Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Pemimpin yang Adil

Author: Afiq Kamaruddin

Alhamdulillah, keputusan pilihan raya umum 12 telahpun diumumkan. Sejarah tercipta apabila menyaksikan kejayaan parti pembangkang dalam membentuk kerajaan di 5 negeri manakala negeri2 lain masih dipegang oleh parti kerajaan. Tahniah buat mereka yang menang. Buat wakil2 rakyat yang telahpun mendapat mandat dan tempat dihati rakyat, sila laksanakan dan lunaskan amanah dengan sebaik2nya dan bertanggungjawab. Jangan hanya manis dibibir semasa berkempen dan ringan tulang 'turun padang' melihat penderitaan rakyat semasa memancing undi. Kotakanlah apa yang telah dikata dan berbaktilah dengan bersungguh2 demi kemajuan agama, bangsa dan negara. Jagalah akhlak dan budi pekertimu kerana pemimpin merupakan contoh ikutan rakyat. Sokongan pasti akan diberikan seandainya pemimpin menunjukkan 'Role Model' yang baik kepada rakyat..
.
Lagu ini ditujukan buat pemimpin-pemimpin negara khususnya, dan semua rakyat Malaysia amnya kerana setiap daripada kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri...

Pemimpin Yang Adil
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz

Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya
Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama
Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya
Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah
Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita
Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini

 

0 Response to “Pemimpin yang Adil”

Leave a Reply