Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Keluarga itu segala-galanya bagiku...

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim

Pada hari ini, berlangsunglah program 3 hari 'Muslim Youth Camp' a.k.a MYC di Kolej Yayasan UEM. Program yang dikendalikan oleh MUSCOM junior ini sudah lama tertangguh lantaran beberapa perkara teknikal yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, dengan izin Allah serta kesungguhan pihak penganjur, dapat juga program itu direalisasikan.

Selaras dengan nama program berkenaan, sudah tentu pengisian program memfokuskan pembentukan 'Muslim Youth' atau remaja Muslim yang berkualiti. Modul yang dirangka oleh Syarikat konsultan Fitrah Perkasa terbukti mempunyai 'kelasnya' yang tersendiri. Masakan tidak, sejak awal penubuhan program ini yang menjadi aktiviti tahunan kolej, modul Fitrah Perkasalah yang menjadi modus operandi. Maka tidak hairanlah jika pelajar KYUEM mempunyai hubungan yang rapat dengan kaunselor-kaunselor daripada Fitrah Perkasa.

Program ini merupakan program yang ditunggu-tunggu oleh pelajar Muslim di KYUEM. Saya turut tidak ketinggalan merasai bahang MYC. Maklumlah, tahun lepas saya terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir kerana menghadiri kursus Asia Work Training. Kursus motivasi antarabangsa yang dibiayai sepenuhnya oleh syarikat yang menaja kos pembelajaran saya. United Engineers Malaysia.

Setelah melihat dan mendengar respons daripada peserta MYC yang lalu membuatkan saya tidak sabar untuk menyertai kem MYC pada kali ini. Masakan tidaknya, setelah membuat siasatan, rupa-rupanya terdapat beberapa orang peserta MYC yang lalu sanggup mendaftarkan diri sekali lagi untuk menyertai program ini buat kali kedua semata-mata kerana dahagakan input-input yang berharga yang mereka dapat semasa menyertai MYC dulu. Ada diantara mereka yang berasal dari malaysia timur. Kesungguhan yang ditunjukkan jelas membuktikan betapa MYC menyediakan sesuatu yang bernilai buat para peserta untuk diteladani.

Kita merancang, Allah juga merancang, namun Allah adalah sebaik-baik perancang.

Tidak dapat dinafikan, perancangan manusia tidak selalunya akan menjadi kenyataan walau selengkap manapun kita sudah bersedia untuk menghadapinya. Itulah yang dikatakan takdir. Bila tiba saatnya itu, apa yang perlu kita lakukan adalah berserah kepadanya kepada Tuhan yang merancang perjalanan seluruh alam semesta, Allah yang maha berkuasa. Sebab itu, kita tidak boleh terlalu berharap supaya sesuatu urusan itu akan terjadi, khususnya dalam sesuatu yang telahpun kita rancang dengan teliti. Kerana apa? Kerana dikhuatiri seandainya kita gagal untuk mencapai sesuatu yang dihajati, kita tidak dapat menerima kenyataan. Lalu segera menyalahkan takdir. Bukankah sesuatu yang berlaku itu atas ketentuan Allah juga. Kita hanya mampu berusaha, namun Allah penentu segala-galanya. Contoh yang paling mudah untuk direnungkan adalah saat menerima keputusan peperiksaan. Seandainya kita menerima sesuatu yang menyedihkan, tetapi kita yakin kita telahpun berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengelakkannya terjadi, yakinlah bahawa Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Kerana itu, perlunya kita untuk menyandarkan sesuatu keputusan itu kepada Allah, selaras dengan usaha yang telah kita lakukan.

Pada kali ini, sekali lagi saya terpaksa membatalkan hasrat menyertai MYC pada saat-saat akhir. Atas urusan pekerjaan, ayah saya telah berangkat ke negara Turki pada hari selasa yang lalu. Ayah akan berada disana selama satu minggu. Kebiasaannya, bapa saudara saya akan berada di rumah bagi menemani ibu dan adik perempuanku. Namun pada kali, beliau tidak dapat berbuat demikian kerana ada masalah yang perlu diselesaikan. Sebelum berangkat, ayahku berpesan :

"Afiq jaga rumah elok-elok, jaga ibu dan adik baik-baik..."

Setelah mendengar pesanan ayah, lantas saya mula berasa gundah untuk menyertai MYC. Seandainya saya pergi, bermakna pada hari Khamis ini ibu terpaksa menghantar saya pulang. Hal ini bermaksud, ibu dan adik perempuanku yang berusia 11 tahun akan berada keseorangan di rumah sehingga hari ahad sementara menunggu ayahku pulang. Memikirkan keadaan semasa yang tidak menentu, kes-kes pecah rumah yang dilaporkan semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, kes-kes penculikan budak,mat ganja, dan sebagainya, tidak sanggup rasanya untuk saya membiarkan mereka keseorangan di rumah tanpa pengawasan. Selaku anak lelaki yang sulung, sudah tentu saya bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kebajikan keluarga saya semasa ketiadaan ayah di rumah. Sudah tentu saya perlu melindungi keluarga saya walau apa juga yang berlaku. Sudah tentu saya perlu mengutamakan keluarga saya terlebih dahulu daripada MYC kerana ianya melibatkan keselamatan mereka. Lagipun seandainya saya pergi, kemungkinan hati saya jadi tidak tenteram kerana sibuk memikirkan keselamatan ibu dan adik di rumah. Sekurang-kurangnya, biarlah saya menghabiskan masa bersama-sama mereka memandangkan ibu meminta saya mengajarkan hukum tajwid, manakala adik pula meminta saya mengajarkannya teknik berpidato kerana pertandingan pidato peringkat sekolah rendah sudah dekat. Itulah hikmah bagi setiap kejadian yang menimpa. Sekurang-kurangnya, saya masih dikurniakan kesempatan untuk berbakti kepada mereka.

Keputusan telah dibuat, sekali lagi saya terpaksa membatalkan rancangan untuk menyertai MYC kali ini. Sebelum ini ibu bertanya kepada saya, bila saya akan pulang ke kolej. Saya katakan hari khamis kerana ingin menyertai MYC, ibu kelihatan sayu setelah mendengarnya. Tidak sanggup saya membiarkan ibu dan adik kesepian dan keseorangan di rumah sementara menunggu ayah pulang. Sungguhpun sedih kerana tidak dapat menyertai MYC buat kali terakhir sebelum berangkat ke luar negara, namun saya rasa bersyukur dan gembira kerana kehadiran saya di rumah membuatkan ibu dan adik rasa terhibur. Senyum tawa mereka membahagiakan dan menghiburkan saya. Melihat wajah tenang ibu yang semakin dimamah usia, saya rasa tersentuh dan terharu..sukar untuk digambarkan betapa mulianya perngorbanan insan yang bertarung nyawa membesarkan saya. Kisah Juraij mengingatkan saya betapa pentingnya kita untuk menjaga hati ibu dan mengutamakan ibu sungguhpun ketika itu kita sedang melakukan ibadat. Bait nasyid 'Lafaz yang Tersimpan ' nyanyian UNIC bermain-main difikiran : 'Usah biar kehilangan, menggantikan lafaz yang tersimpan...' Saya nekad, keluarga itu segala-galanya bagiku...biar hilang harta, jangan hilang nilai sebuah keluarga.

Buat pihak penganjur MYC serta rakan-rakan seperjuangan yang lain, ucapan ampun dan maaf ditujukan kerana tidak dapat menyertai MYC buat kali ini. Saya sentiasa mendoakan semoga program tarbiyah ini berjaya serta mendapat rahmat disisi ilahi. Semoga impak keberkesanannya dapat kita kongsikan bersama. Semoga keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk kita semua. InsyaAllah..

"Dan kami perintahkan manusia agar berbuat baik kepada ibu dan bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu. Hanya kepada Aku tempat kembalimu."

Surah Luqman : 14


Wallahua'lam

 

Tahniah kumpulan Raihan!!!

Author: Afiq Kamaruddin


Bismillahirrahmanirrahim
Kumpulan nasyid terkemuka tanah air, Raihan sekali lagi telah melakar sejarah apabila diundang untuk mengadakan persembahan Evening of Inspiration di Royal Albert Hall, London semalam. Persembahan yang turut mengundang artis-artis nasyid terkemuka dunia seperti Sami Yusuf, Outlandish, M2M, serta 726 telah menarik jutaan pengunjung sehingga memenuhi ruang dewan berkenaan. Program kebajikan yang bertujuan mengutip dana bagi disalurkan kepada penduduk islam di Palestin hasil daripada jualan tiket itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Mengikut sumber, sebanyak RM 1 juta ringgit telah dikumpulkan.
Sekalung tahniah dan syabas kepada kumpulan Raihan. Selain mengharumkan nama negara serta industri nasyid negara, anda juga telah meluaskan persepsi masyarakat terhadap industri nasyid yang menjadi salah satu daripada medium dakwah dalam menyampaikan risalah Allah. Semoga artis-artis nasyid tanah air dapat mengikut jejak langkah kumpulan Raihan dalam mengembangkan risalah Allah bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga diserata dunia. Sami Yusuf, kumpulan Outlandish, serta M2M menjadikan Raihan sebagai sumber inspirasi mereka. Begitulah terkenalnya industri nasyid Malaysia di mata dunia.
Wallahua'lam

 

Sandarkan emosi pada akal

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim

Pertama sekali, ucapan maaf ditujukan buat seorang sahabat atas kelewatan mengeluarkan entri ini kerana beberapa masalah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus bergelut dengan masalah, akhirnya dipertemukan juga jalan penyelesaiannya.
Saya ingin mengulas sebuah rancangan radio saya dengar baru-baru ini, rancangan bertajuk 'Duniaku Buku' yang ke udara di stesen IKIM.FM. Perbincangan yang saya rasa amat signifikan kerana isu ini nampak kecil, tetapi kesanya amat besar khususnya dalam keberkesanan penyampaian dakwah.

