Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Islamic Banking System

Author: Afiq Kamaruddin

Pagi tadi, semasa aku sedang membuat latihan Ilmu Hisab, handphone ku berdering. Ada mesej masuk rupanya. Datangnya daripada Zaim,future (islamic economist). Mesej yang berbunyi :
"Salam, lets make a move!.I'd changed my cimb conventional acc to islamic mudharabah one. It's easy and more profitable! And of course it's guaranteed to be HALAL! =)"

Sudah lama Zaim mengajak aku untuk menukar akaun simpanan cimb daripada 'conventional' kepada 'islamic'. Tetapi aku tidak ada kelapangan pada masa itu. Alhamdulillah, sekarang ini baru ada kelapangan masa. Menyentuh soal sistem perbankan bersifat 'conventional', setakat yang aku tahu, ianya mengandungi unsur2 gharar yang tidak pasti dan ragu2 akan 'kehalalannya'. Tambahan pula, faedah/bunga yang dikenakan mengandungi unsur riba yang mana ianya dilarang dalam islam.Berikut merupakan statement yang aku peroleh daripada portal e-fatwa kerajaan Malaysia.

Perbezaan Sistem Perbankan secara Islam dengan Sistem Perbankan Konvensional boleh dilihat kepada konsep dan operasi.
Konsep Perbankan Islam muamalatnya tanpa riba, amalan ini sudah tentu direstui Islam. Manakala operasi, kita dapati pihak bank dan pelanggan melakukan akad berdasarkan kepada perkongsian untung dan rugi, iaitu sama-sama menerima keuntungan mengikut pembahagian peratus yang telah disepakati, dan kalau berlaku kerugian, sama-sam memikulnya. Kadar pemberian untung meningkat mengikut pertambahan jumlah keuntungan yang diperolehi.Sistem konvensional tidak demikian, baik dilihat dari segi konsep mahu pun dari sudut operasi. Sistem ini, kebanyakan muamalatnya dijalankan secara riba.
Faedah atau bunga telah ditetapkan semasa akad tanpa melihat kepada keuntungan atau kerugian. Peratus bunga atau faedahnya berdasarkan kepada jumlah modal yang terlibat. Faedah tetap tanpa mengambil kira untung atau rugi.Kadar bayaran faedah kepada pelanggan tidak bertambah walaupun bank mendapat keuntungan berlipat ganda.

Allah Telah Berfirman:
'Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah, kecuali dengan perniagaan yang dilakukan suka sama suka diantara kamu(mengikut syariat yang ditetapkan).. (surah an-nisa', ayat 26).

Alangkah barakahnya sebuah kehidupan andai syariat Islam didaulatkan bersama..=) Jom kita berkempen..keluar convention banking system, masuk islamic banking system. =)

 

Undang2 'Jalan syurga..'

Author: Afiq Kamaruddin

Terjumpa gambar ini semasa melayari blog seorang sahabat. saifz.blogspot.com. Tertarik dengan poster ini. =)




 

Ketika Cinta Bertasbih 2

Author: Afiq Kamaruddin

Kepada penggemar novel karya Habiburrahman El Shirazy, sequel buku kepada 'Ketika Cinta Bertasbih' yakni 'Ketika Cinta Bertasbih 2' sudahpun berada di pasaran. Pengarang buku 'Ayat-ayat Cinta' yang semakin mendapat tempat di hati pelajar KYUEM telahpun menghasilkan karya-karya pembangun jiwa yang lain seperti 'Di atas Sejadah Cinta', 'Dalam Mihrab Cinta', serta 'tenggelamnya Cinta Cleopatra'.

Ketika Cinta Bertasbih (KCB) merupakan sebuah novel berunsur motivasi yang menghuraikan persoalan-persoalan cinta yang menjadi fitrah bagi manusia khususnya bagi golongan remaja. Bagaimana untuk mengawalnya serta menyalurkannya mengikut syariat. Bersesuaian dengan realiti semasa yang berlaku dan dialami khususnya dikalangan muda mudi.

