Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

hanya pasrah menanti...

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim

Satu kejadian telah berlaku semasa academic hour tadi. Tidak tahu mengapa hati ini sangat terguris kerana kejadian itu. Bagai dicucuk sembilu rasanya..sakit,pedih, sedih, kecewa..apa salahku? Tiba-tiba dituduh melulu. Tidak perlulah diberitahu apa kejadiannya secara terperinci..dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan. Biarlah diri ini yang menanggung deritanya, biarlah diri ini yang merasa kepahitannya, biarlah diri ini yang menjadi saksi di hadapanNya kelak.

Tidak tahu kenapa saya agak sensitif sedikit pada hari ini. Jika dulu, mungkin saya boleh menerimanya sebagai satu bentuk gurauan..tetapi tidak lagi pada hari ini. Seakan-akan saya dilemparkan oleh satu bentuk sindiran atau penghinaan. Luka yang lama kini bertaut kembali...Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini..teringat kembali nasihat bonda :

"seandainya kita ditimpa oleh sesuatu yang melukakan hati, mesti rasa sakit..sungguhpun luka itu sudah sembuh, parutnya tetap ada.."

Ya, parutnya tetap ada. Sebagai kesan 'simbolik' di atas luka yang menimpa. Sebagai petanda untuk kita sentiasa berhati-hati pada masa hadapan agar tidak jatuh ke dalam lubang yang sama buat kali kedua...itulah hikmah diciptakan Parut. Usah melemparkan batu, namun menyembunyikan tangan kerana khuatir diri akan tertangkap.Bertanggungjawablah atas segala yang kamu lakukan.Jangan melabelkan diri sebagai pejuang keadilan seandainya kamu tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang kamu lakukan..

Hati ini masih terasa sakit dan pedih..tiada langsung sebarang penjelasan, tiada langsung sebarang pertanyaan yang kuterima.. dan di blog ini ku meluahkan perasaan..dan padaNya ku panjatkan harapan...semoga diriku menemui ketenangan yang sering diimpikan..Ya Allah, ampunilah kekhilafanku selama ku berada di bawah jagaanMu...

"This is what God has already planned for us, my brother.." - Terima kasih saudara ********* atas kata-kata yang benar2 memotivasikan jiwaku. Semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu sahabat..

Dan janji agung Ar-Rahman dalam kalamNya yang mulia memberikan ketenangan ke dalam diriku...sedikit sebanyak mengubat kedukaan yang menimpa..

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu berkecil hati..padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, sekiranya kamu orang yang beriman.." surah Al-Imran : 139

sekadar coretan dari hati yang kecewa dengan tindakan sesetengah golongan manusia yang berakal..

wallahua'lam

 

Madah berhikmah...

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim.

Nukilan daripada seorang sahabatku, Zaidi..cukup bermakna buat diriku. Ingin dikongsikan bersama..kutujukan khas buat sahabat seperjuangnku sekalian...

"Aku pernah ditakdirkan berjuang sendirian untuk sekalian lamanya. Sehingga minda dan jiwa ini menyatakan bahawa aku akan terus sendirian untuk selama-lamanya.Tawa tangis ku hanya Tuhan saja yang tahu. Menyeberangi lautan yang tak bertepi dan dihempas badai bagai tiada belas kasihan. Namun kehadiran mu di dalam bahtera perjuangan ini bagaikan meringankan galas beban yang tersangkut di bahu ini selama ini. Dan takdirnya kita telah bergerak dan terus mara ke arah destinasi yang kita impikan dengan segala kepayahan, bersama. Dan kini, jerih perihnya mula terasa. Kita harus terus bersama untuk mengejar mimpi yang masih belum direalisasi. Nun, jauh di sana ada tangan yang tergapai memohon simpati, dan sedia menanti... ” ZAIDI :: 2007

Wallahua'lam

 

Santai...

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim.

Baiklah, postingku kali ini santai sahaja. Mungkin kerana postingku sebelum nie agak 'panjang' dan berat untuk difahami oleh sesetengah orang. Sekadar ingin berkongsi lirik nasyid lagu yang baru dalam album simpananku. Cuba hayati baik2 ye..