Sebelum itu, saya ingin lontarkan senario masyarakat sepertimana yang dikatakan oleh Ustaz Zawawi untuk sama-sama kita fahami :

“ Masyarakat kita seandainya diberikan 50 ringgit, kemudian diminta untuk memulangkan semula duit itu, yang dipulangkan tidak pernah akan terlebih menjadi 60 ringgit. Kebiasaannya akan berkurang. Akan tetapi andai diberikan kepada mereka satu berita, kebiasaannya berita itu akan bertambah daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Tidak pernah pula akan berkurang…jarang pula tiada perubahan ”

Walaupun senario di atas boleh dipertikaikan kesahihannya, namun dari segi mesej yang ingin disampaikan jelas, bahawa terdapat sesetengah di antara kita yang suka mencari modal murahan.Maksud saya, menambah-nambah sesuatu berita yang didengari agar berita itu menjadi lebih hangat dan sensasi, mungkin juga kerana ada agenda yang tersendiri. Contoh yang paling mudah, kita lihat bagaimana dunia hiburan yang tidak pernah lekang daripada gosip dan kisah-kisah hangat sepertimana yang terpampang di dada-dada akhbar mahupu internet. Sesetengah daripadanya mungkin betul, sesetengah daripadanya mungkin tidak, malah mungkin terdapat elemen-elemen tambahan yang sengaja direka-reka. Gramatis, dramatis, suspens dan sebagainya. Itu adalah contoh mudah bagaimana kita ingin mengaitkan realiti sebenar budaya 'tambah-mebambah' dikalangan masyarakat. Namun tidak dnafikan, kisah-kisah lagenda,penglipur lara misalnya mempunyai unsur-unsur 'tambahan' .Cerita-cerita ini disampaikan secara turun temurun, daripada mulut ke mulut, tiada catatan mahupun rekod yang sahih. Maka tidak mustahil apa yang kita terima sekarang, mungkin berbeza dengan apa yang sebenarnya terjadi.

Apa yang dirisaukan, seandainya budaya ini turut diamalkan oleh golongan-golongan pendakwah bagi meyampaikan kalimah Allah dimuka bumi. Maka seharusnya mesej yang ingin disampaikan perlu bersumberkan daripada sumber-sumber yang sahih, tidak lebih dan tidak kurang daripada yang asli. Tidak kira samada berdakwah melalui bidang penulisan, hiburan,lakonan, ceramah dan seumpamanya, perkara pokok yang perlu kita ambil perhatian adalah daripada mana kita dapatkan maklumat tersebut. Adakah melalui sumber yang terbukti sahih? atau adakah daripada sumber yang diragui kesahihannya? atau adakah daripada sumber-sumber yang sengaja direka oleh musuh-musuh islam untuk menjatuhkan umat islam. Ini adalah penting untuk mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat.

Antara contoh yang paling mudah adalah dalam penyampaian sirah dan hadith. Oleh kerana kita tidak berada dizaman ketika mana Rasulullah masih hidup, amat sukar untuk kita mengetahui bagaimana sebenarnya gaya hidup yang diamalkan oleh rasulullah. Oleh sebab itu, sumber rujukan yang kita gunakan untuk mengetahui perkara ini sudah tentulah daripada Al-Quran serta hadith-hadith yang Sahih. Tanpanya, sudah tentu sukar untuk kita membayangkan bagaimana keadannya bukan? Realitinya, buku-buku mahupun artikel-artikel bertemakan sirah begitu banyak sekali dipasaran,namun sebagai seorang yang cintakan rasulullah, kita harus pastikan bahawa kisah-kisah yang disampaikan merujuk kepada sumber-sumber atau sanad yang sahih. Hal ini kerana di zaman ini, begitu banyak sekali kisah-kisah yang kononnya dikatakan sirah, tetapi apabila disemak, mengandungi unsur-unsur tambahan. Misalnya hujah - hujah diambil daripada hadith-hadith maudu',ataupun hadith-hadith yang tidak disertakan sekali sanadnya, diselitkan pula dengan kisah-kisah isra'iliyat - kisah-kisah yang direka oleh orang yahudi untuk kepentingan mereka sendiri, bukan kisah benar..serta bermacam-macam lagi.

Cuba fikirkan, apa salahnya jika kita terpaksa mengambil masa yang lama dalam mencari kebenaran sesuatu maklumat seandainya kita yakin ilmu yang bakal diperoleh itu benar-benar sahih dan tepat, bukankah itu lebih utama? Manfaatnya dapat dikongsi bersama. Berbanding jika terus mempercayai sesuatu yang belum sahih kebenarannya secara membuta tuli lalu terus disampaikan kepada orang lain tanpa memikirkan kesannya. Bukankah ianya seolah-olah menyebarkan berita palsu? Apa akan terjadi jika ‘dakyah’ kita itu tiba-tiba tersebar luas. Siapakah yang harus bertanggungjawab? Maka, berhati-hatilah dalam menulis dan memahami sesuatu penulisan. Untuk sesuatu ilmu itu bermanfaat dan menjadi bekalan di alam barzakh kelak, sudah tentu ianya perlu diperoleh daripada sumber yang sahih dan benar. Seelok-eloknya, belilah buku-buku rujukan daripada kalangan para ulama’ muktabar agar kita mempunyai rujukan seandainya berlaku kekeliruan dalam sesuatu perkara.

Paling menakutkan andai para daie meletakkan emosi melebihi akal dalam penyampaian. Dikhuatiri akan wujudnya unsur 'Lebih-lebih' atau dalam bahasa inggeris disebut 'exaggeration'. Mungkin kerana terlalu menghayati serta beremosi ketika menyampaikan sesuatu, secara tidak langsung menambahkan unsur-unsur atau kisah-kisah yang selari dengan emosi dan perasaannya ketika itu sedangkan pada asalnya mengikut sumber yang sahih, perkara yang terjadi tidaklah 'sedahyat/sehebat' seperti mana yang digambarkan. Sebab itu pentingnya kita untuk tidak mengikut emosi. Andai terlalu mengikut emosi, nafsu akan mula merajai diri. Sehingga ke satu tahap, kita rasa apa yang kita sampaikan adalah betul. Janganlah sehingga menghalalkan sesuatu yang haram semata-mata kerana ingin mengatakan tindakan kita betul. Jangan sehingga berlaku unsur fitna atau penipuan semata-mata kerana ingin menarik perhatian ramai. Salah tindakan itu. Malah boleh menimbulkan perpecahan. Justeru, bertindaklah dengan akal yang waras, bukan dari emosi yang membara dan tidak berpandu kepada petunjuk ilahi. Emosi boleh dijadikan 'driving force' dalam tarbiyah, namun emosi bukanlah sandaran utama. Yang penting akal yang berdasarkan wahyu ilahi.

Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam menerima, mentafsir, serta menyampaikan maklumat. Lebih-lebih lagi maklumat yang berkaitan dengan isu-isu akidah, hadith nabi, hukum dan sebagainya. Perlunya kita untuk memastikan sesuatu maklumat itu sahih sebelum disampaikan kepada orang lain supaya tidak berlaku masalah nanti. Berhati-hatilah dalam berbicara, elakkan daripada mengumpat dan memfitnah kerana amalan itu bukan sahaja membawa kepada pergaduhan, permusuhan, serta perbalahan dikalngan masyarakat, malah sangat dicerca oleh Allah.

Nabi Muhammad saw termasuk orang yang sangat jarang berbicara, tetapi setiap kali berbicara pasti dipastikan kebenarannya. Setiap butir kata bagai untaian mutiara yang indah, berharga, bermanfaat. Bahkan bisa menembus, menggugah, menghujam, dan memiliki daya ubah hingga menjadi kebaikan bagi sesiapa pun yang mendengarnya. Mulut kita ini seperti corong teko. Teko hanya akan mengeluarkan isi yang ada. Kalau di dalamnya air bersih, yang keluar bersih. Kalau di dalamnya air kotor, yang keluar pun kotoran. Kerana itu bila kita ingin mengetahui darjat seseorang, lihatlah dari apa yang diucapkan dan dilakukannya.

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar. (QS Al Ahzab [33]:70)

Rasulullah saw bersabda, "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam". Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

''Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan bagi wanita pun ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.'' (An-Nisaa: 32)

Wallahua'lam

 

Album Nur Wahyu

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim.


Pada hari Sabtu yang lalu, ketika sedang berjalan-jalan di pasaraya Giant bersama keluarga, saya tercari-cari album media baru dipasaran yang bercorakkan islami. Akhirnya saya terjumpa dengannya, syukur alhamdulillah. Kali ini bukan album nasyid, tetapi album Nur Wahyu - bacaan al-quran oleh seorang tokoh agama tanah air yang pernah mengendalikan program Mari Mengaji di TV9. Tak lain tak bukan, Ustaz Zamri. Selain daripada mengacarakan rancangan Mari Mengaji, Ustaz Zamri juga merupakan seorang pensyarah di Darul Quran dan salah seorang daripada juri Akademi Al-Quran (AQ). Album Nur Wahyu ini merupakan album kedua Ustaz Zamri bersama in-team records. Album yang menampilkan surah-surah pilihan yang dilagukan secara murattal ini mengandungi bacaan dari surah-surah seperti As-Sajdah, Ar-Rahman, Al-Waqiah, Al-Insaan, Al-Mulk, As-Saff dan Ad-Dukhan. Album Nur Wahyu ini juga memuatkan Doa Qunut Nazilah. Harga bagi Kaset ialah RM9.90 manakala bagi CD ialah RM16.90.
. Alhamdulillah, tanpa membuang masa saya terus membeli album tersebut. Setelah mendengar, sungguh bacaan Ustaz Zamri amat menusuk kalbu dan meruntun jiwa saya. Bagi sesiapa yang berminat, dapatkanya di pasaran hanya yang original. Anda tidak akan rugi jika memilikinya.