Bagi yang berminat, jangan lupa membaca novel 'Ketika Cinta Bertasbih 1' terlebih dahulu agar anda dapat memahami keseluruhan perjalanan cerita tersebut. Novel Ayat-ayat Cinta juga adalah disarankan untuk membacanya kerana mesej yang disampaikan amat jelas dan signifikan kepada para pencari 'Cinta segala cinta'. Sungguhpun begitu, perlu diingatkan bahawa manusia itu tidak pernah sempurna/ideal sifatnya. Namun, kita boleh berusaha ke arah kesempurnaan walaupun kita tidak mungkin dapat menjadi seorang yang absolutely sempurna. =)

ISBN : 978-979-1102-12-1
Harga: RM39.80



Sinopsis :

Novel Ketika Cinta Bertasbih ini seolah menjadi setitik cahaya di tengah rasa pesimisme anak muda negeri ini untuk teguh memegang prinsip-prinsip Islami dalam kehidupan mereka. Dengan bahasa yang lembut dan memikat, penjulis mengajak kita semua untuk banyak merenung dan kembali melihat betapa indahnya hidup dalam naungan Al-Quran

Komentar :

-Dr. Faizah Alo, M.A Pensyarah Pascasarjana UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta

Jika anda ingin membaca novel cinta berliku yang memotivasi dan mendidik, dwilogi Ketika Cinta Bertasbih inilah novelnya. Ini sungguh novel bergizi yang sangat menyentuh jiwa. Saya merekomendasikannya sebagai salah satu rujukan sastera mendidik yang harus dibaca oleh generasi muda serius!

-Uswatun Hasanah, S.Pd., Guru Sastera dan Bahasa SMAN 1 SalatigaInilah

novel cinta sekaligus novel dakwah yang mencerdaskan dan sarat dengan hikmah. Sangat membanggakan bahawa dwilogi Ketika Cinta Bertasbih ini lahir dari jari-jari emas sasterawan muda Indonesia yang begitu mencintai bangsa dan agamanya! Rekomendasi Kuat untuk diapresiasi.

-M. Junaidi S.H, M.A Pensyarah STIKES Aisyiyah, Surakarta

Inilah novel motivasi yang mencerahkan. Luar biasa! Isinya saya rasakan begitu kuat memotivasikan pembacanya untuk berani hidup berdikari, untuk tidak menyerah, untuk terus maju meraih anugerah Ilahi

-Sarwedi Hasibuan, Mahasiswa Program Pascasarjana Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Dwilogi Ketika CInta Bertasbih ini tidak sekadar novel romantis, ini juga novel fikih yang ditulis dalam akur cerita yang tidak mudah ditebak. Kang Abik melakukan terobosan-terobosan baru menjelaskan kaedah-kaedah fikih melalui novel. Tabik!

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini pada landasan agamaMu.."

 

Hatiku resah...

Author: Afiq Kamaruddin

Hari ini aku rasa resah dan gelisah. Tidak tahu kenapa boleh jadi begitu, tidak tahu kenapa hati ini berdebar2, perasaan bercampur baur,berbolak balik, dan tidak tenteram. Sedih, hiba, pening,kecewa,marah..Setelah solat subuh, aku masih lagi berasa tak sedap hati..Seolah2 ada sesuatu yang menganggu fikiranku..aku jadi runsing. Masalah hati??? Takkanlah...hati ini masih boleh dikawal lagi. Betul ke? atau sekadar cakap luar aje, tapi dalam cakap lain??..Ya Allah, Tuhan yang membolak balikkan hati..tetapkanlah hatiku ini pada landasan agamaMu...Perjalananku masih jauh. Jangan biarkan diriku terpesong dari landasan yang lurus. Jangan benarkan keadaan itu menggugat perlanan dalam menuju sebuah matlamat yang jelas..aku takut,aku khuatir,aku gusar..setelah bersarapan,aku terus membuka komputer. Tiba2, terbuka folder yang mengandungi file2 pemberian seorang sahabatku di kolej..artikel yang berbunyi :

Adakah ANDA Tak Tahan Lagi......??? Fikir-fikirkanlah.....

