Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Seindah saujana maya

Author: Afiq Kamaruddin


Semalam, ketika sedang 'cuba-cuba' bermain gitar milik Acipz sambil menyanyikan lagu 'erti persahabatan', di chalate Shuib - lagu yang cukup famous ketikaku di STAR dahulu dan sentiasa menjadi lagu rasmi bagi setiap batch sejak era 80-an. Maklumlah, lagu itu mula 'meletop' dipasaran pada tahun 1986. Kumpulan Metallian merupakan penyanyi asal lagu itu. Konsep lagu? Pop rock. Melodinya sedap juga.Liriknya juga menarik. Ketika sedang asyik 'menggoreng', tiba2 shuib datang kepadaku sambil berkata

"Afiq, tengok kat padang tu, ada orang tengah berkelah..siap bawa tikar sekali.."

Seakan-akan tidak percaya dengan kenyataan itu, lantas aku bergerak menuju ke bilik Jepah untuk mendapatkan view yang lebih jelas. Dengan menggunakan medan penglihatan stereoskop ciptaan tuhan, benar aku melihat sekumpulan muslimat 'pencinta alam' sedang seronok berkelah di tepi padang kolej yang luas menghijau segar.Seluas saujana mata memandang. Padang bola kosong kerana masih dalam proses pemulihan. Seandainya berisi dengan pelajar bermain bola,rugby,bola baling, kejar2,dsb.. mungkin tiada siapa yang mahu berkelah di situ. Maklumlah, view dah terjejas.. Tidak dapat dipastikan siapa orangnya, dan apa yang sedang dilakukan oleh mereka kerana line of sight berada dalam lingkungan 100-200 meter jauhnya. Sangkaanku, secara logiknya kalau kita berkelah, lebih-lebih lagi bersama kawan2, sudah tentu benyak perkara yang akan dibincangkan, tidak kurang juga yang diborak-borakkan. Sambil menikmati pemandangan indah alam ciptaan tuhan. Kebiasaannya, mereka akan membawa makanan sekali. Tetapi tidak pasti pula bagaimana keadaannya semalam.


Padangku Old-Trafford



Dahulunya padang kolej sangat subur. Terutama ketika mula-mula masuk dahulu. Sehingga ada yang memanggil nama jolokan 'KYUEM Old Trafford' dek kerana kesuburan dan kehijauannya. Tetapi semakin hari, padang itu mula rosak. Mungkin kerana terlalu kerap menggunakan padang, dan mungkin juga kerana terlalu kerap 'mengubahsuai' padang. Semuanya gara-gara perbuatan manusia juga. Kini, padang itu kembali ceria dan menghijau. Sungguhpun masih terdapat sedikit tompok di bahagian luar.

Kelab Pencinta Alam

Kepada rakan-rakan, mungkin inisiatif yang dilakukan oleh mereka ini dapat dijadikan contoh untuk kita menghargai alam ciptaan Allah. Dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang. Dengan melihat dan berfikir tentang kebesaran Allah yang menciptakan alam yang sangat indah, kita bakal dikurniakan hidayah. Sangat beruntung bagi mereka yang sentiasa dikurniakan hidayah oleh Allah. Tindakan mereka sebenarnya patut dipuji, kerana jarang sekali kita melihat senario itu terjadi. Daripada kita buat perkara2 yang sia-sia dan berdosa, lebih baik kita duduk sebentar, melihat keindahan alam, menghargai ciptaan Allah. Melupakan sebentar kekusutan diminda. Exam stress, duit x cukup, masalah hati, etc2..Yang selalu kita lihat, golongan2 yang selalu berkelah di tepi kaki lima pada malam hari sambil bergelak tawa mengganggu ketenteraman awam. Kasihan kepada mereka yang sedang belajar, atau mungkin sedang tidur, atau mungkin memerlukan suasana yang sunyi dan tenang pada malam itu. Dimanakah keperihatinan kita sebagai khaira ummah seandainya dengan rakan sendiri pun kita kurang prihatin.


Hargai keindahan alam

Karam Singh Walia sering disinonimkan dengan pejuang alam sekitar. Setiap kali memberi laporan, pasti diselitkan dengan peribahasa alam sekitarnya. Senario yang berlaku semalam memberikan pengajaran buat diriku. Sungguhpun ada rakan-rakan yang menganggapnya sesuatu yang 'lucu', namun aku menilainya sebagai sesuatu yang 'berani dan baru'. Tiada masalah ikhtilat dilihat. Alhamdulillah..Semoga tersingkap hikmah disebaliknya.


Wallahua'lam

 

0 Response to “Seindah saujana maya”

Leave a Reply