Wallahua'lam

 

Eight lessons to ponder...

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim


I love this article very much when I read it from qisas .com this morning, indeed, the messages are trully inspiring. Nevertheless, this article was taken from Al-Ghazali's masterpiece ; Ihya' Ulumuddin. It is actually a story of a student which studied under the company of a great syeikh for the last 33 years. Despite of learning in a very long time, the student only manage to learn eight valuable lessons which actually electrified his teacher when he heard him at first. Well, as saying goes' Quality does matter than Quantity',the teacher finally expressed his contenment and grattitude towards his student for such inspiring and motivating lessons. I hope this article might crack some of your thoughts to ponder what have you learned from your past experience in this world since the day you was born. To be particular, what actually makes you appreciate the once in a life time opportunity - life. Enjoy the article, share it with someone you care.

Hatem Asem was the student of Shaqiq Balakhi(Rahmatullah Alayh) for a considerable period of time.

Shaqiq Balakhi(Rahmatullah Alayh) once asked Hatem: “How long are you in my company?”

Hatem said: “For the last 33 years.”

Shaqiq enquired: “What have you learnt from me during this period?”

Hatem said: “I have learnt only eight things.”

Shaqiq said: “You have not learnt anything except eight things!”

Hatem replied: “Yes, O dear teacher, I have learnt nothing except eight things. I don’t wish to speak falsehood.”

Shaqiq said: “Describe those eight things to me. Let me hear them.”

Hatem began to describe them.

First, I looked around and beheld that every man has got an object of love and he lives with that thing, until his death. When he goes to the grave, it becomes separate from him. I pondered over the following words of God: “We are from God and to Him we shall return.” So I have made good deeds as my object of love. When I will go to the grave, my good deeds will accompany me to the grave. The sage Shaqiq said: O Hatem, you have done well.

Secondly, I have pondered over the following words of God “As for one who fears the majesty of his Lord and refrains his soul from lust, Paradise is his resting place” - {79: 40 Qur’an}. I have come to know that the words of God are true. I have tried my utmost to suppress my lust and remained satisfied with obeying the injunctions of God.

Third, I looked around the people and found that everyone values what he possesses. Then I turned to the following words of God: “What is with you will end and what is with God will last” - {16:98 Qur’an} Then I began to give unto God whatever valuable things fell into my hands.

Fourth, I looked around and saw that everyone puts his trust in his wealth and properties, his name and fame and his honour and glory and found that there is nothing in them. Then I looked towards the following words of God: “The most honourable of you to God is one who is the most God-fearing among you” - {49: 13 Qur’an}. Then I intended to accept God-fear in my life till I am honoured by God.

Fifth, I looked around the people and found them slandering and cursing one another because of envy and hatred and then I looked towards the words of God: “It is I who distributed their subsistence among them in this world’s life” - {43: 31 Qur’an}. So I gave up envy and hatred and I realised that subsistence comes from God and then I disliked the people no more.

Sixth, I looked to the people and found them ungrateful to one another and even some of them kill others and then I looked towards the following word of God: “The devil(shaytaan) is your foe and so take him as foe” - {35. 6 Qur’an}. So I took the devil(shaytaan) as a foe and ceased to have enmity with the people.

Seventh, I turned to the people and found everyone seeking his livelihood and for that debasing himself and committing unlawful things and then I looked towards the following words of God- “There is no living Creation on earth of which the provision is not upon God” - {11 : 6 Qur’an}. Finding that I am one of the Creation whose provision is upon God, I turned towards the duties prescribed by God and entrusted my fate unto Him.

Eighth, I turned to the people and found that everyone placed his trust in something created, some in his wealth, some in his profession, some in his industry and some in the health of his body and then looked towards the following words of God: “If a man relies on God, He is sufficient for him” - {65: 3 Qur’an}. Then I relied on God and He is sufficient for me.

On hearing Hatem’s replies, Shadiq(Rahmatullah Alayh) exclaimed; Hatem, may Allah, Our Creator prosper you. I examined the Torah, the Injeel(orignal Bible), the Zabur (Psalms) and the Glorious Qur’an and found that all these centre around these eight things and he who puts them into practice follows these four books(in their ORIGNAL form).

Source: Ihyaa-ul-Ulumuddin: Imaam Ghazzali

Wallahua'lam

 

STARians side by side

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim



Antara bekas-bekas pelajar STAR batch of 45 (STARian o15) yang datang semasa sambutan jubli emas yang lalu. Masing-masing dah besar panjang dan punyai haluan sendiri. Ada juga yang dah berkahwin. Tahniah!.Ada juga yang telah kembali ke rahmatullah..dari Allah kita datang, kepadanya kita pasti pulang..~al-fatihah~..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin. Kepada rakan-rakan sekalian, teruskan perjuangan dalam mengejar cita-cita yang diimpi. Semoga perjuangan ini mendapat rahmat disisi ilahi.Insyaallah...

Wallahua'lam

 

Indahnya memori itu...

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim

Deraian hujan yang turun sejak petang tadi belum menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti.Seronok juga bila hujan turun. Sekurang-kurangnya rasa sejuk sikit badan. Lagi seronok kalau dapat merasai keriangan suasana hujan bersama secawan kopi O panas beserta ubi rebus hangat bercicahkan gula, sambil duduk bermalasan di atas singgahsana empuk berintikan baldu, menghayati setiap titis hujan yang gugur menyembah bumi ciptaan Ilahi. Oh,alangkah nikmatnya…Namun itu semua hanya angan-angan, tugasan yang lebih utama perlu disiapkan, tiap masa saat yang berlalu begitu berharga, tidak sewajarnya kita persiakan, bukankah bertangguh itu pencuri masa? Sejauh mana tingginya nilai masa terhadap kita seandainya begitu mudah kita biarkan ianya dicuri? Pepatah arab pernah menyebut, masa ibarat pedang, andai kamu tidak menggunakannya, ia akan memotong kamu.


Terlintas dihati untuk berkongsi perasaan ketika mana saya mengunjungi sebuah tempat yang mula-mula membina batu asas pembentukan diri saya sebagai seorang muslim, tempat dimana saya diberikan pendidikan agama secara formal, tempat dimana saya memperoleh input yang sukar didapati di sekolah-sekolah rendah kebangsaan, tempat dimana ilmu asas hukum serta fardhu ain mula diperkenalkan kepada kanak-kanak,tempat dimana saya memahami huruf-huruf al-quran serta melantunkannya mengikut makhraj,tempat dimana pendidikan rohani dijadikan intipati pembelajaran, sekaligus menerapkan nilai-nilai murni ke dalam pembentukan jati diri seorang kanak-kanak muslim. Sistem pendidikan yang khusus dalam mata pelajaran tauhid, akhlak, fekah, sirah, khat, tajwid, hafazan,bahasa arab, serta imla’ memberikan kami peluang untuk memahami sesuatu konsep asas islam secara terperinci.


Sekolah KAFA Integrasi Masjid Proton – itulah nama tempat yang saya maksudkan. Institusi pengajian agama peringkat rendah, yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat Masjid Proton. Bangunan yang dibina di atas tapak milik persendirian seorang tokoh agama kini berdaftar dibawah Jabatan Agama Islam Selangor semasa tahun kedua ia beroperasi. Kini sudah hampir 13 tahun penubuhanya.Sebelum ini, ianya hanyalah sebuah kelas harian, dikendalikan pihak masjid dalam memberikan pengajian agama kepada golongan kanak-kanak yang berminat, kini kelas tersebut sudah dinaik taraf statusnya menjadi sebuah sekolah. Selain itu, sistem sukatan pembelajarannya juga sudah diselarikan dibawah sukatan pembelajaran JAIS. Maka lebih tersusun dan mudah.


Terkenang saat semasa mula-mula mendaftarkan diri, kami diwajibkan membeli kitab-kitab karya tokoh-tokoh ulama nusantara. Kitabya tebal, kertasnya menggunakan kertas berwarna perang,diikat dengan tali guni, tulisan dakwat hitamnya pula tidak jelas, serta menggunakan bahasa melayu klasik. Bayangkan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun disuruh menjadikan kitab lama itu sebagai rujukan. Terkumat-kamit dibuatnya. Kitab Sirah misalnya. Kitab itu bewarna merah hati, tulisan jawi yang digunakan adalah jenis Khat Riqa’h. Khat yang biasa ditulis dalam persuratan. Amat sukar hendak dibaca, sehingga ke satu tahap kami terpaksa membuka Qiraati semata-mata untuk mengenal pasti huruf yang dijumpai. Mujurlah Ustazah menterjemahkan kami setiap ayat yang tertera, dan kami akan menulis terjemahannya pada setiap muka surat. Masalah seterusnya timbul semasa ingin memahami tejemahan yang ditulis. Maklumlah, penggunaan bahasa Melayu Klasik yang berbelit-belit, serta aturan ayat tokoh ulama nusantara agak mendalam maksudnya. Sukar bagi kami yang masih mentah ini untuk memahami. Teknik yang Ustazah gunakan supaya kami faham adalah dengan teknik penceritaan dan nyanyian. Setiap kali kelas, selepas sessi pertejemahan, ustazah akan mulakan sessi pengajaran dengan bercerita. Kadang-kadang diselitkan unsur nyanyian untuk menghiburkan kami. Alhamdulillah, akhirnya terbukti teknik itu berkesan ke atas kami walaupun sukar pada mulanya. Pada awal penubuhan, hanya ada tiga orang guru sahaja yang bertugas iaitu Ustazah Siti Sarah, Ustazah Roslinda, dan Ustazah Aizan. Kini bilangan guru semakin bertambah, infrastruktuf serta prasarana juga telah dinaik taraf sedikit demi sedikit. Dulu kami belajar didalam sebuah dewan yang berbumbung zink, tetapi tidak berdinding dan tidak berkipas. Lantainya pula lantai siman. Tiada ‘tiles’. Setiap kali hujan, pasti tempias. Kalau hujan lebat, kami akan gegas berlari masuk ke dalam masjid untuk meneruskan sessi pembelajaran seperti biasa. Kalau cuaca panas, akan berdebu dan berpeluh.Dahulu hanya ada dua kelas sahaja, kami batch yang pertama dengan bilangan pelajar kurang daripada 20 orang.