MENGAPA AKU YANG DIUJI ??
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan ‘Kami telah beriman’ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” [Surah Al-Ankabut : 2-3]

MENGAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ??
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” [Surah Al-Baqarah : 216]

MENGAPA UJIAN SEBERAT INI ?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [Surah Al-Baqarah: 286]

AKU TAK MAMPU..AKU TAK UPAYA..
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” [Surah Ali Imran : 139]

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaranmu, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.” [Surah Ali Imran : 200]

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” [ Surah At-Taubah : 111]

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI…!!
“…dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus aa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” [Surah Yusuf : 12]

KEPADA SIAPA BOLEHKU PANJATKAN HARAPAN?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya, dan hanya kepadan-Nya aku bertawakkal.” [Surah At-Taubah: 129]

Perasaan resah,gelisah,sedih, marah,dan kecewa adalah fitrah manusia. Syaitan mudah meracuni hati2 manusia yang lupa terhadap Allah.Kerana ianya adalh fitrah, maka Islam mengajar kita bagaimana untuk mengawal dan menangani masalah2 tersebut. Perlunya kita untuk menjaga fitrah agar ianya tidak menjadi suatu fitnah...

Hatiku tenang sikit selepas membaca artikel tersebut.Seolah2 tersentak dari lamunan dan dikurniakan kekuatan untuk menghadapi apa jua yang berlaku. Sungguh Allah sangat memahami fitrah Hamba2Nya. Dia mengurniakan jalan penyelesaian dan suntikan motivasi agar kita sentiasa berasa optimis dengan setiap ketentuanNya. Aku berharap, agar dikurniakan ketenangan dan kejayaan dalam menghadapi ujian 'jiwa' dan 'mental' ini..aku yakin ianya adalah satu tarbiyah dariNya...

 

Kembara Ilmu...part 3 (finale)

Author: Afiq Kamaruddin

Sambungan dari part 2...

Setelah mengucapkan salam kepada pak cik itu, aku terus menuju ke kawasan menunggu. Antara perkara yang aku puji terhadap pihak pengurusan KL Monorail adalah pengenalan sistem keluar masuk penumpang yang sangat sistematik dan mesra pengguna. Penumpamg yang ingin menaiki tren akan beratur melalui laluan masuk khas. Begitu juga bagi penumpang yang ingin keluar. Tidak seperti KTM dimana anda perlu bersesak-sesak dan bertolak-tolak untuk masuk. Kadang-kadang ada yang terjatuh .Sistem melancarkan pergerakan, begitulah pentingnya sistem dan undang-undang dalam kehidupan. Tanpanya, kita akan melakukan sesuatu secara sombereno dan tidak terurus. Akibatnya, kucar kacir jadinya sebab masing-masing mahu mengikut cara sendiri. Pihak KL Monorail kelihatan bersungguh-sungguh dalam menjamin kualiti perkhidmatan. Baguslah begitu. Bukankah hadith nabi pernah menyebut :

‘sesungguhnya allah suka kepada hambaNya yang melakukan perbuatan secara bersungguh-sungguh..’

Setibanya di KL sentral, aku terus menuju ke kaunter KTM untuk mendapatkan tiket. Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Seperti yang kuduga, orang mula memenuhi tempat menunggu tren ke Pelabuhan Klang. 10 minit kemudian tren pun tiba. Mahu tidak mahu, aku terpaksa berhimpit-himpit untuk masuk. Alhamdulillah, dapat juga masuk sungguhpun keadaan di dalam tren amat padat ibarat ikan sardin di dalam tin sardin. Penuh sesak, rimas, bising, dan berbau..aroma-aroma yang tidak diketahui asal usulnya bercampur aduk menghasilkan suasana yang mengkhayalkan..begitulah lumrah menaiki KTM dikala waktu-waktu puncak (peak Hour).

