Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
Tinggalkan segala yang meragukan, ambil segala yang diyakini kebenaran...

Blog afiq sudah berpindah?

Author: Afiq Kamaruddin

Bismillahirrahmanirrahim

Atas sebab2 yg tertentu, Mulai dari saat ini, blog ini tidak lagi aktif seperti dahulu kerana saya telah pun berpindah ke domain yang baru. Sila layari http://www.afiqkamaruddin.wordpress.com

Semoga blog yang baru ini dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung sekalia. wallahua'lam.

 

Tika itu...

Author: Afiq Kamaruddin

بسم الله الرحمن الرحيم

Terjumpa gambar2 di bawah ketika melayari blog Zaim. Terkenang kembali saat mula-mula ditaklifkan sebagai Ahli Jawatankuasa Musolla Community.Penuh dengan pelbagai persoalan dan perasaan. Takut, gementar, nervous, tak keruan, macam2. Saat perkenalan pertama dengan Saudara Khidir (Kede'), mantan presiden muscom 05/06 sewaktu alumni weekend yang lalu memberikan suntikan semangat yang baru. Teringat lagi pesan kede' di Kafe dalam nada yang bersahaja, :

"Aku tau kau cuak kan pegang jawatan dlm muscom? Rileks la, ko tak pernah keseorangan dlm berjuang, perjuangan ko sentiasa berteman, ko bergerak dlm satu barisan, satu saff yang padu. Ko ada kawan2, ko ada ustaz n ustazah, ko ada kitorang (s.senior), dan yg paling penting, ko ada Allah..."

Ya, diriku tidak keseorangan disini. Di sebalik kegelapan, pasti ada sinar cahaya yang tersembunyi, menantikan kehadiran sesuatu untuk meneranginya kembali. Begitulah perumpamaannya di kolej ini. Sungguhpun budaya liberal menguasai persekitaran, namun cahaya kebenaran itu tetap wujud. Walaupun kecil nyalaannya, kitalah yang bertanggungjawab untuk membesarkannya.

Mantan presiden muscom 06/07, abang Thaha Al-Leedesy pula pernah beseloroh kepadaku pada malam Annual Dinner, malam terakhir kami bersama sebelum cuti. Celoteh yang kurasakan mempunyai maksud yang amat mendalam :

"Lepas aku ltak jawatan muscom ari 2, baru ak sedar btapa manisnya ukhuwah kat sini..sampai kdang2 terbwak2 dlam mimpi..kalau boleh, ak nak aje kenangan manis tu berulang kembali. Tapi apakan daya, peluang hanya sekali...ingat, pegang muscom kuat2. Ikat ukhuwah seerat2nya..ukhuwah menghadirkan kemanisan dalam beribadah."

Mungkin apa yang dirasakan oleh Thaha itu, merupakan apa yang pernah, bahkan sedang saya alami sekarang. Perasaan sayang dan kasih kepada teman2 seperjuangan. Rakan2 yang sentiasa menghiburkan dan memberikan diri ini kekuatan. Namun bukanlah bersebab kepada muscom sahaja semata2, tetapi apa perasaan yang saya turut rasakan kepada semua rakan saya di KYUEM. Muscom hanyalah wasilah/wadah untuk saya mula merasai, dan mula menyedari kemanisan itu. Natijahnya tersebar keseluruhnya..

Apabila saya muhasabah kembali diri ini, banyak persahabatan yang saya jalinkan dengan rakan-rakan sewaktu sekolah dahulu bersebabkan sesuatu yang tidak kekal dan tidak pasti. Kerana dia pandai melawak, kerana dia pandai bermain bola, kerana dia pandai bercerita, kerana dia bijak, kerana dia famous, dan sebagainya. Apabila sifat2 itu telah tiada,atau lupus dari pandangan, maka hilanglah nikmat persahabatan itu tatkala berpisah..saya rasakan tidak lagi seintim dahulu. Mungkin kerana tiada modal untuk dibicarakan. Sehingga terlupa bahawa nikmat sebenar persahabatan itu hanyalah semata2 kerana Allah. Saling mengajak kepada kebaikan, dan mencegah kepada kemungkaran.Mungkin itulah sebabnya, ramai kenalan saya dahulu yang sudahpun lost contact. Yang masih berhubung sekarang hanya sikit sahaja. Ya Allah, semoga satu hari nanti kami dipertemukan kembali di bawah lembayung rahmatMu..dan semoga ukhuwah yang terjalin sesama rakan2 di KYUEM akan berkekalan. Ukhuwah fillah Abadan abada..

Perkenalan dengan saudara Adli, mantan presiden muscom 98/99 (first batch) serta saudara Hazman Hadi, mantan presiden muscom 04/05 menguatkan lagi semangat dan iltizam diri dalam perjuangan dakwah yang tiada berkesudahan.

[muscom0406.jpg]
Muscomers 05/06

[YLIH,JL.jpg]
Muscomers 06/07

[muscoms.jpg]
Muscomers 07/08

"Andai sebuah persahabatan disandarkan kerana mencari keredhaan Allah, maka bertemu tak akan rasa jemu, berpisah tak akan rasa gelisah..." -Ustaz Pahrol Juoi-

"Tiada nikmat terbesar yang dimiliki oleh orang mukmin selain nikmat iman dan islam melainkan sahabatnya yang soleh. Apabila kamu merasai kewujudan kasih sayang yang ada padanya, maka genggamlah ia dengan sekuat-kuatnya " -Saidina Umar-

http://www.quran4theworld.com/quran/quran_search/image/61/4.gif
"Sesunggunya Allah mencintai orang-orang yang berjuang dijalan-Nya dalam satu barisan yang teratur. Mereka seakan-akan seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh".
As-Saff : 4


Wallahua'lam

 

Doa untuk sahabat...

Author: Afiq Kamaruddin

Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan pancaran nur iman.
Tetapkanlah hatinya pada jalan maghfirahMu,
perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya daripada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat

Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati
izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu

Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada Mu
jika dia rindu,rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
jika dia menikmati cinta kekasihMu
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu

Ya Rabbul Izzati
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas
sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah
kurniakanlah sahabatku kesenangan,
ketenangan,
kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat kelak..

"Sucikan wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki jiwamu."

 

matlamat...

Author: Afiq Kamaruddin

[1.gif]

"Yea, sponsor aku dah naik elaun! Kayalah aku nanti...paling tinggi plak 2 antara smua " ujar si A bangga.

" Sponsor aku bagi kerja kat oversea, tak macam korang..kene kerja kat malaysia aje..ape kelas", kata si B sambil tersenyum simpul.

"Aku pergi oversea nanti nak kumpul duit, beli kereta, melancong kat Paris, bla..bla...bla..", betah si C sambil menekan-nekan kalkulator.

The image “http://tbn0.google.com/images?q=tbn:VLxF5ntvsJPbpM:http://1.bp.blogspot.com/_c2Qb3I6U_hY/RxtHv8BYnSI/AAAAAAAAASE/0HA4nsJq36w/s400/knowledge.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Serta bermacam2 lagi dialog yang sering timbul daripada mulut pelajar2 'tajaan' yang terlalu ghairah akibat daripada durian runtuh yang diberikan oleh pihak penaja kepada mereka. Bagi mereka yang mendengar dalam situasi yang berbeza, mungkin akan timbul perasaan cemburu atau iri hati, malah mungkin juga sdih dan marah..bagi mereka yang berkata sedemikian dalam nada sinis dan mengejek, mungkin akan timbul perasaan riak , ujub dan takbur. Ya, riak dan takbur atas nikmat kurniaan Allah.

Belajar berorientasikan duit?

Tidak salah untuk bergembira atas berita baik yang diterima. Namun perlulah dijaga niat dan perilaku. Lebih-lebih lagi niat utama kita belajar. Antara sedar atau tidak, suasana 'ingin sentiasa senang' dan 'mudah' dek kerana terlalu dimanjakan pihak penaja dan selalu 'demand' seolah-olah telah menjadikan kita kurang menghargai ilmu. Matlamat kini lebih tertumpu kepada materialistik berbanding Rabbani. Lihatlah para ulama dahulu sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata kerana dahagakan ilmu. Mereka lebih biasa hidup dalam kemiskinan, penderitaan, dan kesulitan hidup yang menghimpit. Namun mereka melaluinya dengan penuh kesabaran. Dalam penderitaan yang menghimpit itulah mereka mengais ilmu dan hikmah. Dalam kesulitan hidup itulah mereka menulis karya-karya yang besar dan bemanfaat kepada sekalian alam.
http://www.ccreservoirs.com/images/KS14591.jpg

Imam Malik, demi membiayai pengajiannya menuntut ilmu, beliau sanggup mencabut bumbung atap rumahnya lalu menjualnya. Beliau sanggup kesejukan, dan kepanasan semata-mata kerana dahagakan ilmu.

