Blog afiq sudah berpindah?
Author: Afiq Kamaruddin
Bismillahirrahmanirrahim
Atas sebab2 yg tertentu, Mulai dari saat ini, blog ini tidak lagi aktif seperti dahulu kerana saya telah pun berpindah ke domain yang baru. Sila layari http://www.afiqkamaruddin.wordpress.com
Semoga blog yang baru ini dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung sekalia. wallahua'lam.
Tika itu...
Author: Afiq Kamaruddin
"Aku tau kau cuak kan pegang jawatan dlm muscom? Rileks la, ko tak pernah keseorangan dlm berjuang, perjuangan ko sentiasa berteman, ko bergerak dlm satu barisan, satu saff yang padu. Ko ada kawan2, ko ada ustaz n ustazah, ko ada kitorang (s.senior), dan yg paling penting, ko ada Allah..."
Mantan presiden muscom 06/07, abang Thaha Al-Leedesy pula pernah beseloroh kepadaku pada malam Annual Dinner, malam terakhir kami bersama sebelum cuti. Celoteh yang kurasakan mempunyai maksud yang amat mendalam :
"Lepas aku ltak jawatan muscom ari 2, baru ak sedar btapa manisnya ukhuwah kat sini..sampai kdang2 terbwak2 dlam mimpi..kalau boleh, ak nak aje kenangan manis tu berulang kembali. Tapi apakan daya, peluang hanya sekali...ingat, pegang muscom kuat2. Ikat ukhuwah seerat2nya..ukhuwah menghadirkan kemanisan dalam beribadah."
Mungkin apa yang dirasakan oleh Thaha itu, merupakan apa yang pernah, bahkan sedang saya alami sekarang. Perasaan sayang dan kasih kepada teman2 seperjuangan. Rakan2 yang sentiasa menghiburkan dan memberikan diri ini kekuatan. Namun bukanlah bersebab kepada muscom sahaja semata2, tetapi apa perasaan yang saya turut rasakan kepada semua rakan saya di KYUEM. Muscom hanyalah wasilah/wadah untuk saya mula merasai, dan mula menyedari kemanisan itu. Natijahnya tersebar keseluruhnya..
Apabila saya muhasabah kembali diri ini, banyak persahabatan yang saya jalinkan dengan rakan-rakan sewaktu sekolah dahulu bersebabkan sesuatu yang tidak kekal dan tidak pasti. Kerana dia pandai melawak, kerana dia pandai bermain bola, kerana dia pandai bercerita, kerana dia bijak, kerana dia famous, dan sebagainya. Apabila sifat2 itu telah tiada,atau lupus dari pandangan, maka hilanglah nikmat persahabatan itu tatkala berpisah..saya rasakan tidak lagi seintim dahulu. Mungkin kerana tiada modal untuk dibicarakan. Sehingga terlupa bahawa nikmat sebenar persahabatan itu hanyalah semata2 kerana Allah. Saling mengajak kepada kebaikan, dan mencegah kepada kemungkaran.Mungkin itulah sebabnya, ramai kenalan saya dahulu yang sudahpun lost contact. Yang masih berhubung sekarang hanya sikit sahaja. Ya Allah, semoga satu hari nanti kami dipertemukan kembali di bawah lembayung rahmatMu..dan semoga ukhuwah yang terjalin sesama rakan2 di KYUEM akan berkekalan. Ukhuwah fillah Abadan abada..
Perkenalan dengan saudara Adli, mantan presiden muscom 98/99 (first batch) serta saudara Hazman Hadi, mantan presiden muscom 04/05 menguatkan lagi semangat dan iltizam diri dalam perjuangan dakwah yang tiada berkesudahan.
Muscomers 05/06
Muscomers 06/07
Muscomers 07/08
"Tiada nikmat terbesar yang dimiliki oleh orang mukmin selain nikmat iman dan islam melainkan sahabatnya yang soleh. Apabila kamu merasai kewujudan kasih sayang yang ada padanya, maka genggamlah ia dengan sekuat-kuatnya " -Saidina Umar-
"Sesunggunya Allah mencintai orang-orang yang berjuang dijalan-Nya dalam satu barisan yang teratur. Mereka seakan-akan seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh".
As-Saff : 4
Doa untuk sahabat...
Author: Afiq Kamaruddin
Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan pancaran nur iman.
Tetapkanlah hatinya pada jalan maghfirahMu,
perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya daripada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat
Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati
izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada Mu
jika dia rindu,rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
jika dia menikmati cinta kekasihMu
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu
Ya Rabbul Izzati
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas
sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu
Ya Allah
kurniakanlah sahabatku kesenangan,
ketenangan,
kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat kelak..
matlamat...
Author: Afiq Kamaruddin
"Yea, sponsor aku dah naik elaun! Kayalah aku nanti...paling tinggi plak 2 antara smua " ujar si A bangga.
" Sponsor aku bagi kerja kat oversea, tak macam korang..kene kerja kat malaysia aje..ape kelas", kata si B sambil tersenyum simpul.
"Aku pergi oversea nanti nak kumpul duit, beli kereta, melancong kat Paris, bla..bla...bla..", betah si C sambil menekan-nekan kalkulator.
Belajar berorientasikan duit?
Tidak salah untuk bergembira atas berita baik yang diterima. Namun perlulah dijaga niat dan perilaku. Lebih-lebih lagi niat utama kita belajar. Antara sedar atau tidak, suasana 'ingin sentiasa senang' dan 'mudah' dek kerana terlalu dimanjakan pihak penaja dan selalu 'demand' seolah-olah telah menjadikan kita kurang menghargai ilmu. Matlamat kini lebih tertumpu kepada materialistik berbanding Rabbani. Lihatlah para ulama dahulu sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata kerana dahagakan ilmu. Mereka lebih biasa hidup dalam kemiskinan, penderitaan, dan kesulitan hidup yang menghimpit. Namun mereka melaluinya dengan penuh kesabaran. Dalam penderitaan yang menghimpit itulah mereka mengais ilmu dan hikmah. Dalam kesulitan hidup itulah mereka menulis karya-karya yang besar dan bemanfaat kepada sekalian alam.
Imam Bukhari misalnya, sehingga terpaksa menjual semua barang keperluannya semata-mata kerana ilmu. Sehingga pakaiannya pun terpaksa dijual. Mujurlah Imam Al-Asyqar tampil untuk membantu beliau dengan memberikan sumbangan beberapa dirham untuk membeli pakaian. Lalu Imam Bukhari meneruskan penulisan hadith beliau dan menjadi salah seorang perawi hadith yang tersohor.
Imam Abu Hatim misalnya, dek kerana kemiskinan beliau tidak mampu untuk membeli sumbu pelita. Beliau sanggup belajar dengan bertemankan lampu-lampu jalan dimalam yang sejuk dan gelap. Imam Abu Hanifah setelah dibebaskan daripada penjara, menolak ganjaran 100 000 dirham yang diberikan khalifah sebaliknya menginfaqkan seluruhnya kepada golongan-golongan miskin. Bagi mereka, dalam menuntut ilmu, keredhaan Allah itu lebih berharga daripada seluruh isi dunia. Ilmu yang bermanfaat, bakal menjadi pelindung diri di alam barzakh.
Bukankah itu semua adalah sejarah yang benar2 nyata. Bukannya cerita fiksyen yang mengada-ngada. Lihatlah sejarah ulama-ulama besar yang lalu,jika hendak dibandingkan dengan dunia kita sekarang yang serba canggih dari segi kemudahan dan prasarana, kita sangat beruntung. Seharusnya nikmat keuntungan itu dijadikan pemangkin untuk kita lebih mencintai dan menghargai ilmu. Seandainya dengan nikmat biasiswa yang diberikan sekarang pun kita masih mengeluh, maka amat jauhlah perbezaan kita dalam menghargai ilmu jika hendak dibandingkan dengan para ulama terdahulu.
Semakin banyak nikmat yang kita terima, semakin banyak tanggungjawab yang kita galas, dan semakin banyak amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Kepada para pelajar yang menerima bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran samada diperingkat apa sekalipun, ingatlah bahawa kita sebenarnya memikul tanggungjawab yang sangat berat dan besar. Duit tajaan itu bukan milik kita sepenuhnya, tetapi milik rakyat yang turut mengharapkan sesuatu yang bermanfaat daripada kita. Syukurilah nikmat itu dengan sebaiknya. Belajar rajin-rajin,bersungguh2, dan jadilah insan yang berbaktui. Jangan bersikap takbur, bongkak, dan sombong atas nikmat pemberian tuhan. Seharusnya kita perlu lebih takut dan lebih dekat kepadaNya. Bukannya makin menjauhinya. Adakah cinta kita kepadaNya bermusim seperti buah yang menunggu musim untuk masak? Ketika musim susah, baru nak ingat Allah..ketika musim senang dan dikurniakan nikmat kemudahan, tak pernah ingat Allah..yang haram dikatakan halal, yang buruk dikatakan baik. Berlagak seolah-olah dunia ini dia yang punya.
Jangan terlalu bangga dengan apa yang kita miliki sehingga membawa kepada sifat ingin menunjuk-nunjuk dan menjatuhkan martabat orang lain.Harta kita semuanya pinjaman. Satu masa kan kembali juga. Apakah relevannya membanggakan diri dikhayalak ranai? Inginkan diri dipuja dan dipuji? Disanjung hingga melangit tinggi? Ikutlah resmi padi, makin tunduk makin berisi, makin rendah diri dan berbakti, peliharalah harga diri.
Ya, kita perlu takut dan harap. Takut seandainya kita menzalimi nikmat yang diberikan, takut seandainya Allah menarik kembali nikmat yang diberikan, takut sandainya kita gagal menjawab pertanyaan Allah di hari akhirat kelak. Harap agar Allah berikan panduan untuk kita gunakan nikmat itu sebaiknya. Harap agar kita jauh dari sifat riya'dan takabbur. Ingatlah, bukan apa yang kita rancang itu akan berjaya. Allah penentu segalanya. Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Sekiranya kita bersyukur, maka Allah akan melipat gandakan nikmat pemberianNya..tetapi seandainya kita kufur, maka sesungguhnya azab Allah itu amat pedih..Renung-renungkanlah...
"Dan apabila mereka digulung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Alah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya. Tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebahagian daripada mereka tetap menempuh jalan yang lurus. Adapun yang mengingkari ayat-ayat kami adalah PENGKHIANAT yang tidak berterima kasih.." Surah Luqman : 32
Wallahua'lam
Untitled
Author: Afiq KamaruddinUsrah oh usrah..
Author: Afiq Kamaruddin
Usrah pada hari ini bertajuk ''life as a Muslim student''. Kumpulan usrahku diketuai oleh 2 orang naqib junior : Aidid serta Izuan, manakala Ariff sc bertindak sebagai back up. Seperti biasa, sebelum masuk ke tajuk utama, kami bertadarrus al-quran. Surah pilihan pada kali ini adalah surah Al-buruj. Setelah selesai bertadarrus, kami mentadabbur sebahagian daripada ayat surah Al-Buruj. Vice presiden muscom, Aidid menjelaskan tentang kisah ashabul ukhdud yang tersirat dalam surah ini. Ashabul Ukhdud merupakan kisah dimana seorang budak a.k.a ghulam sanggup berkorban nyawa semata-mata ingin mempertahankan akidahnya. Kisah ini diceritakan dengan jelas dalam kitab Riyadus-Salihin (Taman Orang-Orang Soleh) karya Imam Nawawi.
Niat
Seterusnya, aidid mengutarakan persoalan kepada ahli usrah. Persoalan yang berbunyi :
Menuntut ilmu adalah difardhukan ke atas setiap muslimin. Ilmu itu cahaya. Tempat turun cahaya adalah hati. Seandainya hati gelap, maka sukar untuk cahaya menembusinya. Begitulah juga halnya dengan ilmu. Justeru, kita perlu sentiasa membersihkan hati (tazkiyatun Nafs) agar ilmu mudah menyerap masuk ke dalam hati. Seandainya kita mengalami kesukaran dalam mengingati, atau memahami sesuatu ilmu yang disampaikan, maka selidik kembali hati kita. Adakah bersih dengan cahaya keimanan? Atau terpalit dosa-dosa yang melalaikan.
Akal dan Nafsu
Izuan memulakan bicara dengan provokasi, mengapa ramai orang masih menghisap rokok sedangkan pada logik akalnya rokok itu haram? Jawapannya kerana mereka meletakkan nafsu melebihi akal. Sebab itu hilangnya pertimbangan. Begitu juga dengan isu buka aurat. Saya yakin, ramai di antara kita yang mendapat pangkat A dalam peperiksaan SPM bagi subjek Agama Islam. Kita tahu aurat itu haram dipertontonkan kepada mereka yang tidak berhak melihatnya, tetapi mengapa kita masih degil melakukannya? Jawapannya kerana kita menilai berdasarkan nafsu, bukannya akal. Nafsu suka kepada kemungkaran, sedangkan akal membolehkan kita membeza antara benar dan salah. Kemudiannya Pali Mahad mencelah dengan mengungkap sepotong peribahasa arab :
Sebagai seorang pelajar muslim, sudah tentu kita mempunyai kualiti yang lebih tinggi dan lebih baik daripada orang lain kerana kita adalah ummat terbaik. Rasulullah s.a.w merupakan contoh terbaik. baginda di utuskan untuk menyempurnakan akhlak. maka sewajarnya peribadi mulia baginda menjadi ikutan. Seandainya pelajar muslim sendiri yang lewat ke kelas, tidak hormat kepada guru, tidak beradab, membuka aurat tanpa segan silu, melakukan perkara maksiat tanpa mengira masa, kufur nikmat pemberian tuhan, maka di manakah identiti kita sebagai seorang pelajar muslim. Islam bukan hanya pada nama. Jangan jadikannya sebagai barang kosmetik, digunakan semata2 untuk mengaburi sesuatu yang comot. Masuklah ke dalam islam secara menyeluruh. Dan jangan campur adukkan kebenaran dan kebatilan.