Didalam tren, aku ternampak seorang budak perempuan yang sangat comel. Berusia dalam lingkungan 5-6 tahun. Alhamdulillah, memakai tudung labuh yang meliputi bahagian2 yang disyariatkan untuk dilabuhkan ‘jilbab’ sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisaa’. Bukan setakat itu sahaja, pakaianya juga turut sopan dan bersesuaian dengan imej seorang muslim. Sejuk mata memandang..sudah pasti sejuk mata ibu dan ayah yang melahirkan dan membesarkan. Benarlah kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak umpama kain putih. Ibu Bapalah yang bertanggungjawab mencorakkanya. Samada dengan corak yahudi, majusi, nasrani, ataupun corak islam. Sebagai seorang anak, perlunya kita untuk mentaati dan menyayangi ibu dan ayah. Dalam surah luqman ayat 14, Allah berfirman :

"Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku tempat kembalimu."

Setibanya di stesen komuter Shah Alam, kedua ibu bapaku serta adik-adikku sudah tiba untuk menyambut kepulanganku. Alangkah indah dan bahagianya saat itu. Melihat keceriaan diwajah mereka melenyapkan segala penat lelahku. Sungguh aku tak akan mempersia-siakan cuti 3 minggu yang diberikan. Perjalananku masih jauh. Matlamatku masih belum dicapai. Kembara ilmu yang ku alami hari ini menyingkapkan hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian .Ku harap agar ditemui lagi pengajaran dan pembelajaran pada perjalanan kembaraku di masa akan datang. =)

 

Anda minat nasyid tak??

Author: Afiq Kamaruddin

Pada mulanya aku mahu menghantarkan 'karyaku' ini kepada 'Yearbook Committee' untuk disiarkan memandangkan Department Bahasa Melayu yang diketuai oleh Amir Faiz a.k.a apen mengalamu ketandusan 'ilham' dan 'sumber'..namun aku telah menghantar karyaku yang lain kepada Yearbook Committee memandangkan aku berpendapat hanya segelintir sahaja yang dapat memahami mesej yang cuba aku sampaikan dalam karyaku ini..=)

Bermula kisah Kehidupan seorang Remaja dengan Satu Tekad yang membara dalam mengharungi Kembara Ilmu. Bicara Kata ayahanda sentiasa tersemat di dalam jiwa.’ Wahai anak kesayanganku, dalam setiap amal perbuatanmu, labuhkanlah Layar Keinsafan demi menghadapi Rahmat Ujian. Kelak kau akan menuju ke Destinasi Cinta yang sering diimpikan setiap insan. Azimat Ibunda menjadi perisai diri,Odei anak, Berjuang, dan Berkorbanlah demi CintaNya, jangan biarkan dirimu dicemari dengan Debu-Debu Dosa, kerna Nikmat Kehidupan ini hanyalah sekali, sentiasalah bernaung Dibawah Satu Cahaya yang benar, agak kelak kau tidak akan menyesal tatkala dirimu sedang Menanti di Barzakh.

Si anak Keliru dan hanya mampu terpinga-pinga sambil mindanya ligat mentafsirkan bait Kata-Kata yang diluahkan. Namun, benarlah kata pujangga..membuat pilihan adalah lumrah kehidupan Nur Insani.Pilihan antara kehidupan yang sementara mahupun Yang Abadi.. Di antara dua pilihan, terselit dua kasih yang didamba oleh pendambanya yang setia. Antara Dua Kasih yang mempunyai maqamnya yang berbeza, kedua-duanya mudah untuk dijumpa namun amat sukar untuk dipelihara. Kasihkan dunia yang fana, atau kasihkan dunia yang kekal selamanya? Si anak mula mengerti. Ketika diri dalam Dilema, mengadulah padaNya kerana yakinlah pada Takdir Penentu -InniAkhafullah….