Imam Bukhari misalnya, sehingga terpaksa menjual semua barang keperluannya semata-mata kerana ilmu. Sehingga pakaiannya pun terpaksa dijual. Mujurlah Imam Al-Asyqar tampil untuk membantu beliau dengan memberikan sumbangan beberapa dirham untuk membeli pakaian. Lalu Imam Bukhari meneruskan penulisan hadith beliau dan menjadi salah seorang perawi hadith yang tersohor.

Imam Abu Hatim misalnya, dek kerana kemiskinan beliau tidak mampu untuk membeli sumbu pelita. Beliau sanggup belajar dengan bertemankan lampu-lampu jalan dimalam yang sejuk dan gelap. Imam Abu Hanifah setelah dibebaskan daripada penjara, menolak ganjaran 100 000 dirham yang diberikan khalifah sebaliknya menginfaqkan seluruhnya kepada golongan-golongan miskin. Bagi mereka, dalam menuntut ilmu, keredhaan Allah itu lebih berharga daripada seluruh isi dunia. Ilmu yang bermanfaat, bakal menjadi pelindung diri di alam barzakh.

Bukankah itu semua adalah sejarah yang benar2 nyata. Bukannya cerita fiksyen yang mengada-ngada. Lihatlah sejarah ulama-ulama besar yang lalu,jika hendak dibandingkan dengan dunia kita sekarang yang serba canggih dari segi kemudahan dan prasarana, kita sangat beruntung. Seharusnya nikmat keuntungan itu dijadikan pemangkin untuk kita lebih mencintai dan menghargai ilmu. Seandainya dengan nikmat biasiswa yang diberikan sekarang pun kita masih mengeluh, maka amat jauhlah perbezaan kita dalam menghargai ilmu jika hendak dibandingkan dengan para ulama terdahulu.

Semakin banyak nikmat yang kita terima, semakin banyak tanggungjawab yang kita galas, dan semakin banyak amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Kepada para pelajar yang menerima bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran samada diperingkat apa sekalipun, ingatlah bahawa kita sebenarnya memikul tanggungjawab yang sangat berat dan besar. Duit tajaan itu bukan milik kita sepenuhnya, tetapi milik rakyat yang turut mengharapkan sesuatu yang bermanfaat daripada kita. Syukurilah nikmat itu dengan sebaiknya. Belajar rajin-rajin,bersungguh2, dan jadilah insan yang berbaktui. Jangan bersikap takbur, bongkak, dan sombong atas nikmat pemberian tuhan. Seharusnya kita perlu lebih takut dan lebih dekat kepadaNya. Bukannya makin menjauhinya. Adakah cinta kita kepadaNya bermusim seperti buah yang menunggu musim untuk masak? Ketika musim susah, baru nak ingat Allah..ketika musim senang dan dikurniakan nikmat kemudahan, tak pernah ingat Allah..yang haram dikatakan halal, yang buruk dikatakan baik. Berlagak seolah-olah dunia ini dia yang punya.

Jangan terlalu bangga dengan apa yang kita miliki sehingga membawa kepada sifat ingin menunjuk-nunjuk dan menjatuhkan martabat orang lain.Harta kita semuanya pinjaman. Satu masa kan kembali juga. Apakah relevannya membanggakan diri dikhayalak ranai? Inginkan diri dipuja dan dipuji? Disanjung hingga melangit tinggi? Ikutlah resmi padi, makin tunduk makin berisi, makin rendah diri dan berbakti, peliharalah harga diri.

Ya, kita perlu takut dan harap. Takut seandainya kita menzalimi nikmat yang diberikan, takut seandainya Allah menarik kembali nikmat yang diberikan, takut sandainya kita gagal menjawab pertanyaan Allah di hari akhirat kelak. Harap agar Allah berikan panduan untuk kita gunakan nikmat itu sebaiknya. Harap agar kita jauh dari sifat riya'dan takabbur. Ingatlah, bukan apa yang kita rancang itu akan berjaya. Allah penentu segalanya. Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Sekiranya kita bersyukur, maka Allah akan melipat gandakan nikmat pemberianNya..tetapi seandainya kita kufur, maka sesungguhnya azab Allah itu amat pedih..Renung-renungkanlah...


"Dan apabila mereka digulung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Alah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya. Tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebahagian daripada mereka tetap menempuh jalan yang lurus. Adapun yang mengingkari ayat-ayat kami adalah PENGKHIANAT yang tidak berterima kasih.." Surah Luqman : 32

Wallahua'lam

 

Untitled

Author: Afiq Kamaruddin


Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur..


Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu

Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran.

Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia membaham manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja

Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104) Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad Dakwah adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya

Menasihati bukan satu cara sahaja

Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad'u pun tidak tercapai akalnya hendak menerima (sebab ia sendiri jahil mengenainya).


Seorang Islam yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan, lukisan atau dengan kekuatan tangan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong, lidahnya tidak celupar menuturkan kata.

Tentulah wahai sahabat, Allah tidak melihat kepada natijah, tetapi kepada usaha. Sebab prinsip asas yang diterangkan di dalam al Quran adalah usaha untuk mencapainya. Yang empunya kejayaan, kemenangan dalam ketentuanNya, bukan kita. Menasihati sesama manusia menyuburkan benih persaudaraan melalui kasih sayang dan kemaafan.




Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (al Imran : 104)


Credits to a friend of mine which inspired me a lot to look into this issue...


Wallahua'lam.

 

Usrah oh usrah..

Author: Afiq Kamaruddin

[1.gif]

http://tbn0.google.com/images?q=tbn:A-vnjl_sv7AFOM:https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbXeDFrdG5gCcOqnXmIouUBwJMCX3uNtIf-siFyfP2n3YgwYI2zvK4tWOsUe-A5ekGqqHg8xCBKzjkAxojKHFmHQqt-GFeiIDC32sg55umARNVTO8cocNkoiWQDRmEcmu-HXzjDXKbjQg/s400/oldman.jpg

Usrah pada hari ini bertajuk ''life as a Muslim student''. Kumpulan usrahku diketuai oleh 2 orang naqib junior : Aidid serta Izuan, manakala Ariff sc bertindak sebagai back up. Seperti biasa, sebelum masuk ke tajuk utama, kami bertadarrus al-quran. Surah pilihan pada kali ini adalah surah Al-buruj. Setelah selesai bertadarrus, kami mentadabbur sebahagian daripada ayat surah Al-Buruj. Vice presiden muscom, Aidid menjelaskan tentang kisah ashabul ukhdud yang tersirat dalam surah ini. Ashabul Ukhdud merupakan kisah dimana seorang budak a.k.a ghulam sanggup berkorban nyawa semata-mata ingin mempertahankan akidahnya. Kisah ini diceritakan dengan jelas dalam kitab Riyadus-Salihin (Taman Orang-Orang Soleh) karya Imam Nawawi.

Niat

Seterusnya, aidid mengutarakan persoalan kepada ahli usrah. Persoalan yang berbunyi :

Apa niat kita datang ke mari?

Bermacam2 jawapan yang keluar. Ada yang kata ingin menuntut ilmu, ada yang kata ingin membalas jasa ayah dan ibu, malah ada juga yang kata kerana ingin keluar daripada kolej matrik. Mungkin tak tahan kot dengan situasi di sana. Walau apapun jawapan yang dikeluarkan, aidid menegaskan tujuan kita datang kemari adalah semata-mata kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah. Hanya dengan mencapai keredhaan Allah sahajalah, baru impian-impian kita yang lain akan mudah untuk dicapai. Setiap amalan bermula dengan niat. Dan setiap manusia akan mendapat apa yang diniatkannya itu.

The image “http://tbn0.google.com/images?q=tbn:LjbPe0WrsssXLM:https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiktGNYq7cLucL7ff7t3Fjq3RVXZOjNY4cGhE6m45WgfSnILZxCOKH8nJQ6UQEYnUBPupdq6mzMkJ5uypWr6biowZj2wKX37RHApvOMGIcI_MQnM7VyAB-DH8I3uf2tTGRXyZvPYsztPRk/s400/Quran.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
Ilmu

Menuntut ilmu adalah difardhukan ke atas setiap muslimin. Ilmu itu cahaya. Tempat turun cahaya adalah hati. Seandainya hati gelap, maka sukar untuk cahaya menembusinya. Begitulah juga halnya dengan ilmu. Justeru, kita perlu sentiasa membersihkan hati (tazkiyatun Nafs) agar ilmu mudah menyerap masuk ke dalam hati. Seandainya kita mengalami kesukaran dalam mengingati, atau memahami sesuatu ilmu yang disampaikan, maka selidik kembali hati kita. Adakah bersih dengan cahaya keimanan? Atau terpalit dosa-dosa yang melalaikan.