Alhamdulillah, kini segala-galanya sudah berubah. Semakin banyak bangunan sekolah dan kelas dibina bagi menampung jumlah pelajar yang mendaftar. Kooperasi, kantin serta perpustakaan sudah ada. Sebuah bangunan dua tingkat telah dibina. Memuatkan pejabat, bilik guru, bilik komputer, bilik mesyuarat,stor sukan, bilik muzik, serta kelas-kelas pembelajaran. Menurut Ustazah Siti Sarah – ustazah yang mengajarku dahulu, cetusan idea untuk membuat bangunan dua tingkat itu lahir setelah pihak pengurusan sekolah mendengar ucapanku, selaku wakil pelajar semasa majlis penutupan program Qiamullail dan Motivasi. Ketika itu, saya berada dalam darjah enam. Dalam persediaan menghadapi PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama). Dalam ucapanku itu, setakat yang saya ingat, saya ada selitkan kepentingan aspek pembangunan kondusif dari segi infrastruktur dalam menentukan kejayaan pelajar. Alhamdulillah, segala-galanya adalah ketentuan Allah juga.


Kenangan di sekolah itu teringat kembali semasa saya melawatnya pagi tadi. Kebetulan hari sabtu..Pertalian saya dengan sekolah agama ini sentiasa wujud kerana telah ditakdirkan semua adik-adik saya juga belajar di sekolah agama yang sama. Dua daripadanya sudah tamat persekolahan peringkat rendah. Kini mereka bersekolah di sekolah asrama penuh. Tinggal seorang lagi yang masih berada di darjah lima. Setiap kali musim cuti, saya akan mengambil peluang untuk menziarahi sekolah berkenaan, berjumpa dengan ustaz serta ustazah yang pernah mendidik saya dahulu, bertanya khabar, dan memberi bantuan sedaya yang mampu. Cuma pada musim cuti easter kali ini, saya tidak berkesempatan untuk melawat semasa hari persekolahan kerana ada tugasan lain yang perlu diselesaikan. Insyaallah, doakan semoga saya diberikan kelapangan pada minggu hadapan sebelum kembali ke kolej nanti.

Blok akademik yang baru

Dewan yang dahulunya kelas yang tidak berdinding

Kelas ini dahulu pernah roboh dipukul ribut. Aku hampir dihempap oleh kipas angin yang tiba-tiba jatuh, mujurlah ustazah sempat menyelamatkanku dengan menolakku


Di laluan ini kami selalu bermain-main dan bergurau senda ketika rehat. Pernah dengar main 'peluk tiang'? agak popular permainan itu dulu
.
Masjid PROTON yang kini dalam proses pengubahsuaian dan menaik taraf

Suasana dewan solat yang baru dan luas

Kelas pelajar tahap satu. Dahulunya pernah menjadi stor simpanan meja dan kerusi

Contoh tulisan khat riq'ah. Tulisan khat yang digunakan dalm buku-buku teks rujukan kami semasa awal penubuhan sekolah.

Semoga ilmu yang kita dimiliki, hasil daripada pembelajaran yang dihadiri dengan niat yang murni, mendapat barakah disisi ilahi, untuk membentuk individu muslim sejati, seterusnya ummah yang berpegang kukuh pada konsep islami, bersama kita tegakkan kalimah Allah dimuka bumi, InsyaAllah…

Wallahua'lam

 

Adab-adab bermesyuarat mengikut sunnah

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim

Tidak dapat dinafikan, mesyuarat (meeting) merupakan agenda yang sering mendapat rungutan oleh sesetengah ahli di dalam sesebuah organisasi. Maklumlah, semasa mesyuarat macam-macam pula perkara dalaman dan luaran mula timbul. Sekaligus menjejaskan kesempurnaan pelancaran mesyuarat. Sebagai umat islam, kita harus menyedari bahawa konsep musyawwarah (syura) adalah salah satu tuntutan dalam membuat keputusan yang tepat demi kemaslahatan ummah. Andai pelaksanaan mesyuarat itu dijalankan dengan betul, bersesuaian dengan sunnah dan syariat, insyaallah sesuatu mesyuarat itu akan memberi manfaat. Bukan sahaja kepada ahli mesyuarat, tetapi juga kepada masyarakat kerana keputusan yang dibuat adalah keputusan yang terbaik yang diilhamkan oleh Allah melalui konsep perbincangan. Menyedari hakikat ini, ingin dikongsikan adab-adab mesyuarat mengikut sunnah yang saya dapat ketika melayari website koleksi soal jawab agama. Semoga dapat dijadikan panduan bersama bagi memastikan sesuatu mesyuarat yang kita hadiri mendapat barakah dan petunjuk daripadaNya demi mencapai keputusan yang terbaik.

1. Memulakan majlis dengan memuji dan memuja Allah swt serta berselawat ke atas Nabi saw. Seperti menyebut:

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله atau seumpamanya.

2. Tidak memperkatakan di dalamnya melainkan kebaikan sahaja. Sabda Nabi saw:

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فليقل خيراً، أو ليصمت
Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata perkata yang baik ataupun dia senyap.” (Riwayat Tirmidzi)

3. Tidak duduk diantara dua orang melainkan dengan izin mereka berdua berdasarkan hadith:

لا يحل لرجل أن يفرق بين اثنين إلا بإذنهما
Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang lelaki, dia duduk antara dua orang lelaki (di dalam sesuatu majlis) melainkan dengan keizinan mereka berdua.” (al-Albani: Hasan Sahih, Sahih Abi Daud. Ahmad Syakir: Sanadnya Sahih, Musnad Ahmad)

4. Tidak boleh seseorang datang di dalam sesuatu majlis kemudian dia arahkan orang lain bangun lalu dia mengambil tempat orang tersebut. Perbuatan ini jelas dilarang oleh Nabi saw di dalam hadith baginda:

لا يقيم الرجلُ الرجلَ من مجلسه ثم يجلس فيه
Maksudnya: “Jangan seorang lelaki membangunkan seorang lelaki yang lain dalam majlisnya, lalu dia duduk ditempat lelaki tersebut.” (al-Bukhari)

Di dalam hadith yang lain:

نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يقيم الرجل أخاه من مقعده ويجلس فيه . قلت لنافع : الجمعة ؟ قال : الجمعة وغيرها
Maksudnya: “Nabi saw melarang seorang lelaki membangunkan saudaranya dari tempat duduknya, lalu dia duduk di situ.” Aku bertanya kepada Nafi’: “(larangan itu) ketika solat Jumaat?” Jawab Nafi’: “Ketika solat Jumaat dan selainnya.” (al-Bukhari).

5. Meluaskan majlis agar semua yang terlibat dapat ikut serta

6. Memelihara lidah dari perkataan-perkataan yang menyakiti orang lain

7. Menutup majlis dengan membaca kafaratul majlis. Sabda Nabi saw:

‏من جلس في مجلس فكثر فيه ‏ ‏لغطه ‏ ‏فقال قبل أن يقوم من مجلسه ذلك سُبْحَانَكَ اللّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أشْهَدُ أنْ لَا إلهَ إلَّا أنْتَ أسْتَغْفِرُكَ وَأتُوْبُ إلَيْك إلا غفر له ما كان في مجلسه ذلك
Maksudnya: “Sesiapa yang berada di dalam majlis, banyak di dalamnya perkataan-perkataan lagha atau dosa, lalu sebelum bersurai dia membaca:

سُبْحَانَكَ اللّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أشْهَدُ أنْ لَا إلهَ إلَّا أنْتَ أسْتَغْفِرُكَ وَأتُوْبُ إلَيْك
Maksudnya: “Maha suci Engkau Ya Allah dan dengan pujian kepadaMu, aku bersaksikan bahawa tidak ada ilah melainkan Engkau, aku memohon ampun kepada Engkau dan aku bertaubat kepada Mu.” (Al-Bukhari)

Semoga panduan panduan yang diberikan dapat memperhalusi kelancaran sesebuah mesyuarat demi mencapai keputusan yang terbaik. Ahli-ahli syura dikenali dengan gelaran (al-hallu wal-a'qdu) yakni yang bijak dan mentafsir keputusan. Justeru, perlunya kita untuk mengambil serius ketika menghadiri sesuatu mesyuarat. Jangan buat endah tak endah sahaja dalam mesyuarat kerana kita bakal dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita putuskan bersama. Insyaallah, andai pelaksanaan sesebuah mesyuarat itu baik, yakinlah bahawa ganjaran Allah pasti tiba. Sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti akan membantu dalam urusan agamanya.

Wallahua'lam

 

Confusion or illusion?