Saat Nur Malam menjelma, berlakulah Sebuah Pertemuan demi Mencari Yang Maha Satu. Rintihan yang diselangi dengan rayuan Taubat seorang Hamba kedengaran sayup sepi bertemankan Bisikan Malam yang sunyi.

Dalam munajatnya, dia berkata : "Oh tuhan, sesungguhnya aku menDamba KasihMu agar dijauhkan dari Azab Ilahi. Terangilah hatiku dengan sinaran NurKasihMu, Selimutilah diriku dengan kelembutan hamparan rahmat Sutera KasihMu, Binakanlah untukku Mahligai KasihMu di taman-taman syurga dengan rahmat Mu, pertemukanlah untukku teman bidadari seindah Ainul Mardhiyah dengan kasih sayangMu. Sesungguhnya aku sentiasa mengimpikan Impian KasihMu.Di Hamparan ini ku meminta,moga taubatku diterima.. Tempatkanlah hambaMu bersama para Kasih KekasihMu dan tunjukkanlah kepadaku jalan untuk merasai makna sebenar Erti Syukur."

Wajah Suci itu dihiasi dengan Puji-pujian dan dibasahi dengan Airmata Keinsafan. Sungguh, apalah erti kehidupan andai peluang untuk Mengemis KasihNya dipersia-siakan begitu sahaja. Merasai nikmat berada di Taman-taman Idaman yang dihiasi dengan kesegaran Hembusan Kasturi adalah sebuah impian dan harapan bagi mereka yang mempunyai Mutiara Iman.

Si anak terus Berjalan, Melihat, dan Mentafsir setiap detik Waktu yang berlalu. Dia kini yakin dan Pasti bahawa Dunia ini Persinggahan untuk menuju ke matlamat Yang Abadi. Bekalan dicari agar tidak perlu bersusah hati tatkala tiba di destinasi. Sungguh Saat Kematian itu pasti menjelma. Alangkah pedihnya sakaratulmaut tatkala dipisahkan jiwa dari jasadnya.Dia kini yakin, hanya amalan sahaja yang bisa meredakan bebanan penderitaan diambang kematian..Iman Takwa dijadikan Mahar Cinta untuk dirinya 'Bersatu' dengan Pencipta segala cinta di akhirat kelak..si anak kini sudah meningkat dewasa dan matang, sesungguhnya – Segalanya Milik Mu.

Tribute to our national nasyid industry..(juga kepada para penggemar nasyid)

 

Pemimpin yang Adil

Author: Afiq Kamaruddin

Alhamdulillah, keputusan pilihan raya umum 12 telahpun diumumkan. Sejarah tercipta apabila menyaksikan kejayaan parti pembangkang dalam membentuk kerajaan di 5 negeri manakala negeri2 lain masih dipegang oleh parti kerajaan. Tahniah buat mereka yang menang. Buat wakil2 rakyat yang telahpun mendapat mandat dan tempat dihati rakyat, sila laksanakan dan lunaskan amanah dengan sebaik2nya dan bertanggungjawab. Jangan hanya manis dibibir semasa berkempen dan ringan tulang 'turun padang' melihat penderitaan rakyat semasa memancing undi. Kotakanlah apa yang telah dikata dan berbaktilah dengan bersungguh2 demi kemajuan agama, bangsa dan negara. Jagalah akhlak dan budi pekertimu kerana pemimpin merupakan contoh ikutan rakyat. Sokongan pasti akan diberikan seandainya pemimpin menunjukkan 'Role Model' yang baik kepada rakyat..
.
Lagu ini ditujukan buat pemimpin-pemimpin negara khususnya, dan semua rakyat Malaysia amnya kerana setiap daripada kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri...

Pemimpin Yang Adil
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz

Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya
Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama
Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya
Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah
Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita
Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini