Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

UEM : we build your tomorrow.

Author: Afiq Kamaruddin

KYUEM- institusi pendidikan pra-universiti bagi mempersiapkan pelajar ke luar negara. Merupakan salah sebuah anak syarikat UEM World sdn.bhd. Syarikat yang membiayai kos pengajianku bermula dari peringkat A-level sehingga ke peringkat Universiti. Harap2nya sehingga ke peringkat tertinggi yang boleh dicapai..hari ini, Dr.Ikmal ingin berjumpa dengan semua scholars UEM..hairan juga rasanya sebab dah lama sponsorku tak datang 'menziarahi' kami. Kali terakhir semasa semester 2 yg lalu. Sudah tentu kami berlima berasa gembira. Banyak perkara yang ingin dibincangkan. Kenaikan elaun, prospect, duit buku,visa, etc...dan UK??? Ramai juga rakan2ku yang hairan, mengapa UEM tidak menghantar pelajarnya ke UK sedangkan kolej kelolaannya merupakan tempat persiapan pelajar untuk ke UK. Maka pelbagai 'teori' yang dikeluarkan.sesetenganya merupakan teori dari para pelajar lain. Yang paling lucu, pelajar bukan tajaan UEM pula yang lebih-lebih dalam mengeluarkan 'teori' ini. Bermula dari isu politik sehinggalah ke isu ekonomi negara..hebat juga mereka ini ya. Betul atau tidak, sukar untuk ku katakan kesahihannya.

Pada mulanya memang aku telah dimaklumkan oleh pihak dari UEM semasa interview bahawa mereka akan menghantar pelajar tajaannya ke Australia. Namun setelah lama berada di KYUEM, perasaan 'memberontak' dan 'nak pergi UK juga!' itu tiba setelah melalui persekitaran kolej yang sememangnya berorientasikan suasana pembelajaran di UK. Publisiti berkenaan kualiti sistem pendidikan di UK diagung-agungkan dan disebarkan secara meluas. Tiada kedengaran pula kredibiliti universiti-universiti dari negara yang lain. Seingat aku, universiti-unversiti dari Australia hanya Universiti Adelaide, Monash, dan Queensland sahaja yang pernah datang memberi 'talk'. Kehadiran alumni yang sering menceritakan pengalaman manis mereka semasa berada di UK turut membuatkan hati kecil ini terpengaruh.Perkenalan dengan teman-teman yang sangat supportive, serta ukhuwah yang terjalin membuak-buakkan lagi keinginanku untuk ke UK..tidak mahu rasanya berpisah dengan mereka. Terasa sedih bercampur kecewa bermain-main difikiran saat itu..saat dimana aku masih BELUM menemui jawapan. Saat dimana aku masih jahil dan lemah.. Saat dimana aku kurang yakin pada ketentuan Allah..saat dimana aku hanya memikirkan 'status' dan 'prestij' semata-mata..saat dimana aku hanya memikirkan DUNIA semata2..namun, Alhamdulillah..Allah tidak akan membebankan hambaNya melainkan apa yang hambaNya terdaya..itu janjiNya..Setelah lama berbincang dengan keluargaku, bertanya pendapat guru2, ustaz2, super senior, serta rakan-rakan yang memahami situasi diriku,dan yang penting setelah beristikharah mangadu kepada Allah yang menciptakan setiap persoalan dengan jawapan, kini baruku sedar..yakni beriman kepada Qada' dan Qadar..kita merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang..

Sungguhpun ada segelintir yang kelihatan 'sinis' dan 'underestimate' thadap kami bila mendengar isu ini, pada aku, pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik apa yang bakal terjadi..semua kejadian merupakan satu rahmat dan ujian dariNya. Sebab itu pentingnya kita untuk mempunyai keyakinan yang teguh pada ketentuanNya kan? Setiap usaha mesti disusuli dengan tawakal. Hikmahnya adalah supaya kita tidak terlalu bergantung secara total pada usaha yang kita lakukan. Andai kita terlalu bergantung pada usaha tanpa tawakal, maka kita sukar untuk menerima ketentuan andai kita gagal. Allah sebaik-baik perancang. Mungkin kerana kita tidak nampak apa ng bakal terjadi, maka kita terlalu cepat membuat penilaian berdasarkan apa yang sedang kita lihat. Sungguh, pilihan yang dibuat bukanlah sekadar menilai berdasarkan mata akal, tetapi juga mata hati..tempat letaknya keimanan. Mungkin itu jalan yang terbaik untukku kerana itu ketentuanNya..Hurm, sekadar post selingan sementara menanti giliran berjumpa dengan Dr.Ikmal..teringat kepada Firman Allah s.w.t :


"..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.Dan ingatlah Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" al-Baqarah:216

Yang penting, aku berasa syukur,gembira, dan terharu kerana dapat menjejakkan kaki ke kyuem dan berkenalan dengan sahabat-sahabat sekalian. Sukar untuk digambarkan betapa beruntungnya diriku...sesungguhnya maha benarlah firman Allah s..wt =)


 

0 Response to “UEM : we build your tomorrow.”

Leave a Reply