Mewangi Bunga Dunia
Album : Mewangi Bunga Dunia


Munsyid : Tazakka





Dunia indah di ciptakan menawan hati
Kadang menggoda
Jelita di pandang terasa harum
Semerbak mewangi bunga dunia

Mencinta tiada akhirnya
Merindu menjadi pilu
Mendamba entah pastinya
Terlena hampa sembilu
Wahai diri berapa lama lagi
Kau terus begini
Terus menghianati
Kapankah lagi
Engkau kan kembali
Berserah diri
Setulus sepenuh hati
Tundukan pandangan mata dan hatiku
Dari gemerlap dunia yang palsu memperdaya jiwa
Ku memohon kepadamu Yaa Rabbi
Selamatkanlah duniaku dan akhiratku yang pasti

Ampuni dosa khilafku
Dimasa laluku kini dan nanti...

Lirik yang simple tetapi menyentuh hati. Alhamdulillah, saya sudah ada satu album kumpulan nasyid Tazakka yang turut memuatkan lagu ini. Rentaknya? Rentak balada @ sayu @ tersentuh hati ketika mendengarnya. Bagi peminat lagu 'Keimananku' nyanyian Harris Shaffix, lagu 'Mewangi Bunga Dunia' ini bakal memberi saingan yang mantap kepada lagu kesukaan anda. Inginkan lagu ini dalam format mp3? Insyaallah, boleh dapatkan terus daripada saya atau agen2 yang berdekatan. Susah nak cari album Tazakka di Malaysia..=)

Wallahua'lam

 

Aduhai pendakwah...

Author: Afiq Kamaruddin


Bismillahirrahmanirrahim

Bertindaklah dengan penuh rasional dan berhikmah, jangan terlalu mengikut emosi...

Itulah pesanan ibu sejak kecil yang masih saya pegang sehingga sekarang. Pesanan yang kurasakan cukup berharga bagiku. Kenapa? Kerana diri yang dikuasai emosi, mudah dirasuki syaitan. Di saat emosi menguasai rasional, tindakan yang dilakukan adalah untuk kepuasan peribadi, kemenangan mutlak yang dicari, halal haram tidak dipeduli, tutur kata pekerti tidak lagi dijaga, matlamat yang dituju - aku ingin menang! walaupun diri tidak bersedia dengan kelengkapan yang sewajarnya.. janganlah menegakkan benang yang basah seandainya kita tahu ianya tidak boleh ditegakkan lagi. Jangan mengejar kepuasan diri andai prinsip terpaksa dinodai!.

Seperti yang saya postkan sebelum ini, masyarakat 'Melayu' Malaysia umumnya suka ber'cerita'. Lihat sahaja kisah2 penglipur lara mahupun kisah2 lagenda yang disampaikan sejak turun temurun dahulu. Sehingga sekarang tidak pasti sejauh mana kesahihannya lantaran terlalu banyak cerita yang 'ditokok-tambah'..entah betul atau tidak, wallahua'lam. Para 'penglipur lara' ini sentiasa wujud dari setiap generasi ke generasi yang lain. Apa yang ditakutkan, andai para 'penglipur lara' ini turut ada dikalangan pendakwah. Apa kesannya? Sudah tentu banyak..malah lebih menakutkan lagi, mungkin boleh menempangkan usaha dakwah di sesebuah komuniti. Kenapa? kerana wujudnya elemen 'penambahan' yang berasakan emosi dan pemikiran akal yang cetek dalam pemikiran mereka. Tidak diselidiki kebenarannya melainkan terus mengatakan apa yang terlintas dihati ketika itu. Maka sesuatu mesej yang pada asalnya suci murni, dikotori dengan 'elemen2 tambahan' yang berasaskan emosi dan bersandarkan dalil yang diijtihad oleh mereka sendiri. Bukannya dari kalangan ijtihad para ulama muktabar. Untuk memuaskan nafsu yang membara-bara didalam diri lantaran ketidak puas hatian terhadap sesuatu perkara, pendekatan yang keras diambil. Tidak salah bertindak dengan keras, namun perlulah berhikmah..perlulah melihat waqi' setempat. Seandainya kita mahu berdakwah kepada golongan kaki disko, adakah kita perlu pergi ke disko, menyampaikan pidato ditengah2 lantai disko, bercakap dengan suara yang keras, lantang dan kata-kata kesat mengatakan tindakan mereka haram, berdosa, masuk neraka dan sebagainya..adakah itu dikatakan berhikmah dalam berdakwah? Atau sekadar ingin mencari publisiti murahan? Dengan harapan orang akan lembut hatinya dengan kata-kata keras kita yang tidak sopan dan berintelektual? Makin jauh orang pada kita, makin sukar untuk mereka menerima kita..kesannya? Pincanglah usaha dakwah..kemudian para pendai'e mula menyalahkan maudu'. Dengan alasan mereka kurang ilmu dan sebagainya..dengan alasan hidayah belum sampai kepada mereka..Sedangkan puncanya berasal daripada kita sendiri. Gagal menyampaikan ilmu dengan baik lantaran tewas pada pujukan emosi.

Mari kita renung kembali sirah nabawiyah. Baginda menyampaikan dakwah dengan penuh lemah lembut dan berhikmah. Berhikmah? Macam mana itu? Berhikmah dengan erti kata bersesuaian dengan golongan yang didakwahkan. Adakalanya keras, adakalanya lembut. Dalam kekerasan penuh sopan dan tegas. Tutur kata dan akhlak baginda baik..malah kerana penggunaan bahasa yang baik serta pekerti mulia membuatkan orang tertarik pada ajaran yang dibawa. Tidak pernah sekalipun mengeluarkan kata-kata yang kesat..semuanya kata-kata yang meruntun hati dan bermanfaat. Diserikan lagi dengan peribadi mulia. Apabila ditimpa musibah, baginda berdoa dengan harapan Allah mengurniakan hidayah. Baginda tidak berdendam dengan penduduk taif sungguhpun para malaikat ingin menimpakan bukit diatas sikap kurang ajar mereka kepada baginda. Tetapi sekarang macam mana? Secara peribadi saya melihat segelintir 'pendakwah' yang sanggup mengeluarkan kata2 kesat ke atas saudara seislam kita sendiri kerana kekhilafan yang si 'dia' dilakukan sedangkan dirinya boleh dididik dengan lembut. Caci maki dihamburkan secara terus, tapi yang paling teruk kalau maki secara terbuka. Semua orang awam tahu..dan merujuk kepada mangsa. Bagaimana sekiranya apa yang kita bawakan itu salah? Itu dah kira memfitnah! Tambah satu dosa lagi selain dosa mengumpat. Ya Allah, mulia sangatkah kita ini? Adakah kita ini sudah dijamin untuk masuk syurga? Adakah islam itu sekadar barang kosmetik semata2? Adakah kita mempergunakan islam untuk menutup 'warna' diri kita yang sebenar. Sungguh mudah untuk berkata-kata, namun sungguh sukar untuk melakukan apa yang dikata. Lidah itu lembut tidak bertulang..kadang-kala terbelit kadang kala tersasul..setiap tindakan yang diambil bakal menjadi saksi kita disaat perhitungan.

Kepada diri saya serta para pendakwah sekalian, lakukanlah setiap apa yang kita katakan. Sangat besar kemurkaan Allah terhadap perkara yang kita katakan tetapi kita tidak kerjakan. Berhikmahlah dalam setiap urusan dakwahmu. Jangan meletakkan emosi jauh melebihi akal dalam setiap amal tindakanmu. Berpeganglah pada dalil dan nas yang benar, yang diijtihadkan oleh para ulama muktabar seandainya kita bukan golongan mujtahid dan 'ahli' dalam penetapan hukum. Perjalanan dakwah itu tidak pernah mudah dan sentiasa berterusan. Berlaku adil dan benarlah dalam segala perbuatan. Pastikan sumber yang didapati benar2 sahih dan tepat. Jangan menipu! jangan mengejar publisiti murahan!. Bermunjatlah kepadaNya semoga dikurniakan pilihan yang baik dan tindakan yang berhikmah. Jangan kerana tindakan kita pada hari ini dek kerana berpandukan emosi semata-mata bakal merosakkan usaha dakwah generasi pada masa akan datang. Kelak kita akan dipertanggungjawabkan atas kekhilafan yang dilakukan..saat itu, tangisan air mata darah sudah tidak berguna lagi...


"wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu tidak lakukan apa yang kamu kerjakan?"

"Itu sangatlah dibenci Allah jika kamu tidak mengatakan apa yang dikerjakan.."

"Sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti satu bangunan yang tersusun kukuh.."


sekadar coretan dikala sunyi..

Wallahua'lam.

 

Membazir amalan siapa?

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim

Jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Lapar pula rasanya setelah hampir sejam menelaah Fizik..berbekalkan rm10, saya berjalan menuju ke cafe yang tidak sampai suku marhalah jauhnya. Teh O limau panas dipesan serta sebungkus roti coklat dibeli. Sambil menunggu pesanan, berbual2 sebentar dengan kenalan..Po,syafiq,mas, dan khairul yang datang lebih awal daripadaku..

Selintas mata terpandang pada sekumpulan pelajar cerdik pandai KYUEM sedang berkumpul disebuah meja. Apa agaknya yang mereka sedang buat ye? Ooh, ingin mengadakan sambutan hari lahir rupanya..tetapi pelik juga, kenapa kek yang dibeli kecil saiznya? Mungkin berjimat kot..eh, ada lilin? Kenapa perlu lilin..tak takut terbakar ke? Budaya kita ada tiup-tiup lilin ke? Macam ritual pula..wallahua'lam. Tengah2 seronok menonton tv, kafe bergema dengan nyanyian 'Happy Birthday'..riuh rendah jadinya. Saya ingatkan ada majlis bacaan doa selamat atau apa2 yang se'angkatan' dengannya..rupa2nya lain pula jadinya. Kek yang diciptakan untuk dimakan menjadi 'bahan permainan' untuk ditonyoh ke muka 'mangsa'. Siapa lagi kalau bukan 'the birthday boy/girl'...kasihan dia. Suasana kafe dipenuhi gelak-tawa. Adegan kejar mengejar kek turut diadakan.. Tidak pasal2 habis baju kotor..kasihan pihak kafe, kotor lantai dek saki baki kek yang tinggal..yang lebih kasihan adalah kek itu sendiri. Dibazirkan begitu sahaja..kek yang seharusnya dimakan manusia menjadi bahan cucian lantai. Kek yang asalnya bersih menjadi kotor.. Makanan adalah nikmat Allah..perlu kita mensyukuri kurniaannya..bukannya membazir begitu sahaja. Bayangkan saudara mara kita di Palestin, di Gaza, di Iraq yang kelaparan..tidakkah pernah kita berasa kasihan? Tidakkah pernah kita rasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita jika hendak dibandingkan dengan saudara kita yang kesusahan? Manusia jenis apakah kita ini andai nikmat Allah dizalimi? Geram pula rasanya melihat senario yang berlaku. Apakah makhluk yang Allah ciptakan dengan 'akal' ini tergamak untuk melakukan perbuatan sedemikian rupa..tidakkah kita semua tahu bahawa membazir itu adalah amalan syaitan?

Islam itu indah. Islam membenarkan kita berhibur. Islam membenarkan kita mengadakan majlis keramaian. Namun perlulah bersesuaian pada tempatnya. Perlulah kena pada syariatnya.. Sambutan hari lahir, andai dilakukan atas dasar ingin mengenakan dan mendera orang, menganiayai orang, memalukan orang, menyusahkan orang ramai,menyusahkan persekitaran maka ianya sudah terpesong daripada landasan yang benar. Bagaimana sesuatu amalan itu menjadi ibadah andai pelaksanaannya tidak bertepatan dengan syaria'tullah...bukan menambah pahala, dikhuatiri menambah dosa pula..hurm, begitulah senario masyarakat. Itulah akibatnya andai nafsu menguasai akal..tahu nak seronok sahaja tanpa memikirkan kesan dan cara perlaksanaan yang betul. Macam budak2..tak tahu bila nak matang..Sekadar peringatan untuk rakan-rakan serta diri saya sendiri. Bukan ingin memburukkan mana-mana pihak. Cuma ingin menimbulkan persoalan dan mencetus keinginan..perlukah kita mengikut budaya yang menjatuhkan prinsip kita sebagai seorang muslim?

Benarlah sabda Rasul junjungan, diakhir zaman nanti, umat Islam akan mengikuti jejak langkah golongan2 yang sesat sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, kita akan mengikutinya...Nau'dzubillah, semoga kita dijauhkan dari sifat Al-Waham..(cintakan dunia, takutkan mati..)


"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya." (Surah al-Isra', ayat 27).


Sabda Rasulullah s.a.w :
"Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu mend
erhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekah) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegahkan ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-ngadakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta." (Riwayat al-Bukhari).



"...mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tidak (terlalu) berlebih-lebihan dan tidak (pula terlalu) bakhil (kedekut); dan adalah (perbelanjaan yang baik itu) di antara kedua-duanya (boros dan bakhil)." (Surah al-Furqan, ayat 67)

Sekadar rintihan hati dimalam hari..

Wallahua'lam.

 

Bersalam ke atau hulur tangan?

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebentar tadi baru habis selesai briefing usrah bersama Ustaz Maliki. Sudah lama rasanya senior tidak dijemput untuk menghadiri briefing usrah oleh junior. Tadi baru pertama kali rasanya setelah beberapa bulan menyepi. Tajuk usrah? Hiburan..ya, hiburan..tajuk yang menjadi subjek kegemaranku. Kenapa? Kita tunggu sahaja ulasannya esok..

Adat resam masyarakat Melayu, apabila berjumpa antara satu sama lain, kita bersambut salam dan dipraktikkan dengan berjabat tangan. Begitu juga setelah selesai solat. Kebiasaannya para jemaah akan berjabat tangan. Senario di kolej, setelah selesai solat isyak,muslimat akan membuat saf untuk berjabat tangan..siap berpeluk-pelukan pula..diselangi dengan alunan selawat..dengan harapan ukhuwah fillah yang terbina akan berkekalan..berlainan pula dengan muslimin..tiada saf khusus dilakukan untuk berjabat tangan setelah solat isyak. Memadai dengan berjabat tangan sesiapa yang sempat untuk bersalaman..dan menegur ahli jemah diluar surau bagi mengelakkan membuat bising..maklumlah, bukannya semua orang punyai kelapangan..mungkin ada sesetengah yang ingin terus solat rawatib, mungkin ada sesetengah yang ingin membaca quran atau solat hajat..pokok pangkalnya, amalan itu tetap berjalan walaupun kaedah perlaksanaan berbeza..lantaran kepelbagaian pendapat dalam isu ini.

Cuma apa yang ingin saya tegaskan adalah adab-adab ketika bersalaman. Bukannya apa, seandainya kita inginkan sesuatu pekerjaan itu sempurna, mestila mengikut adab-adab yang telah ditetapkan. Tidaklah sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja...sebab apa? Sebab kadang-kadang bila saya bersalaman, tidak terasa ukhuwah yang terbina..tidak terasa nikmat bersalaman. Masakan tidak, senyuman pun tidak diberikan..tawar dan hambar..mata pun tidak sudi bertentangan dengan orang yang disalam..gengaman tangan pun tidak kuat..seolah-olah ingin cepat-cepat melarikan diri daripada orang yang bersalaman dengannya. Adakah benar kita ingin bersalam? Atau sekadar menghulurkan tangan sahaja? Wallahua'lam..tepuk dada, tanya iman...

Para ulama' telah menggariskan adab-adab ketika berjabat salam yang dipetik dalam kitab Al-Azkar. Cukup mudah :

1. Senyum sambil berjabat salam
2. memandang ke wajah
3. Berselawat ke atas nabi

Kata Imam syarf An-Nawawi, sunat ketika bersalaman dengan memberi senyuman. Dalilnya:

Dari Abu Dzarr al-Ghifari, Rasulullah bersabda :

لا تحقرن من المعروف شيئا ، ولو أن تلقى أخاك بوجه طل

“Jangan sekali-kali engkau anggap ringan suatu kebaikan, walaupun hanya engkau melontarkan wajah yang manis kepada saudaramu.” [HR Muslim, # 2626]

Dalam hadith itu ada menyebut melontarkan wajah yg manis ia merangkumi
'eye contact' dan senyuman. Lazimnya memang begitulah adat atau uruf masyarakat, kena ada
senyuman dan eye contact.

Insyaallah, semoga segala pekerjaan yang kita lakukan mendapat manfaat bukan sahaja disisi kita, tetapi kepada seluruh umat Islam. Selain daripada berjabat tangan, Rasulullah juga amat-amat menggalakkan kita untuk memberi salam kerana besar manfaat dan ganjarannya. Lafaz salam seandainya diungkapkan dengan betul adalah satu doa. Beruntunglah bagi mereka yang selalu memberi salam dan melontarkan senyuman....Rasulullah merupakan insan yang kaya dengan senyuman dan lafaz salam. Ingin menjadi rijal@nisa' acuan Al-quran? Mudah sahaja..contohi perwatakan peribadi Rasulullah..=)


Apabila kamu diberi penghormatan dengan salam penghormatan maka balaslah dengan yang lebih baik atau balaslah dengan yang sebanding. Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu. (QS. An Nisa’ : 86)

"Sebarkanlah salam di antara kalian." (HR. Muslim dalam Shahih-nya nomor 54 dan Ahmad dalam Al Musnad 2/391, 441, dan 495 serta yang selainnya)

Wallahua'lam.

 

Ada apa pada bahasa?

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim

kenangan setelah selesai paper SPM 2005 Bahasa Malaysia...masing-masing ceria =)

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan padaNya atas rasa kasihNya pada kita. Saat jari jemari ini menaip setiap perkataan di keyboard, saat mata ini masih berfungsi untuk melihat skrin komputer, saat lidah ini masih lembut untuk menutur, saat kaki ini masih kuat untuk melangkah, sedarlah bahawa ianya adalah keizinan dari-Nya jua. Setiap saat masa yang berlalu adalah atas keizinan Allah. Seandainya Allah tidak mengizinkan, sudah tentu nikmat tersebut akan hilang serta merta. Kenapa? Kerana Allah maha berkuasa atas segala-galanya. Seandainya Allah berkata "Jadilah", maka jadilah ia tanpa bertangguh.

"Afiq, kenapa ayat kau skema sangat? Afiq, kenapa kau suka bermain-main bahasa? Afiq,kau dulu jurusan sastera ke? Afiq, kenapa itu kenapa ini..."

Pelbagai persoalan dilontarkan berkenaan penggunaan kosa kataku seharian. Ada yang membuat andaian yang saya dahulu pelajar jurusan sastera, sedangkan pada hakikatnya saya dari jurusan sains tulen. Sungguh lucu pula rasanya...baiklah, bagi menjelaskan kepada mereka yang bertanya, persoalan yang sering saya timbulkan kepada mereka yang bertanya, apa takrifan 'Skema' itu? Andai mengikut penggunaan bahasa yang betul, saya rasakan tiada masalah kerana bahasa menunjukkan bangsa..Sebenarnya bahawa penggunaan bahasa yang saya gunakan adalah bersesuaian dengan naluri dan jiwa saya. Penah juga saya menulis dalam bentuk 'santai' dengan menggunakan bahasa pasar. Tetapi tidak temui kepuasan didalamnya..seolah2 mesej tidak sampai..seolah2 ianya tak datang dari dalam diri saya..seolah2 saya berbohong pada diri sendiri...dan kepada para pembaca...pandai berbahasa? Saya rasa tidak kerana saya rasa masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Khususnya dalam menyampaikan mesej yang 'sweet and simple'.

Jiwa saya minat kepada bahasa-bahasa yang indah dan lembut. Tapi itu tidak bermakna saya meminati sastera. Minat sastera? Sewaktu sekolah dahulu, subjek sastera@komsas bukanlah menjadi subjek kegemaran saya. Kadang kala sukar untuk difahami...berbelit-belit maksudnya.Pernah juga tertidur sewaktu cikgu mengajar sastera...apabila ditanya, kelam kabut jadinya. Apa lagi, terpaksalah saya 'menggoreng' jawapan..kadang2 hangus juga..=)

Minat saya pada lagu-lagu berunsur tarbiyah serta kata-kata hikmah para hukama' amat mendalam. Kerana jiwa saya memang ke arah itu. Dengan berbahasa, hati yang keras bisa menjadi lembut..dengan berbahasa, mata yang kering menjadi basah dengan air mata keinsafan..dengan berbahasa, jiwa yang sunyi kembali menjadi ceria berteman..dengan berbahasa, nafsu yang bergelora mudah dipadamkan oleh tarbiyah hidayah daripada Allah. Bahasa Al-quran tersangatlah indah. Saidina Umar menjadi lembut hatinya setelah mendengar ayat-ayat indah daripada surah Taha yang dibacakan oleh adiknya, Fatimah. Seorang penyamun bertaubat setelah mendengar kata-kata berhikmah Syed Qadir Al-Jailani. Bicara jenaka Abu Nawas meruntun hati seorang raja yang zalim. Madah indah Rabia'tul Adawiyah menjadi sumber inspirasi pejuang agama Allah..serta banyak lagi contoh yang boleh diteladani. Semuanya kerana keindahan dan keperibadian dalam berbahasa. Jiwa manusia sukakan kebaikan, keindahan, dan kelembutan....

Namun, berbahaslah dengan berhikmah. Masalah yang timbul seandainya bahasa yang digunakan terlalu 'berbelit-belit' atau 'berbunga-bunga' sehingga menyukarkan pemahaman..paling teruk jika memesongkan pemahaman. Berbicaralah terus kepada isi atau mesej yang hendak disampaikan. Cuma kadang-kala kita perlu kreatif. Bergantung kepada situasi dan persekitaran..kadang-kala perlukan unsur humour,nada serius,nada sastera, dan sebagainya..berhikmahlah. Pokok pangkalnya, pastikan mesej itu sampai dengan jelas. Sekiranya tidak faham, bertanyalah. Andai ada masalah, tegurlah..mudah kan? tetapi kenapa kita rasa susah? Kerana kita tidak tahu dimana kesilapan...dan tidak tahu dimana hendak perbetulkan..tidak mahu mengalah pada ego yang sentiasa inginkan kemenangan..jangan 'syok sendiri', dikhuatiri kita lupa pada keagungan pencipta dan lupa pada kekhilafan diri. Besederhanalah...berhikmahlah...

Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga..
Yang cantik itu budi perkerti, yang indah itu budi bahasa...

“Dan siapakah yang lebih elok percakapannya dari mereka yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh serta berkata: Sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan yang berserah diri kepada Allah SWT” (Surah al-Fussilat: 33)



“Serulah ke jalan TuhanMu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau seru itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya TuhanMu Dialah jua yang lebih mengetahuikan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang medapat hidayah petunjuk”. (Surah al-Nahl:125)


Kata al-Jurjani: ”Setiap tutur kata yang menepati kebenaran adalah hikmah”. Dan berkata Ibn Zaid: “Semua perkataan yang memberi pengajaran atau menyeru kepada kemuliaan atau menegah kamu dari keburukan adalah hikmah”.


Sekadar coretan dimalam minggu...

Wallahua'lam.