Usrah akhirnya tetap berjalan dengan lancar sungguhpun nisbah senior yang datang lebih ramai daripada junior. Best juga tajuk usrah pada malam ini. Sedikit sebanyak memberikan suntikan inspirasi menjelang tibanya exam nanti. Berkat itu amat penting. Nasihat saya kepada diri sendiri dan rakan2, sentiasalah memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, guru-guru, serta rakan2. Mohon dihalalkan makan dan minum, serta apa2 sahaja yang diberikan. Seandainya ada berhutang, cepat-cepat kita lunaskan. Mohon agar mereka memberkati setiap ilmu dan pengorbanan yang telahpun dicurahkan kepada kita. Seorang mukmin yang sejati, sentiasa mendoakan kesejahteraan saudaranya yang lain. Mereka saling maaf memaafkan, dan saling kasih berkasihan. Kepada rakan2 yang disayangi, ampun dan maaf atas segala kekhilafan diri. Semoga sukses dalam exam final A-level nanti...hanya untaian doa sentiasa mengiringi perjuangan kita bersama..Insyaallah.
Khairul ilmi ma kaanatil khasyyah ma'ahu
Ilmu yang paling baik adalah ilmu yang disertai dengan rasa takut, dan kagum dengan keagungan Allah - Imam Ibnu athaillah
Al i''lmu fil qulub, laisa fil kutub
Ilmu itu letaknya dihati, bukannya di atas buku - pepatah arab
"Kamu(umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencageh kemungkaran. Kamu juga beriman kepada Allah. Seandainya Ahli Kitab beriman, itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan daripada mereka adalah golongan yang fasik" Al-Imran : 110
Wallahua'lam
Seindah saujana maya
Author: Afiq Kamaruddin
Aduhai Adaptor...
Author: Afiq Kamaruddin
Bismillahirrahmanirrahim
Hari Sabtu semalam, setibanya di kolej dari rumah tepat jam 1.00 petang, seperti biasa rutinku. mengemas bilik. Cadar dipasang, lantai disapu, almari dikemas. Semasa hendak menyambungkan komputer ribaku ke power supply, baruku sedar rupa2nya adaptor a.k.a external power supply tertinggal di rumah. Habislah, tidak dapat nak gunakan laptop untuk jangka masa yang lama. Komputer chalate? Asyik hang sahaja..signal pula fluctuate. Nampak gayanya selepas ini, mungkin saya bakal menghadapi kesukaran dalam mengupdate blog ini.
Hurm, susah juga ya hidup tanpa laptop sebab banyak file2 penting samada akademik, hiburan mendidik jiwa, serta lain2 tersimpan disitu. Pasti ada hikmah yang terselindung disebaliknya bukan. Ya, saya yakin, pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah mentakdirkan saya terlupa untuk membawanya agar saya lebih fokus pada exam akan datang. Kalau ada laptop, mungkin saya akan lalai...exam akan datang, 12 paper yang saya ambil termasuk resit. Jadi tak boleh pandang sambil lewa sahaja.
Maaf kepada pengunjung blog ini andai saya tidak dapat mengupdate seperti lazimnya. Insyaallah, semoga dikurniakan kemudahan satu hari nanti.
Wallahua'lam
Rumusan Tazkirah Mr.K
Author: Afiq Kamaruddin
Bismillahirrahmanirrahim.
Antara isi utama yang dibawa oleh Mr.K adalah tentang konsep zikir. Dengan erti kata lain, sentiasa mengingati Allah dan mensyukuri nikmat kurniaan Allah. Semua hidupan di muka bumi, haiwan, tumbuhan, lautan, gunung ganang serta pelbagai lagi sentiasa berzikir memuji kebesaranNya. Siulan burung yang indah, hamparan ombak memecah pantai, kelembutan bayu, pergerakan matahari, bumi dan bulan, semuanya mengikut aturan sunnatullah yang ditetapkan. Tidak pernah sekalipun mengingkari arahanNya. Itu bagi hidupan yang tidak dikurniakan akal, bagi kita yang dikurniakan akal, sudah tentulah rasa syukur itu perlu berlipat kali ganda, lebih2 lagi bagi mereka yang dikurniakan nikmat iman dan islam. Seandainya haiwan dan tumbuhan pun sentiasa mengingati Allah, apatah lagi bagi manusia yang beraqal? Bagaimana untuk menzahirkan rasa syukur itu? Dengan mengikuti segala perintahNya, dan tinggalkan segala larangannya dalam setiap amal perbuatanmu. Bukan sekadar berwirid, bertahmid atau bertasbih sahaja.