Author: Afiq Kamaruddin



Bismillahirrahmanirrahim
I am still in the process of making up my mind, which one is going to be the chosen one. Battling with time constrains, plus other external factors, I am in the middle of searching for reasons and acceptable answers to construct my stand of choosing the one I want to. Well, indeed life is all about decision-making. I am not sure whether we can choose to be in between. Maybe we can- initially, but in the end, indeed we have to choose. That’s life. In every choice, there will allways be consequences. That’s the fact that we have to admit. Making decision might be easy, but finding satisfaction in the decision we made is the hardest part. Insyaallah, I hope the desicion that is going to be made is based on divine revelations, in what I believe in something which I can't see, but convince that it is true and good for me, not based on my emotion. In times of pain and sorrow, when we feel as if there is no more tomorrow, in HIM we find peace and strength, to get our life back on track again. Insya-Allah. Please pray for my success.
Crests from left :
University of Melbourne, University of Sydney, University of New South Wales

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَشَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُون
َ"But it is possible that ye dislike a thing which is good for you, and that ye love a thing which is bad for you. But God know, and ye know not."
(Al-Baqarah : verse 216)

وَلاَ تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ أُوْلَئِكَ هُمُ الفَاسِقُونَ
"And be ye not like those who forgot God; and He made them forget their own souls! Such are the rebellious transgressors!"
( Al-Hajr : verse 19)
Wallahua'lam

 

Jom berselawat..

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim

Antara salah satu ciri untuk mendapat kemanisan iman ialah dengan mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain. Cara mudah untuk menunjukkan kecintaan kita kepada rasulullah adalah dengan memperbanykakkan selawat. Namun, adakah cara yang mudah ini dipraktikkan dan diamalkan oleh kita? Atau sekadar melepaskan batuk ditangga dan memandang enteng terhadap amalan mulia ini. Ingatlah, di hari akhirat kelak, kita mengharapkan syafaat daripada rasulullah s.a.w untuk membantu kita menuju ke syurga. Adakah kita mengharapkan pertolongan daripada baginda di akhirat nanti andai semasa hidup didunia, kita tidak pernah terlintas untuk mengingati baginda? Menurut alim ulama, syafaat nabi di akhirat kelak ada 5 jenis :

  1. Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
  2. Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
  3. Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
  4. Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
  5. Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

Antara kelebihan berselawat kepada nabi ialah :

1. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w. (dengan izin Allah jua)

Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. "

2. Mendapat keampunan dosa dari Allah.

Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. "

Riwayat Ad-Dailami: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :"Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun. "

3. Diberi pahala dari Allah s.w.t.

Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :"Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya."

4. Mendapat rahmat dari Allah

Riwayat Muslim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali. "

5. Mendapat hajat dunia dan akhirat.

Riwayat Ibnu Majar dari Jarir r.a. ; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunianya. "

6. Digembirakan dengan syurga.

Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan mati sehingga dia digembirakan dengan syurga. "

7. Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti.

Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku"

Banyak sekali ganjaran yang telah dijanjikan hanya dengan berselawat ke atas nabi. Jadi, usah tunggu lagi..marilah kita basahi lidah ini dengan ucapan zikrullah dan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita termasuk ke dalam golongan yang mendapat syafaat daripada baginda di hari akhirat kelak. Jom berselawat...=)

Wallahua'lam

 

Sweet and simple..

Author: Afiq Kamaruddin

Yesterday I couldn't sleep well. The moment I started to close my eyes, I felt as if I've left something behind which is incomplete. After taking ablution for purifying my soul, and reciting some prayers for strengthening my heart, I started to write a riddle, one of my predilictions during my spare time. I tuned my radio on and of course, IKIM.fm is my prefference. Well, here it goes...

To love someone is nothing...
To be loved by someone is something...
To be loved by someone you love is interesting...
To be loved by the Creator of LOVE is EVERYTHING...

The inspiration came after hearing a discussion conducted by Deejay Irwan Johari with Deejay Mazlinda of IKIM.fm in their 'Sampaikan' Segment which was conducted in English. It was quite interesting though. My satisfaction dan 'so called' feeling of sleepiness came hand in hand after completing the riddle. The next thing to do, of course, dreaming of living in an ideal world...Zzzzzzz

 

Do you believe in what you can't see?

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim

I am living in the world of thirst. I can’t resist the pressure anymore after looking at the world nowadays. I am not a politician expert, nor a pious wise guy. I am just an ordinary teenager, who is expecting for extra ordinary things to happen. With a little bit of effort and hope, I am sure that nothing is impossible. With respect to the limitations as a human being, playing ‘God’ is absolutely, totally, and obviously insurmountable. That’s it. The appropriate punctuation to be used here is full stop. Why? Because we will never be God no matter how pious, intelligent, or superior we are. The analogy is simple; can a robot that we created to serve us create us? The answer is NO. In that sense, someone might argue with a ‘so called’ techno-mad argument; are you saying that God created us to serve HIM, like the way we created robots to serve us? The answer is absolutely NO. – To all robo-fans, I am sorry for using robot as my lab rats in my metaphor; I think it is fitted well in it isn’t it?. What makes robot differs from human is the purpose of their creation. One is absolute servant to the creator, while another one is absolute servant to the Creator, along with ruler of the creations to follow the rules of the Creator

Before we move on, let us back to basic my dearest brothers and sisters. The essence of life is to create living. We may live, but we might not have life if we couldn’t figure out the way to create living. I refer living as the disciplines in the way we think, talk, hear, act, and response to the environment according to the divine revelations. In precise, the essence of life can be achieved if we manage to fulfill these two criteria that the God have outlined for us. The simple Arabic words to use are ‘Khalifah’ and ‘Abdullah’. The concept of Khalifah is mainly about the concept of ruling while Abdullah is the concept of Allah’s servant and believers.

Since the world is populated with humans, animals, and plants – those who can be seen by naked eyes, humans have the priority and superiority to rule the world accordingly since they can think in the appropriate ways of prospering the world. The concept of ruling is wide; hence I would like to narrow it down by picking up the global issues that are currently upraising. In Africa, despite of having a political crisis, they are currently lack of supply of iodine which can contribute to a disease. In China, Tibetans went amok and demonstrated a protest to the government for the coming 2008 Beijing Olympic Games after a monk claimed that there had been a serious underlying genocide activity by the army towards the Tibetans. Well, maybe some of us might say that these are just internal crisis in a particular country. So why must we bother? It’s their country, so why do we need to help them? Very well said but not very well think though, how about crisis in Iraq, Pakistan, India, Afghanistan, Thailand, and other poor yet unlucky countries that are in invasion of other superior country which initially claimed they are the savior of the world? Instead they are actually taking advantage on what is happening to that particular country. Hidden propagandas are created, with the help of media which are always on their side, bribed by money and prosperity; it will be absolutely easy for them to penetrate the shield that protects the country’s dignity. How sad, how horrified, if you want to grieve or burst into tears, this is the time.

The point here is why can’t we live together in a peaceful atmosphere? Why the strongest don’t want to help the weakest? Hello- is the concept of status discrimination is still relevant to the ‘so called’ developed and educated nations? Something which always keep popping in my mind will be “What is happening in our world?”. “Where is the function of the UN?”, “Have OIC finished their conference yet? When will they start to act?”, “Why we need to have so many ‘ideologies’ in determining who is going to govern our country?”, Why this, why that…. Just read the daily news and we’ll find that everyday, there must be at least one negative global issue occurs.

Indeed as a teenager, who is craving to live in a world of peace and prosperity, surely I am hoping for all of us to unite without leaving anyone behind. It’s kind of difficult to achieve and might sound too optimistic, but as I mention before, impossible is nothing. We need to start step by step. History has shown us that during the era of Islamic Empire, two third of the world were under the ruling of Islamic Caliph System. Yet all of them live in prosperity, peace and harmony. The social, economical, and political status were indeed superb. To one extent, during the ruling of the Caliph Umar Ibnu Aziz, the percentage of poverty was zero. None of them was eligible to receive zakat. The Baitul Mal system was systematic and efficient. Zero corruption, zero conspiracy, zero bribery, zero crime. Subhanallah.

O Allah, show us the Amir of Ummah to prosper this world with Your divine revelations. Guide us to stay on your right path. Don’t let us betray. Show us the light of truth. Indeed, no calamity strikes except by Allah’s will.

My brothers and sisters, now it is the time for us to think into details on how we regard our life as. Our world’s fate is in our hand. The war between good and evil is going to be continuous until the Hour comes. It is indeed indisputable. We have to equip ourselves no matter how with appropriate armors. The armor of knowledge, the armor of noble deeds, the armor of maturity and responsibility, the armor of wisdom, the armor of purity and sincerity, and the most important thing, is the armor of Faith. Believing in what you don’t see by your bare eyes, but convincing whole heartedly in what you believe do exist and it is true. Let us apply the concept of khalifah in managing our life first so that we have confidence in what we believe. Slowly but surely.

This thought comes from the bottom of my heart. It might be too optimistic though, but I believe in a phrase ‘action speaks louder that words’. If realistic and systematic actions are being taken, provided with steadfast effort and Tawakkal A’lallah, it is possible to turn something that we are optimist of into a reality. By God’s will. Insya-Allah.

Wallahua'lam

Narrated by Jarir bin Abdullah:
Allah’s apostle said:”Allah will not be merciful to those who are not merciful to mankind” (Sahih Bukhari 093: 473)


Narrated by Al-Mughira bin Shu’ba :
The Prophet said: “A group of my followers will remain predominant (victorious) till Allah’s Order (the Hour) comes upon them while they are still predominant (victorious)”.
(Sahih Bukhari 092:414)

 

Musolla Community New Blog

Author: Afiq Kamaruddin


Bismillahirrahmanirrahim

May peace be upon you, dear brothers and sisters.

It has been quite a long time since Huzaifah (ex-Multimedia Bureau for MUSCOM 07/08) proposed the idea of getting a new domain for MUSCOM blog. Since its early establishment, MUSCOM blog was registered under the URL http://kyuemmuscom.blogspot.com/. After years of undergoing modesty yet hectic life as an ordinary student,deluging with barrays of hardship and obstacles in spreading the words of Allah, finally our beloved MUSCOM blogspot has been upgraded drastically by our dedicated ex-Syumuls .

