Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

First posting...

Author: Afiq Kamaruddin


Alhamdulillah!...
Kalimah hamdalah dilafazkan sebaik sahaja menekan punat kanan kekunci tikus komputerku. ‘Saving your data, please wait…’, itulah mesej yang tertera di skrin. Tersenyum simpul dibuatnya. Akhirnya setelah sekian lama merancang, impianku untuk mempunyai laman blog sendiri menjadi kenyataan. Melihat teman-teman seperjuangan yang sudah mula menjinak-jinakkan diri dalam arena ‘blogging’ , tak salah rasanya untuk ‘tumpang sekaki’. Mungkin dengan ‘berblogging’, aku boleh mencipta sesuatu,mengalami pengalaman baru, mahupun mengubah sesuatu menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Ada orang mencadangkan sebagai ‘diari elektronik’ – e-diary. Bagus juga sebab aku pun tak pernah memanfaatkan kewujudan diari. Kalau ada pun sekadar tempat untuk menconteng aje. Tidak salah berfikir secara optimis selagi mana pelaksanaanya adalah realistik.Lagipun, berdakwah nie mempunyai pelbagai cara kan? Bersesuaian dengan waqi’, namun tidak pernah lari dari prinsip asal perjuangan.

Pagi tadi dalam perjalanan pulang dari solat subuh di Musolla As-Saad, sahabatku Hisham berseloroh :
‘Aku sekarang ni sedang menanti-nanti kemunculan blog kau dan zaim…’

Mungkin kata-kata Hisham itulah yang sedikit sebanyak mencetuskan hasrat dan semangatku ke arah itu. Untuk first posting aku, cukuplah dengan sedikit coretan harapan dan penghargaan kepada mereka yang sentiasa membantuku.
Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.Aku ingin menjadikan blog ini sebagai medan untukku berfikir,merenung, dan melakukan sesuatu bagi menghargai nikmat yang hadir sekali seumur hidup- KEHIDUPAN. Kehidupan ini penuh dengan warna-warni. Ianya adalah anugerah dan tarbiyah dari Allah. Bagaimana kita menghargai kehidupan, bergantung kepada bagaimana kita memahami dan mendaalami maksudnya.

William Churchill pernah berkata :
‘You make living by what you get, but you make life by what you give’

Seorang sahabat umpama cermin bagi sahabatnya yang lain. Semoga penubuhan blog ini tidak terpesong dari matlamat asal penubuhannya. Terpesong dengan erti kata tidak dapat mengekalkan biah solehah dalam setiap penulisan yang disiarkan. Aku masih lagi mentah dalam arena penulisan, umpama bayi baru belajar meniarap sebelum merangkak. Semoga para pembaca sekalian dapat memberikan teguran dan tunjuk ajar secara berhikmah,andai terdapatnya kelemahan dalam gaya penulisan, fakta, dan hujah yang akan diberikan. Salam pengenalan dan ukhwah fillah daripadaku.

‘Don’t curse the darkness, but light up the candle’

 

0 Response to “First posting...”

Leave a Reply