Kemudian, Mr.K meminta para jemaah muslimat untuk memberi perhatian kepada isu yang ingin disampaikan seterusnya. Kenapa? Kerana isu yang seterusnya adalah berkaitan dengan Akhlak. Menurut Mr.K, wanita dikurniakan kehormatan yang tinggi kerana naluri keibuan dan kewanitaan yang Allah turunkan pada mereka. Dari segi aurat, batas-batas pergaulan, perkara2 yang berkaitan dengan hukum fikah, munakahat, mua'mallat dan sebagainya. Wanitalah antara golongan yang mudah untuk masuk syurga. Wanita solehah adalah penghulu bidadari syurga. Ketika melahirkan anak, seorang ibu sebenarnya sedang mempertaruhkan nyawanya, samada untuk terus hidup, atau terkorban sebagai seorang syahidah. Seorang wanita solehah harus menjaga perhiasan peribadinya kerana wanita merupakan hiasan duniawi.
Wanita juga merupakan golongan yang mudah untuk masuk neraka. Semasa peristiwa israk mikraj, nabi pernah melihat golongan wanita yang diseksa kerana membuka auratnya, membuka aib saudaranya, mengumpat dan mencela. Fitnah terbesar dunia diakhir zaman nanti adalah wanita. Bukankah nabi pernah bersabda, syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Justeru, peliharalah kehormatanmu. Kerana imam ghazali pernah berkata, bahawa wanita itu dikurniakan 1 akal dan 9 emosi, manakala lelaki pula dikurniakan 9 akal dan 1 emosi. Justeru tindakan wanita lebih merujuk kepada emosi. Jangan letakkan emosi di depan akal dalam membuat keputusan, kelak apa yang dibuat terlalu mengikut perasaan ketika itu tanpa memikir mana baik dan buruk.
Kemudian, Mr.K menegur tentang sikap sesetengah jemaah khususnya jemaah di surau as-saad (muslimin dan muslimat) yang tidak tahu untuk menghormati rumah Allah. Antara sikap yang ditegur adalah berbuat bising dalam surau sehingga menganggu para jemaah yang sedang beribadah. Menurut Mr.K, di surau adalah tempat untuk mencari ketenangan. Seandainya kita membuat sesuatu yang menyebabkan ketenangan itu terganggu, maka seolah-olah kita telah menzalimi instiusi surau/masjid itu sendiri. Menzalimi tuan punya rumah, yakni Allah. Perlunya kita menjaga ketenangan dan kedamaian surau sehinggakan seandainya seorang yang membaca al-quran ketikamana seorang rakanya sedang solat, dia terpaksa memperlahankan bacaan Al-qurannya. Cuba lihat sendiri bagaimana suasana di surau As-Saad. Sedih rasanya kan bila muzakkir menyampaikan ilmu, ada sesetengah jemaah yang bising, membuat kedai kopi sendir, bergelak2 sakani. Beradablah..kita di rumah Allah, bukannya di rumah member. ikhfazillah ha yahfadzka, Jagalah Allah, Allah pasti akan menjagamu.
Wallahua'lam, sekadar itu sahaja dahulu rumusan yang dapat saya kongsikan bersama berdasarkan apa yang saya ingat. Sama-samalah kita teladani pengajarannya walaupun sedikit dan sebar-sebarkan kepada sahabat kita yang lain. Sungguhpun ada sesetengah isu yang mungkin kita sudah tahu, namun tidak salah untuk saya mengulang kembali kerana manusia itu pelupa sifatnya. Indahnya Islam kerana adanya konsep tegur menegur ke arah kebaikan. Kita mahukan syurga bukan? Jadi, berusahalah ke arahnya..ampun maaf atas sebarang kelemahan dan kekurangan.
"Seorang wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Abu Nuaim)
Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yg tak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka & dibuka 8 pintu syurga yg mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab."
Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.wa bersabda: "Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi 'alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin" maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepad Allah selama haidnya."
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :"Sebaik-baik wanita(isteri) adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu & menjaga pula kehormatan dirinya."
Wallahua'lam.