The new domain is http://www.muscom.iluvislam.com/. New appearance, new theme, new background colour, new widgets, yet same undeniable inspired objective. Hopefully with this advancement, it will inspire more users to surf the informative and entertaning blog.It is quite user friendly though for all users. Regardless of your age or gender.

Personally I would like to take this opportunity to express my deepest gratitude to Huzaifah and Alia for their effort in improving what has been improved beforehand. Indeed, it is absolutely a noble deed that we should learn from both of them. Both of you are totally superb! Alhamdulillah..and also not to forget, to all respected IluvIslam crew. Thank you very much for your support in enhancing the medium of 'Tarbeeyah' in this era of thirst-craving for dedicated and all rounded young mujahideen. May HIS blessings and prosperity will always be there with you guys!

For those who might be wondering why ILuvIslam.com is quite prominent to KYUEM, well the answer is simple. The founders once were students of KYUEM. Meaning to say that they are our super seniors. Their continuous effort in retaining the enthusiasm of dakwah is highly appreciated. IluvIslam.com has spread its wings by making contacts with people around the world. The issues upraised have become more global with different perspectives and angles. They have become more mature in the way they think,act, and response. Indeed, life is all about learning.

Well guys, what are you waiting for? Just click on the MUSCOM logo at the right hand side of this blog to explore our MUSCOM new blog, or even you can click on the logo of IluvIslam.com underneath it to discover the beauty of Islam.

Wallahua'lam

 

Teman sejati...

Author: Afiq Kamaruddin

Artikel daripada seorang sahabat saya yang menjadi sumber inspirasi dalam pembentukan ukhuwah yang tulus kerana Allah.Andai ukhuwah kerana Allah, bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah.. Ayat2 yang mudah untuk difahami, namun mempunyai maksud yang mendalam untuk diteladani. Anda ingin mengenali sahabat anda? Bacalah artikel ini dulu ye..=)

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya

Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin kan menyalahkannya.

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa

Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna..
Tiada yang biasa-biasa
Menjadi satu yang sempurna.

Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Yang sama-sama dinaungi Islam
InsyaAllah...

"Kasihilah sesuatu yang kau kasihi dengan seadanya, kerana suatu masa mungkin kau akan membencinya pula..Bencilah sesuatu yang kau musuhi dengan seadanya, kerana suatu masa mungkin engkau akan mencintainya pula.." (hadith riwayat Bukhari)

"Bersederhanalah dalam sebuah persahabatan..sandarkan kepada Allah, nescaya kemanisan persahabatan itu akan kekal selamanya..."

 

Teliti itu PENTING...

Author: Afiq Kamaruddin

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..

mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu. Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat.

Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk..... SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!! =)

 

Pantun Silat Cekak Ustaz Hanafi

Author: Afiq Kamaruddin

Bukanlah niat dihati untuk mengagung-agungkan ilmu persilatan Silat Cekak Ustaz Hanafi kerana ilmu persilatan ini semuanya datang daripada Allah yang Maha Kaya Ilmunya. Hatta andai semua jenis lautan dijadikan tinta, kemudian ditambah dengan tujuh jenis lautan yang lain pun tidak cukup bagi menulis ilmu-ilmu Allah didunia ini. Semua jenis ilmu persilatan Melayu merupakan khazanah bangsa yang harus dipelihara. Perjuangan para pejuang kemerdekaan dahulu yang terdiri daripada kalangan alim ulama' seperti (Tok Kenali, Panglima Hitam, Tok Janggut ,dll )menjadikan silat sebagai senjata mempertahankan agama, bangsa, dan negara daripada kalangan penjajah. Seharusnya kita mempelajari ilmu-ilmu persilatan tersebut agar kita mendapat faedah daripadanya sebagaimana generasi-generasi pejuang agama terdahulu. Sudah tentu, asas kepadanya adalah kalimah Tauhid. Allah adalah penentu takdir, usaha yang kita lakukan hanya asbab kepada tadbir. Semoga pantun ini memberikan kesan kepada para pembaca sekalian.

Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam.
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.

 



AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIR-BUTIR BERIKUT

TARIKH : 8 JUN 2008 (AHAD)

TEMPAT : PUSAT KONVENSYEN, KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS), BANDAR SRI PUTRA, 43000 BANGI, SELANGOR.

KEPADA AHLI SCH DI PERINGKAT IPT/SEK YANG BERMINAT MENYERTAI PERTANDINGAN INI, SILA BERHUBUNG DENGAN PENYELIA DI KELAS MASING-MASING UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

 

Seorang anak kecil umpama sehelai kain putih yang suci bersih. Tiada kesan kotoran, walaupun sepalit debu kotor yang berterbangan. Keindahan corakan kain suci itu ditentukan oleh kehalusan seni indah ayahanda serta bonda yang tercinta. Sudah menjadi fitrah, manusia sukakan keindahan, cintakan kecantikan, mendambakan keamanan, menginginkan kesejahteraan. Usaha menghampiri kesempurnaan merupakan satu usaha yang berterusan dan berpanjangan. Tiada istilah 'cukuplah setakat itu' mahupun 'putus asa' dalam diari kehidupan seorang pejuang islam. Begitulah kita diajar oleh baginda junjungan Rasulullah s.a.w untuk sentiasa memperbaiki diri dan meningkatkan tahap keimanan dari semasa ke semasa. Mempertingkatkan diri dengan amalan rohani dan tarbiyah, mempersiapkan diri dengan kekayaan ilmu, memperkuatkan diri dengan kesuburan iman. Agar diri memperoleh kemenangan tatkala berperang dengan godaan daripada bala tentera syaitan laknatullah serta nafsu duniawi. Alangkah indahnya kehidupan andai kemanisan iman dan amal dapat dikongsi bersama. Alangkah indahnya nikmat iman dan islam andai ketenangan dalam mengamalkan suruhan Allah dapat diperlebarkan syiarnya kepada insan yang paling hampir dengan kita-keluarga.

Seorang Ayah merupakan ketua keluarga. Umpama seorang nakhoda yang mengemudi sebuah bahtera yang sarat dengan harta-harta yang berharga demi menuju ke sebuah destinasi. Destinasi yang diimpi-impikan oleh setiap insan yang beriman sepenuhnya dengan tauhid uluhiyah dan rububiyahNya.
Nafsu amarah sentiasa menguasai diri andai perasaan benci dan dendam mula meracuni fikiran. Sang syaitan melompat-lompat kegembiraan seandainya hati manusia mula dikuasai mereka. Keagungan Allah dilupa, nasihat baginda tidak diambil kira, halal haram dicerca, perhitungan akal tidak berdasarkan agama, kepuasan nafsu itu yang dicari. Tutur nasihat insan disekeliling mula dianggap bisu,telingan sengaja ditulikan, tingkah laku mereka untuk meredakan kemarahan yang dirasai dianggap jelek dan sumbang.

"Akulah yang betul!, Akulah yang berkuasa!, Kau Lemah!,Kau Salah!, Kau Hina!, Aku Mulia!." - sifat egois mula menjadi raja.

Nikmat pertuturan kurniaan Allah mula disalah guna. Keindahan,kesopanan, serta kemuliaan gaya bahasa pertuturan tidak lagi menjadi pilihan utama. Caci maki dan kata kesat dihambur kepada seorang insan kerdil yang tidak berdosa. Dia masih muda, masih khilaf dan masih belajar mengenal erti kehidupan. Kecuaian yang dilakukannya bukan secara sengaja, namun ianya merupakan satu ketentuan dariNya.Malah boleh dimaafkan begitu sahaja tanpa perlu berunding di mahkamah majistret,seksyen mahupun mahkamah Diraja. Mengapa dia perlu diperlakukan dan dizalimi sebegitu? Dihina dan dicerca membuta tuli dihadapan khayalak ramai? Dihantam dan dibedil dengan kata-kata kesat yang menyakitkan hati mereka yang mendengarnya.Sungguh tidak adil, sungguh tidak wajar, sungguh ZALIM seorang 'nakhoda' yang sanggup berbuat demikian.
Sang 'Harimau' tidak pernah peduli dengan perasaan kasihan dan simpati tatkala 'meratah' mangsanya. Dengan rakusnya dia terus melahap mangsanya dengan bengis tanpa rasa belas kasihan. Hati mana yang tidak SAKIT,PEDIH,SEDIH,KECEWA,MARAH dengan tindakannya yang melampaui batas itu. Mahu sahaja ditegur namun tidak punyai kekuatan kerana beza usia denganya amatlah besar jurangnya. Mahu sahaja dibuka langkah silat nuntuk membuat perhitungan namun itu bukanlah kaedah yang terbaik bagi meredakan suasana. Diri hanya mampu beristirghfar dan membenci kejadian itu didalam hati. Itulah selemah-lemah iman.