Akal dan Nafsu
The image “http://tbn0.google.com/images?q=tbn:QneXweRab7hfVM:http://musicforchange.com/cms/images/success.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Akhirnya, Izuan ''Syuib" mula beraksi dengan bergayanya. Perantis Azri YB ini boleh tahan juga petahnya dalam berbicara. Dengan gaya yang tenang dan bersahaja, sekaligus menarik minat ahli2 usrah untuk memasang telinga. Sesekali diselitkan juga lawak yang berilmiah. Kelakar, tetapi pedas. Terkena batang hidung sendiri nampaknya. Begitulah gaya Izuan...

Izuan memulakan bicara dengan provokasi, mengapa ramai orang masih menghisap rokok sedangkan pada logik akalnya rokok itu haram? Jawapannya kerana mereka meletakkan nafsu melebihi akal. Sebab itu hilangnya pertimbangan. Begitu juga dengan isu buka aurat. Saya yakin, ramai di antara kita yang mendapat pangkat A dalam peperiksaan SPM bagi subjek Agama Islam. Kita tahu aurat itu haram dipertontonkan kepada mereka yang tidak berhak melihatnya, tetapi mengapa kita masih degil melakukannya? Jawapannya kerana kita menilai berdasarkan nafsu, bukannya akal. Nafsu suka kepada kemungkaran, sedangkan akal membolehkan kita membeza antara benar dan salah. Kemudiannya Pali Mahad mencelah dengan mengungkap sepotong peribahasa arab :

ilmu tanpa amal, umpama pohon tidak berbuah.

Sebagai seorang pelajar muslim, sudah tentu kita mempunyai kualiti yang lebih tinggi dan lebih baik daripada orang lain kerana kita adalah ummat terbaik. Rasulullah s.a.w merupakan contoh terbaik. baginda di utuskan untuk menyempurnakan akhlak. maka sewajarnya peribadi mulia baginda menjadi ikutan. Seandainya pelajar muslim sendiri yang lewat ke kelas, tidak hormat kepada guru, tidak beradab, membuka aurat tanpa segan silu, melakukan perkara maksiat tanpa mengira masa, kufur nikmat pemberian tuhan, maka di manakah identiti kita sebagai seorang pelajar muslim. Islam bukan hanya pada nama. Jangan jadikannya sebagai barang kosmetik, digunakan semata2 untuk mengaburi sesuatu yang comot. Masuklah ke dalam islam secara menyeluruh. Dan jangan campur adukkan kebenaran dan kebatilan.

The image “http://tbn0.google.com/images?q=tbn:ZSA6i8iPOFaucM:http://www.bbc.co.uk/britain/images/light_temp.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Usrah akhirnya tetap berjalan dengan lancar sungguhpun nisbah senior yang datang lebih ramai daripada junior. Best juga tajuk usrah pada malam ini. Sedikit sebanyak memberikan suntikan inspirasi menjelang tibanya exam nanti. Berkat itu amat penting. Nasihat saya kepada diri sendiri dan rakan2, sentiasalah memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, guru-guru, serta rakan2. Mohon dihalalkan makan dan minum, serta apa2 sahaja yang diberikan. Seandainya ada berhutang, cepat-cepat kita lunaskan. Mohon agar mereka memberkati setiap ilmu dan pengorbanan yang telahpun dicurahkan kepada kita. Seorang mukmin yang sejati, sentiasa mendoakan kesejahteraan saudaranya yang lain. Mereka saling maaf memaafkan, dan saling kasih berkasihan. Kepada rakan2 yang disayangi, ampun dan maaf atas segala kekhilafan diri. Semoga sukses dalam exam final A-level nanti...hanya untaian doa sentiasa mengiringi perjuangan kita bersama..Insyaallah.


Khairul ilmi ma kaanatil khasyyah ma'ahu
Ilmu yang paling baik adalah ilmu yang disertai dengan rasa takut, dan kagum dengan keagungan Allah - Imam Ibnu athaillah

Al i''lmu fil qulub, laisa fil kutub
Ilmu itu letaknya dihati, bukannya di atas buku - pepatah arab

The image “http://www.quran4theworld.com/quran/quran_search/image/3/110.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

"Kamu(umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencageh kemungkaran. Kamu juga beriman kepada Allah. Seandainya Ahli Kitab beriman, itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan daripada mereka adalah golongan yang fasik"
Al-Imran : 110

Wallahua'lam

 

