarannya walaupun sedikit dan sebar-sebarkan kepada sahabat kita yang lain. Sungguhpun ada sesetengah isu yang mungkin kita sudah tahu, namun tidak salah untuk saya mengulang kembali kerana manusia itu pelupa sifatnya. Indahnya Islam kerana adanya konsep tegur menegur ke arah kebaikan. Kita mahukan syurga bukan? Jadi, berusahalah ke arahnya..ampun maaf atas sebarang kelemahan dan kekurangan.


"Seorang wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Abu Nuaim)

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yg tak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka & dibuka 8 pintu syurga yg mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab."

Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.wa bersabda: "Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi 'alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin" maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepad Allah selama haidnya."

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :"Sebaik-baik wanita(isteri) adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu & menjaga pula kehormatan dirinya."

http://www.quran4theworld.com/quran/quran_search/image/14/7.gif

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. Surah Ibrahim : 7

Wallahua'lam.

 

0 Response to “Rumusan Tazkirah Mr.K”

Leave a Reply