Si anak kecil yang mengharapkan contoh teladan yang baik daripada dua insan yang melahirkannya hanya mempu terdiam ketika melihat senario itu berlaku betul-betul dihadapan matanya. Sambil memeluk erat ibunya yang berada dihadapan kereta, si wajah suci itu kelihatan sayu dan takut. Tidak disangka, begini sifat sebenar ayahnya apabila berhadapan krisis dihadapan ramai. Tidak mampu mengawal fikiran, tidak mampu mengawal emosi dan perasaan.
Deraian air mata bercucuran dipipinya, diselangi dengan ratapan hiba yang bisa menyayat hati mereka yang melihatnya.Diriku memahami perasaan si anak. Sudah tentu dia berasa kecewa dan tertekan dengan tindakan ayahnya yang tercinta dan sudah tentu menjadi idolanya.Kasihan si anak. Apakah rasa hormat bisa timbul pada ayahnya selepas ini? Atau rasa takut pula yang akan menggantikannya? Si ibu hanya mampu berdiam diri dan tertunduk malu. Kelu lidah tanpa bicara, kaku tubuh tidak bergerak apabila melihat tindakan si 'Suami' yang tidak menentu, hilang punca, hilang pegangan, hilang arah tujuan, hilang keWARASan. Maruah diri tercalar, kehormatan keluarga diperlekehkan, peranan sebagai ketua keluarga mula dipersoalkan. Nun di hujung sana, iblis dan syaitan mula melompat-lompat keriangan. Meraikan kejayaan mereka menyesatkan anak adam,menundukkan anak adam dengan kemahuan mereka. Jarum suntikan berjaya disuntik! Umpan sudah mengena! Bertambah gemuk dan sihat mereka dibuatnya..semuanya berpunca daripada nyalaan api yang asalnya kecil, setelah dikipaskan dan dicurah minyak petrol, akhirnya merebak menjadi besar..itulah nyalaan api nafsu AMARAH. Berwaspadalah dengannya..jangan marah,jangan marah, jangan marah.....Kasihan si anak, kasihan si anak, kasihan si anak..kasihan si ibu, kasihan si ibu, kasihan si ibu...

coretan ini saya nukilkan tatkala melihat satu kejadian yang berlaku di sebuah stesen miyak terkemuka tanah air. Seorang lelaki memarahi dan memaki hamun seorang wanita atas kelewatannya mengalihkan kereta. Insiden yang sepatutnya boleh diselesaikan secara tenang tiba-tiba menjadi tegang lantaran sifat lelaki tersebut yang tidak dapat mengawal kemarahannya. Kejadian ini turut disaksikan oleh berpuluh-puluh pelanggan yang lain serta keluarga lelaki terbabit. Kebanyakkannya mereka yang beragama selain islam. Sedih dan kecewa rasanya. Tidak mampu menahan sebak. Bukanlah niat dihati untuk menghina, namun untuk mengambil pengajaran dari kejadian yang menimpa.Bagaimanalah agaknya persepsi dan pandangan mereka yang memerhatikan kejadian itu? Bagaimana pula persepsi anak perempuannya yang masih kecil itu pada ayahnya?..hanya kepadaNya kita berharap semoga dikurniakan yang terbaik buat mereka..ingatlah,perjuangan dakwah ini perlu diteruskan biarpun badai datang bergelora! kawal nafsu marah, ingat Allah selalu, ingat nikmat kurniaanNya..Jangan sandarkan kemarahan pada nafsu amarah dan syaitan.

" …dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia…" (Al-Baqarah: 83).

"Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna." (Al-Mukminun: 3).

Suatu ketika datang seorang laki-laki kepada Nabi saw lalu ia berkata: "Nasihatilah saya". Nabi bersabda: "Jangan marah." Beliau ulangi berkali-kali. (Hadits Riwayat al-Bukhari).

"Mencaci orang Islam itu fasiq (keluar dari ketaatan) dan membunuhnya adalah kufur." (HR. Bukhari, Muslim, Ahmad, Ibnu Majah, An-Nasai

"Awas, jangan kamu mengikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Sesungguhnya syaitan itu menyuruh kamu berbuat buruk dan keji (zina), dan supaya kamu mengatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu sendiri tiada mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 168-169).

“Yang sebenarnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan dan benci-membenci di antara kamu dalam hal minuman keras dan bermain judi, dan menghalang kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan solat, apakah masih kamu tidak mahu berhenti?” (Surah al-Maidah: 91).

Orang yang hina adalah sentiasa mencela orang lain, manakala orang yang mulia adalah sentiasa mencela dirinya dan memperbaiki kesalahanya.

 

Tahniah adik2!!!

Author: Afiq Kamaruddin

Alhamdulillah, baru-baru ini keputusan SPM, STPM, dan STAM telahpun diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut laporan, terdapatnya peningkatan dalam jumlah pelajar yang lulus dan mendapat A dalam subjek-subjek yang diambil. Secara tidak langsung, peningkatan ini merujuk kepada pertambahan kualiti pelajar itu sendiri yang semakin meningkat maju tatu bahasa mudahnya semakin 'pandai' saban tahun. Seorang pelajar dari SMKA Yan telah mencipta sejarah yang tersendiri dengan memperoleh 20A1 dan 1A2 dalam SPM. Sekaligus memadamkan rekod 17A1 yang dipegang sejak sekian lama oleh adik Amalina kita. Saya melihat ini sebagai satu anjakan positif yang ditunjukkan oleh generasi-generasi muda zaman sekarang. Secara amnya, keputusan peperiksaan dijadikan kayu pengukur atau tanda aras kejayaan seseorang individu. Namun, jangan kita lupa bahawa kejayaan seseorang juga diukur berdasarkan sejauh mana kita mengamalkan ilmu yang dimiliki. Sekaligus membawa kepada pembentukan jati diri serta sahsiah yang tinggi kerana ilmu adalah cahaya yang menerangi kegelapan. Tanpa ilmu, hidup kita akan sentiasa gelap. Sukar untuk membuat pilihan yang terbaik.

Bukankah Imam Ghazali Hujjatul Islam pernah berpesan :
"Barang siapa yang tidak menjaga dirinya, maka tidak bergunalah ilmunya......"

Dirinya merujuk kepada diri individu itu sendiri. Adakah setelah berilmu kita makin dekat dengan Allah atau sebaliknya? Andai kata sebaliknya yang berlaku maka sesungguhnya ilmu yang dimiliki adalah sia2 dan kurang berguna sebagaimana yang telah dikatakan oleh Imam Ghazali. Menyebut tentang ilmu, kita harus yakin bahawa semua ilmu yang ada datangnya daripada Allah. Lantaran itu kita harus bersyukur andai dikurniakan sesuatu ilmu dan jangan sekali berasa bongkak atau ujub dengan ilmu yang diberikan. Berdoalah moga-moga ilmu kita diberkati dan tidak menjadi suatu Istidraj yang diturunkan oleh Allah.

"Dan seandainya pohon-pohon dibumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, lalu ditambahkan kepadanya tujuh lautan lagi setelah keringnya, nescaya tidak akan habis-habis dituliskan kalimah-kalimah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." Surah Luqman : 27

Mengapa pentingnya ilmu yang bermanfaat? kerana ianya bakal menjadi bekal kita di alam barzakh kelak. Alam dimana kita tidak punya siapa untuk bergantung harap melainkan 3 perkara yakni sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, serta doa daripada anak2 yang soleh. Dikala itu, harta benda, kaum kerabat, darjat, serta gelaran sudah tidak dipedulikan lagi kerana ianya tidak mampu untuk membantu kita menjawab pertanyaan Munkar dan Nakir yang menggerunkan.

Ayuh rakan-rakanku, mari bersama kita bulatkan tekad dan tetapkan niat menuntut ilmu semata2 ingin mendapatkan keredhaan Allah. Semoga ilmu yang diperoleh mendapat barakah dan berguna pada masa hadapan. Bila memikirkan realiti umat di zaman sekarang, sudah tentu cabaran dalam perjuangan menyebarkan syiar islam pada masa hadapan akan menjadi lebih sukar. Justeru, persiapkanlah diri dengan ilmu dan amal agar kedaulatan Islam terus dipelihara. Insyaallah!

Tahniah diucapkan kepada calon2 SPM,STAM,dan STPM yang telah berjaya mendapat keputusan yang baik yang dihajatkan. Sesungguhnya keputusan yang anda terima adalah yang terbaik buat anda. Semoga keputusan ini menjadi pemangkin untuk diri anda terus berjaya pada masa hadapan. Ingatlah, perjuangan itu memang pahit kerana syurga itu manis. Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar, bukan jua sedikit jerih yang ditagih..

"Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib baik, terdamparlah ia di tepian, jika nasibnya malang, maka hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan karam"

 

Indahnya Ciptaan Allah..

Author: Afiq Kamaruddin

Kelmarin aku dan sekeluarga pergi makan2 angin di Pelabuhan klang. Alhamdulillah, perjalanan dari rumahku hanya mengambil masa sekitar 45 minit sahaja. Kami makan malam disebuah restoran terapung. Penduduk Klang lebih mengenalinya dengan nama restoran Muara. Sempat juga aku mengambil gambar pemandangan2 indah suasana matahari terbenam di jeti yang berdekatan. Cuma yang sedihnya, ramai anak muda a.k.a couple2 yang berpeleseran di sepanjang pantai.Hampir semuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam..ya Allah, semoga cahaya hidayah dilimpahkan kepada seluruh penduduk Malaysia khususnya negeri selangor. Au mengharapkan agar kerajaan baru yang dibentuk dapat memberi sinar baru khususnya dalam pembentukan modal insan yang berkualiti. Cemerlang, Gemilang, Terbilang, dan tidak Temberang.. Kami solat maghrib berjemaah disurau yang berdekatan..Suasana yang tenang, damai, ditambah dengan kicauan burung camar pulang ke sarang menyerikan lagi suasana. Semuanya beredar mengikut sunnatullah yang ditetapkan.Subhanallah, alangkah indahnya ciptaan dan kebesaran Allah.



"..Tidakkah engkau memperhatikan bahawa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan nikmat Allah, agar diperlihatkan-Nya kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kebesaranNya. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran-Nya bagi setiap orang yang sangat sabar dan banyak bersyukur.." Surah Luqman : 31


"..Dan katakanlah (Muhammad), segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan." Surah An-Naml : 93




Sekitar pemandangan di Jeti Pelabuhan Klang pada waktu senja. Keindahan matahari terbenam dan gelagat penjaja jalanan begitu menarik minatku. Subhanallah!

 

Formula menuju bahagia...