Seindah saujana maya

Author: Afiq Kamaruddin


Semalam, ketika sedang 'cuba-cuba' bermain gitar milik Acipz sambil menyanyikan lagu 'erti persahabatan', di chalate Shuib - lagu yang cukup famous ketikaku di STAR dahulu dan sentiasa menjadi lagu rasmi bagi setiap batch sejak era 80-an. Maklumlah, lagu itu mula 'meletop' dipasaran pada tahun 1986. Kumpulan Metallian merupakan penyanyi asal lagu itu. Konsep lagu? Pop rock. Melodinya sedap juga.Liriknya juga menarik. Ketika sedang asyik 'menggoreng', tiba2 shuib datang kepadaku sambil berkata

"Afiq, tengok kat padang tu, ada orang tengah berkelah..siap bawa tikar sekali.."

Seakan-akan tidak percaya dengan kenyataan itu, lantas aku bergerak menuju ke bilik Jepah untuk mendapatkan view yang lebih jelas. Dengan menggunakan medan penglihatan stereoskop ciptaan tuhan, benar aku melihat sekumpulan muslimat 'pencinta alam' sedang seronok berkelah di tepi padang kolej yang luas menghijau segar.Seluas saujana mata memandang. Padang bola kosong kerana masih dalam proses pemulihan. Seandainya berisi dengan pelajar bermain bola,rugby,bola baling, kejar2,dsb.. mungkin tiada siapa yang mahu berkelah di situ. Maklumlah, view dah terjejas.. Tidak dapat dipastikan siapa orangnya, dan apa yang sedang dilakukan oleh mereka kerana line of sight berada dalam lingkungan 100-200 meter jauhnya. Sangkaanku, secara logiknya kalau kita berkelah, lebih-lebih lagi bersama kawan2, sudah tentu benyak perkara yang akan dibincangkan, tidak kurang juga yang diborak-borakkan. Sambil menikmati pemandangan indah alam ciptaan tuhan. Kebiasaannya, mereka akan membawa makanan sekali. Tetapi tidak pasti pula bagaimana keadaannya semalam.


Padangku Old-Trafford



Dahulunya padang kolej sangat subur. Terutama ketika mula-mula masuk dahulu. Sehingga ada yang memanggil nama jolokan 'KYUEM Old Trafford' dek kerana kesuburan dan kehijauannya. Tetapi semakin hari, padang itu mula rosak. Mungkin kerana terlalu kerap menggunakan padang, dan mungkin juga kerana terlalu kerap 'mengubahsuai' padang. Semuanya gara-gara perbuatan manusia juga. Kini, padang itu kembali ceria dan menghijau. Sungguhpun masih terdapat sedikit tompok di bahagian luar.

Kelab Pencinta Alam

Kepada rakan-rakan, mungkin inisiatif yang dilakukan oleh mereka ini dapat dijadikan contoh untuk kita menghargai alam ciptaan Allah. Dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang. Dengan melihat dan berfikir tentang kebesaran Allah yang menciptakan alam yang sangat indah, kita bakal dikurniakan hidayah. Sangat beruntung bagi mereka yang sentiasa dikurniakan hidayah oleh Allah. Tindakan mereka sebenarnya patut dipuji, kerana jarang sekali kita melihat senario itu terjadi. Daripada kita buat perkara2 yang sia-sia dan berdosa, lebih baik kita duduk sebentar, melihat keindahan alam, menghargai ciptaan Allah. Melupakan sebentar kekusutan diminda. Exam stress, duit x cukup, masalah hati, etc2..Yang selalu kita lihat, golongan2 yang selalu berkelah di tepi kaki lima pada malam hari sambil bergelak tawa mengganggu ketenteraman awam. Kasihan kepada mereka yang sedang belajar, atau mungkin sedang tidur, atau mungkin memerlukan suasana yang sunyi dan tenang pada malam itu. Dimanakah keperihatinan kita sebagai khaira ummah seandainya dengan rakan sendiri pun kita kurang prihatin.


Hargai keindahan alam

Karam Singh Walia sering disinonimkan dengan pejuang alam sekitar. Setiap kali memberi laporan, pasti diselitkan dengan peribahasa alam sekitarnya. Senario yang berlaku semalam memberikan pengajaran buat diriku. Sungguhpun ada rakan-rakan yang menganggapnya sesuatu yang 'lucu', namun aku menilainya sebagai sesuatu yang 'berani dan baru'. Tiada masalah ikhtilat dilihat. Alhamdulillah..Semoga tersingkap hikmah disebaliknya.


Wallahua'lam