Author: Afiq Kamaruddin

Menyedari hakikat keadaan yang kerap turun naik sejak kebelakangan ini,khususnya selepas tarikh 8 mac yang lalu, terdetik dihati untuk cuba me'neutral'kan kembali keadaan. Kejatuhan mendadak bursa saham nasional sejak hari isnin yang lalu kini bertambah baik. Kekalutan perlantikan MB dibeberapa buah negeri kini menemui penyelesaiannya. Sungguh, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Terdetik dihati ingin berkongsi formula. Namun formula yang ingin dikongsikan bersama ini bukanlah formula-formula 'kinematics' mahupun 'dynamics'.Ianya adalah Formula menuju bahagia.Menyebut soal Bahagia, sudah tentu kita inginkan kebahagiaan bukan? Perasaan gembira, tenang, redha, dan mensyukuri nikmat yang Allah berikan tanpa sebarang rasa gelisah mahupun sedih. Hakikat kebahagiaan itu bila kita susah kita tidak gelisah, bila kita miskin harta kita syukur pada Tuhan, bila kita sakit kita tidak rasa resah dan sentiasa redha pada ujianNya, mengharapkan balasan yang baik dari Nya. Formula ini diperolehi semasa sedang membaca sebuah buku karya Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni yang bertajuk "La Tahzan" - "Jangan Bersedih" - "Don't Be Sad". Buku motivasi yang menghuraikan persoalan dan kaedah mengatasi perasaan sedih, kecewa, marah, berduka, resah, gelisah, tidak keruan, tidak tentu arah, keliru, serta semua adjektif yang seangkatan dengannya. Ada 30 formula kesemuanya. Untuk entri ini, aku memilih 10 daripadanya terlebih dahulu dahulu:
  1. Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian, dan insafilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.
  2. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan difikirkan sehingga ia datang dengan sendirinya.
  3. Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah hidup yang baik dan bahagia.
  4. Jangan menunggu terima kasih daripada orang lain.
  5. Befikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.
  6. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati
  7. Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan.
  8. Jangan marah, jangan marah, jangan marah
  9. Pada orang-orang beriman yang ditimpa musibah itu ada teladan
  10. Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum, maka DIA akan memberi ujian kepada mereka.
Semoga formula-formula yang diberikan dapat memberi pengajaran kepada kita. Mungkin ada setengah formula yang kita sudahpun tahu hakikatnya. Persoalannya, adakah kita amalkan? Tidak salah rasanya untuk mengulangi apa yang kita tahu kerana dengan mengulangi, kita mudah mengingati dan memahami. Manusia itukan pelupa sifatnya. Kalau tak dapat amalkan semua pun, amalkanlah yang mana yang kita terdaya. Yang penting istiqamah. Insyaallah, seandainya kita istiqamah, Allah pasti akan membuka jalan dan memudahkan urusan kita dalam beramal. Semoga berbahagia hendaknya.

"..dan dilangit pula terdapat(sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan) dijanjikan kepada kamu.." Surah Az-Zariyat : 22


"..sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik.." Surah An-Nahl : 97


"..tidak ada kesusahan yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah ; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang berlaku dengan tenang dan sabar).." Surah At-Taghabun : 1

"Perbuatan yang baik itu bagai wangian yang bukan sahaja menggembirakan pemakainya, tetapi orang-orang yang berada disekelilingnya juga."




 

Effisyenkah hariku???

Author: Afiq Kamaruddin

Sedar tak sedar, dah masuk hari keenam aku berada dirumah bersempena dengan cuti easter. Apabila dihitung, baki cuti yang tinggal hanyalah 18 hari sahaja. Bermakna aku telah menghabiskan satu per empat daripada cutiku setakat ini. Sungguh pantas masa berlalu. Tidak sedar rasanya. Mungkin kerana berlakunya 'event' yang terbesar dalam negara yang menyaksikan aku terlalu ghairah menghadapinya sehingga tidak sedar masa itu emas. Pernahkah kita terlintas, terdetik, mahupun terucap perkataan 'popular' ini :

" Tak cukup masa la, sebab tu tak dapat buat kerja tu.."
" Nampaknya masa mencemburui saya, maaflah ye..saya tak dapat nak teruskan dengan rancangan kita.."

Dan pelbagai lagi dialog2 yang hampir sama dengan situasi diatas..kasihan masa, dipersalahkan pula oleh manusia..=)

Cuba kita renung-renungkan. Manusia diberi masa 24 jam oleh Allah. Allah itu Maha mengetahui fitrah hamba2Nya kerana DIA yang menciptakan kita. Maka sudah tentu, masa 24 jam yang diberikan itu sudah cukup untuk kita. Tak lebih, dan tak kurang. 12 jam siang, 12 jam malam.Memetik kata2 Huzaifah a.k.a Jpah Syumul semasa tazkirah subuhnya :

"Manusia selalu mengatakan masa tidak cukup. Hatta jika manusia diberi masa 28 jam pun dalam sehari, mereka tetap akan mengatakan tidak cukup.."

Memang benar apa yang diperkatakan oleh Huzaifah itu. Aku mengaku, aku sendiri pun pernah berfikir masa itu tidak cukup.Hilang effisyen dalam kehidupan seharian. Jadi, apa yang perlu kita lakukan supaya kita lebih effisyen? Sudah tentu pengurusan masa yang baik dan sistematik. Imam Syafie misalnya membahagikan satu pertiga masanya untuk belajar, beribadah, dan beristirehat. Maknanya, 8 jam bagi setiap aktiviti. Adakah kita sebagai pelajar memperuntukkan 8 jam sehari untuk belajar? ataupun kurang daripada 8 jam? Seandainya dikolej, mungkin kita boleh buat kerana 'persekitaran belajar' mengawal kita. Tetapi sekiranya kita berada dirumah? Ditambah pula dengan 'tarikan2 keseronokan'..al-maklumlah, baru dapat lesen kereta, komputer canggih dengan kemudahan internet berkelajuan 100Mbps, konsol permainan yang baru dibeli kononnya menggunakan duit 'sendiri'(walhal duit scholar), sistem audio dan dvd berkualiti tinggi yang tiada tandingan, dilengkapi dengan filem2 menarik yang baru keluar dipawagam, keriangan kawan2 yang sering mengajak anda keluar bersiar2 (walaupun pergi ke tempat yang sama berkali2), kemudahan Astro yang mempunyai pelbagai siaran (walaupun tak semua channel ilmiah kita lihat), perasmian pusat-pusat membeli belah di kawasan sekitar anda yang pastinya menarik minat perngungjung setia untuk 'window shopping', serta macam2 lagi..bak kata iklan Astro, "macam-macam ada".Adakah mampu untuk kita 'retain' 8 jam sehari untuk belajar dengan kondisi begini? Wallahua'lam..fikir2kanlah ye. =)

Adakah kita mengharapkan pengurusan masa yang baik andai pukul 11 pagi baru nak tarik selimut? atau bersarapan pada saat orang lain sedang menikmati makan tengahari? atau bertangguh dalam melakukan kerja2 yang penting sedangkan pada masa itu kita mempunyai masa yang terluang. Bila tiba deadline 2 dia! Baru kelam kabut beserta kalut nak buat...tiba2 pula jadi 'rajin' tanpa dipaksa.Sampai terlupa nak makan,tidur,mandi dan sebagainya. Yang penting..kerja kena siap! Walaupun kualiti belum tentu mantap! Pernahkah kita dengar pepatah ini :

"Bertangguh itu pencuri masa"
"Masa itu ibarat pedang, sekiranya kamu tidak menggunakannya dengan baik ia akan memotongmu"

Ya, sudah tentu kita pernah dengar bukan? Namun setakat mana kefahaman kita dalam memahami pepatah tersebut. Adakah setakat mencurah air ke daun keladi? Atau benar2 kita memahami dan melaksanakannya dalam kehidupan seharian? Rakan2 sekalian, manusia itu tidak pernah sempurna sifatnya..itulah hikmah kejadian manusia, supaya kita dapat mempelajari sesuatu berdasarkan kesilapan yang lalu. Sebab itu pentingnya kita saling menasihati antara satu sama lain.

'Pengalaman lalu mengajar kita erti kehidupan. tetapi seandainya kita terjatuh ke dalam lubang yang sama buat kali kedua, itu tandanya kita tidak belajar daripada pengalaman..'

Uruskanlah masa dengan baik. Laksanankan yang mana prioriti terlebih dahulu. Jangan sesekali bertangguh dalam membuat pekerjaan yang menjadi keutamaan. Banyak-banyakkanlah beristirghfar dan mengingati Allah agar hati menjadi tenang dan tetap pendirian. Syaitan pasti akan menggoda kita supaya tidak menghargai masa dengan baik. Andai terdetik dihati untuk 'bertangguh', ambilah wudhuk, bacalah al-quran, berzikirlah semoga hati menjadi tenang. Bagi para pelajar, gunakanlah masa untuk belajar kerana itu matlamat kita yang jelas. Jangan sia-siakan harapan ibu bapa, harapan negara, dan harapan agama pada kita. Hargailah pengorbanan mereka yang sanggup berkorban membiayai kos pengajian kita. Kawal keinginan, kawal hati dan perasaan. Mudah-mudahan masa kita diberkati Allah.Ingatlah, biar bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Insyaallah, semoga kita termasuk dalam golongan yang berjaya dan tidak menyesal dihari kemudian.

"..Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia, nescaya kami akan mengerjakan kebaikan. Sungguh kami adalah orang2 yang yakin.." surah as-sajdah : 12

"..Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran.." surah al-asr :1-3

"Dan ingatkanlah kerana peringatan itu memberi manfa'at bagi orang mukmin".

Justeru, mari kita sama2 berkempen..say NO to Procastination! =)



" If I could stop time in my hand, but I don't have time.."